You are here: Home /MiRC /Al-Kisah MiRC

Al-Kisah MiRC

by wazy on April 19, 2010 · 58 comments in MiRC

Salam semua…

INTERNET RELAY CHAT (IRC)

Tujuan aku mengadakan ruangan ini ialah sebagai memenuhi permintaan beberapa orang kawan yang meminta aku mengajarkan semua commands IRC dan apa jua benda yang aku tahu berkaitan dengan IRC. Oleh itu, aku
berhasrat ruangan yang aku adakan ini dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada korang semua, tanpa menyalahgunakan pengetahuan tersebut. Penerangan menerusi webpage adalah lebih mudah berbanding dengan penerangan dalam IRC. Semua arahan ini aku belajar bermula dari tarikh pertama aku kenal dengan IRC.

PERHATIAN ! Semua yang aku letak disini ialah pengetahuan yang aku dapat dengan membaca help file, hompage, bertanya kepada mereka yang lebih tahu, dan berpengalaman berIRC. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat, sila maafkan aku dan inform aku dengan kadar segera supaya ianya dapat diperbetulkan semula.
Selamat belajar.

Al-Kisah IRC

IRC
atau Internet Relay Chat dimulakan penggunaannya oleh Jarkko Oikarinen yang bekerja di University of Oulu, Finland pada tahun 1988.Ianya direka sebagai variasi ‘multiuser’ dalam kemudahan ‘chat’ Unix. Program perbualan Unix yang asal hanya membenarkan dua pengguna menaipkan mesej kepada satu sama lain. Versi baru yang dicipta oleh Oikarinen ini membenarkan banyak pengguna memasuki satu pelayan (server) dan berbual sesama mereka. Server yang pertama didirikan di Oulu. Pada penghujung tahun 1988, IRC telah mewujudkan mIRC. Dengan kata lain, ianya ialah sebuah perisian yang dicipta oleh Khaled Mardam-Bey.

Untuk berbual melalui IRC, mIRC ialah salah satu program yang paling elegan dan versatil yang boleh didapati. Ianya mudah digunakan dan disertakan dengan sokongan yang baik. Anda boleh mendapatkannya di we rasmi mirc di sini
Jika anda belum pernah berbual melalui IRC, luangkan masa untuk membaca fail ‘HELP’ yang didatangkan dalam halaman mIRC dan juga program itu sendiri. Anda juga tidak perlu meletakkan nama sebenar anda dan alamat surat elektronik (email) anda jika anda tidak mahu.

Ianya tidak pernah menjadi satu kesalahan!!! Setelah anda bersedia, sambungkan program baru anda ini ke Internet. Pilih server yang anda mahukan dengan menekan File, SetUp, IRC server. Anda akan mendapati terdapat banyak server IRC untuk dipilih. Selalunya, memilih server yang berhampiran dengan anda adalah lebih baik kerana ianya lebih cepat dan kurang masalah untuk memasukinya.

Untuk informasi yang lengkap, lawati homepage Undernet di alamat www.undernet.org dan homepage Dalnet di alamat www.dal.net Mula-mula, anda harus biasakan diri dengan beberapa helah IRC di tempat yang tiada siapa dapat melihat kesilapan yang anda lakukan dan anda tidak akan mengganggu pengguna-pengguna lain. Caranya ; sambungkan ke mana-mana server dan klik pada Commands, Join Channel dan taipkan #(nama anda) ke dalam kotak yang disediakan. Anda akan memasuki satu ruangan dengan nama anda di tepi bahagian kanan , @(nama anda), menunjukkan anda adalah ketua di dalam ruangan itu,atau lebih dikenali sebagai ‘operator’. Dalam ruangan perbualan, anda akan melihat “*** Now talking in #(nama anda)”.

Pergi ke ‘HELP’ dan buka pengenalan fail Help mIRC. Di bahagian bawah skrin, anda akan melihat satu garis “words box”. Mulakan latihan anda!!! Jika anda masih baru dalam IRC, agak bagus jika anda berdiam diri seketika, melihat perbualan-perbualan lain sebelum memulakan ‘chat’ anda. Anda juga boleh mendapatkan senarai saluran (channel) lengkap untuk server anda dengan menekan pada tulisan yang kelima dari kiri dan pilih Get List. Baca senarai yang diberikan dan klik untuk memasukinya. Selamat ber ‘chatting’!!!

Fakta IRC

Apa itu IRC?

Internet Relay Chat merupakan satu rangkaian internet yang membolehkan real time conference iaitu perhubungan melalui internet seolah-olah dalam dunia sebenar. Anda boleh berkomunikasi dengan masyarakat didalam IRC (ada yang hidup dalam IRC) dengan menggunakan IRC Client.Seperti :-

mIRC , pirch , virc , telnet , ircll dan lain lain

Bagaimana sesuatu rangkaian IRC dibuat?

Tuan punya sesuatu rangkaian IRC akan menyediakan program yang membolehkan anda berada di dalam rangkaian tersebut, dan program ini dipanggil server. Sebuah rangkaian IRC yang bagus akan
mempunyai banyak server, dan ramai nerd (IRCop dan IRCAdmin) yang menjadi penunggu setia.

IRCAdmin dan IRCop tu apa?

IRCAdmin ialah orang yang bertanggungjawab ke atas setiap server,biasanya seorang IRCAdmin untuk setiap server. IRCop (IRCOperator, bukannya IRC COP) ialah mereka yang dilantik oleh
IRCAdmin untuk mengendalikan rangkaian IRC. IRCop mempunyai beberapa kuasa seperti men’disconnectkan’, kill, reharsh, dan k-lined anda.

Netsplit tu apa?

Perkara pertama yang perlu anda faham ialah tidak semua chatters menggunakan server yang sama. Ada masanya sesuatu server itu terputus connection drp sesuatu rangkaian IRC. Jadi, semua users yang menggunakan server tersebut akan dilihat sebagai ‘meninggalkan IRC’, walhal pada mata mereka juga, anda dilihat sebagai telah ‘meninggalkan IRC’. Jadi janganlah gaduh-gaduh menyalahkan sesiapa yang netsplit. (apasallah korang nie selalu bising pasal sapa kena netsplit? tu salah serverlah!)

Apakah IRC ialah tempat yang selamat drp penjahat ?

Jawapannya ialah YA dan TIDAK. Ya sekiranya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri, dan TIDAK sekiranya anda tidak tahu commands tertentu, tidak mahu bertanya, takut belajar, ataupun hanya mahu tenet semata-mata.

Apa makna +nickname ?

Oh..tu maknyanya nickname telah diberi ‘voice’ ( /mode #channel +v nickname ). +voice hanya berfungsi apabila channel disetkan kepada ‘moderate’, iaitu hanya op dan orang yang disetkan +v sahaja boleh taip message kedalam channel. Maknanya orang yang takde +v
mode takleh taip apa2 pun. Kalau taip pun, orang lain tak nampak.

Apakah kelebihan IRC berbanding dengan lain-lain chatting ?

Aku berpendapat IRC merupakan chatting programme yang terbaik kerana:
- anda boleh menggunakan apa jua nickname yg anda mahu,
- mendaftar seberapa banyak channel yang anda mahu
- anda boleh masuk seberapa banyak channel yang anda mahu,
- boleh chat private (tenet) dengan seberapa banyak nickname yang anda mahu
- boleh menghantar dan menerima fail seberapa banyak yang anda mahu, dan terdapat beberapa Channel yang menawarkan fail, contohnya #mp3 dan #midi
- kelebihan option DCC yang tidak bergantung kepada server

Sumber dari Google Dan Email

 Banner

{ 58 comments… read them below or add one }

hBz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 1:44 AM

nice info beb. tapi. aku kurang sikit nk chating2. rasa cam buang masa. haha..
.-= hBz´s last blog ..Kisah seminggu yang lepas =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 10:00 AM

sama-sama bro,huhu aku chatting time free je kat mirc ni

Reply

apiih MALAYSIA Google Chrome Windows April 19, 2010 at 1:47 AM

owh..dah lame x men mirc nih..huhuhuhu :)
.-= apiih´s last blog ..25 Facebook Tips/Trick =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 10:01 AM

Huhuhu jom la meriahkan sekali mirc ;)

Reply

azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 3:16 AM

aku x biase dgn mirc ni..besh klu dpt awek mirc..haha..kn ajr aku bro lps ni.. :bloody:
.-= azizan4444´s last blog ..Ada Apa Dengan Username? =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 10:01 AM

owhh ,tu boleh belajar bro,jangan risau la,senang je mirc ni :)

Reply

AMR MALAYSIA Google Chrome Windows April 19, 2010 at 1:05 PM

lama tak main irc ni.. huhu…

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 1:37 PM

Hehe dulu ade main irc gak ek :D

Reply

AMR MALAYSIA Google Chrome Windows April 19, 2010 at 5:23 PM

chat kat irc ni.. Dulu2 time sekolah slalu main2kan orang kat sini.. Haha..

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 6:10 PM

kekeke aku macam-macam dah buat kat mirc,last jadi bot f-serv untuk download mp3

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 1:53 PM

owhh betul tu tahun tu kira mirc ni baru nak naik gak la kat malaysia ni berbeza kalau sekarang,semua dah habis explore dalam mirc ,dan siap ade server atau scrip mirc sendiri ;)

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 2:20 PM

huhu rileks bro ,sampai typo erk

Reply

boss MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 9:22 PM

peh lagi gila tak main irc.. zaman ’98 lapan dulu kot.. lame gila.. ada orang lagi ke kat channel2 tu..
.-= boss´s last blog ..Email Yang Mendebarkan =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 9:31 PM

Huhu kalau kat dalnet ade je orang bro,sekarang semua dok syok layan kuiz ,ade radio online,best gak sesekali layan

Reply

Kreuger Google Chrome Windows April 19, 2010 at 9:27 PM

huhuhuh… apabila taiko IRC mula bercerita.
nanti bleh masuk forum IRC yang aku buat.
aklu dah set safety. function sama macam twitter.
cume masalah aku sekarang ni nak carik server.
takkan nak pakai webchat. tak best. kita tak boleh nak control.
itu hari aku ade preview mende ni. sekarang ni hampir siap
aku buang semua interface mIRC, tapi gantikan sama macam
tweet client. so pengguna lebih safe dari flooding.
dan antara chatters pon tak tau sapa SOP or AOP.
itu lebih baik beb.
.-= Kreuger´s last blog ..Torrent Flux – Apa yang perlu anda tahu. =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 9:33 PM

hehe lom sampai tahap taiko la bro,ekeke,owh nak guna ircd gak ke macam mirc tu,best gak kalau set safety,boleh chatting dengan nyaman :)

Reply

Kreuger Google Chrome Windows April 19, 2010 at 9:38 PM

safety kene jaga. haha.. xceli aku ade server tools.
tapi nak host server tu tadek tempat. itu la susahnyeee..
.-= Kreuger´s last blog ..Torrent Flux – Apa yang perlu anda tahu. =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 9:58 PM

kalau nak host kene keluar modal gak tu bro,kira up server baru la kan,siap box dengan root

Reply

Kiah Bedak Sejuk MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 10:19 PM

Kwang… Kwang…Kwang…… Zaman IRC aku start bersama Lipsroses,Hati^Kristal…. dan ramai lagi pada awal tahun 1996 lagi. Pelbagai Script sampai aku buat script sendiri .. Tapi bagi aku sekarang saja buat dengar radio sahaja. apa apa pun….. aku tak komen apa apa…. menempek kat channel orang. dah malas semua semua ini.

Sekarang Time Pakai Bedak Sejuk Aja…..

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 19, 2010 at 10:40 PM

huk huk sekarang semua online dengar radio jek kan ,kekeke

Reply

etomyam MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2010 at 1:02 AM

aku tak pernah dapat rasa guna benda tu…huhuhu…
.-= etomyam´s last blog ..Zaman Budak Sekolah =-.

Reply

wazy MALAYSIA Google Chrome Windows April 20, 2010 at 10:16 AM

Hehe try la bro,best gak chatting guna mirc ni

Reply

acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2010 at 8:16 AM

nice info tntng ni bro. xpnh kowt aku try chat pkai mirc. herm. jp2. mabye de. tp mmbr la. tngok2 je. huhu
.-= acapz´s last blog ..Membuat Avatar Di unique.rasterboy.com =-.

Reply

wazy MALAYSIA Google Chrome Windows April 20, 2010 at 10:16 AM

Huhu tengok je x best la bro,apa kata ko try sekali mirc ni,huhuhu

Reply

sangilapi MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2010 at 11:48 AM

penerangan yang panjang lebar …..tqvm :)

tau akan irc ni tapi seumur hidup belum pernah cuba !
.-= sangilapi´s last blog ..rezeki ibu =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2010 at 1:22 PM

apa kata try sekali bro mirc ni :)

Reply

zik MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2010 at 12:04 PM

sekrang nie ada lagi ke orang main mirc nie?? huhu…
.-= zik´s last blog ..Achik Spin meninggal dunia. =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2010 at 1:22 PM

ade je bro,macam-macam ada kat mirc sekarang ni

Reply

arieza Mozilla Firefox Windows April 20, 2010 at 9:43 PM

wah info menarik.. teringat zmn kanak2 hingusan hahaha main mirc smpai tgh mlm. skrg ni. nk log in pun mls.. YM chat pun lgsg xpndg huhuh.. dh tua2 ni,, mgkn dh jemu :p
.-= arieza´s last blog ..::: Sticky Updated – Contest Hangit By Arieza =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 21, 2010 at 10:12 AM

hehe info pasal mirc ni memang best,keke

Reply

kulanz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 21, 2010 at 1:33 AM

dulu-dulu tau guna mIRC je.. tapi tak tahu pasal latar belakangnya.. nasib bro wazy rajin kongsi pasal benda ni..
.-= kulanz´s last blog ..Susahnya Mendaftar Dengan DIGI =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 21, 2010 at 10:13 AM

saya aktif je kat mirc ni bro,huhu kalau dulu ramai gak member dari mirc,cuma sekarang ni dah kurang,maybe masing-masing dah ade komitmen lain.

Reply

suri MALAYSIA Internet Explorer Windows April 21, 2010 at 12:42 PM

dulu masa sekolah rendah mmg popularkan irc ni..skrg dah ada fb jarang pula org nak terjah ke sana..huhu

terima ksh mr wazy atas maklmuat tsbut :) ia amat manfaat bt suri

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 21, 2010 at 12:57 PM

sama-sama ;) Hehe agaknya kalau fb lom ade ,mesti meriah kat mirc ni :)

Reply

mrdzy MALAYSIA Google Chrome Windows April 22, 2010 at 12:42 PM

huhu..teringat aku masa aku mula-mula berjinak main internet.. mirc la benda pertama aku main sampai ketagih..haha..tapi benda ni memang bagus.. masa aku kat uitm pahang,sebab ada budak jadi server mirc,satu kampus chating kat mirc..haha~
.-= mrdzy´s last blog ..Warning From Blogger.com!!! =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 22, 2010 at 12:51 PM

Hoho rata-rata semua yang berjinak dengan mirc ni masa mula kenal internet,memang best layan mirc,kadang-kadang sampai tengah malam pun xpe :)

Reply

mrdzy MALAYSIA Google Chrome Windows April 22, 2010 at 1:29 PM

hoho.. betul la tu sampai lewat malam padahal tak ada siapa pun nak chating dengan kita..haha~
.-= mrdzy´s last blog ..Warning From Blogger.com!!! =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 22, 2010 at 2:12 PM

Hehe last-last terus off pc layan tido kan kan :)

Reply

mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 22, 2010 at 1:20 PM

fuh!!! dah lama aku tak gunakan mirc ni. alternatif chat pertama aku yg banyak sejarahnya. gathering bersama rakan2 irc mmg menyeronokkan. mengajar aku menaip dengan pantas. script banjir memang menguji minda siapa mampu buat script paling power. hehe
.-= mohdisa´s last blog ..Dua Sudah Tinggal Satu Sahaja Lagi =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 22, 2010 at 2:12 PM

yaya betul tu,sesekali join gathering dengan rakan² irc memang best.Kekeke ko rajin gak ek guna remote banjir :)

Reply

En AL MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 22, 2010 at 4:32 PM

Bro, ajar la cara nak download use MirC lak…boleh ek…

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 22, 2010 at 5:09 PM

Hehe download dulu la mirc kat sini http://www.mirc.com/

Reply

En AL MALAYSIA Internet Explorer Windows April 22, 2010 at 11:39 PM

bkn download MiRC..ajar cara nak download mp3,movie,anime pakai link IRC tu…boleh kan??

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 23, 2010 at 9:36 PM

boleh je ,nanti saya buat tutorial

Reply

Kak Kiah Bedak Sejuk. MALAYSIA Flock Windows April 23, 2010 at 1:48 PM

Disini Kak Kiah Nak Promote Satu Software Free yang berguna pada penguna penguna Windows XP, Vista & Seven.

Advanced SystemCare Percuma (dahulu Advanced WindowsCare Personal) mempunyai pendekatan satu-klik untuk membantu melindungi, memperbaiki, bersih, dan mengoptimumkan PC anda. Dengan lebih dari 50 JUTA download sejak tahun 2006, ini hebat, memenangi anugerah, Software PC perbaikan percuma adalah “must-have” alat untuk komputer anda. 100 dalam tanpa adware, spyware, atau virus%; penyelenggaraan PC program yang sangat mudah digunakan.

Mengapa buang wang mahal “registry cleaners” untuk memperbaiki PC anda saat Advanced SystemCare Percuma akan memperbaiki, lagu, dan memelihara anda – percuma!

Link Untuk Download.
http://www.iobit.com/advancedwindowscareper.html
.-= Kak Kiah Bedak Sejuk.´s last blog ..CONTEST MAI SECAWAN! =-.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 23, 2010 at 10:59 PM

Huhuhu :)

Reply

imran MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 23, 2010 at 10:03 PM

Kenangan MIRC semasa belajar di Mesir dahulu. Zaman itu MIRC memang satu fenomena.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 23, 2010 at 11:00 PM

betul tu bro,macam-macam kegunaan mirc time tu

Reply

Movie Soundtracks On CD BRAZIL Google Chrome Windows May 26, 2010 at 3:06 PM

Took me time to study all of the comments, but I truly loved the article. It proved to be Really useful to me and I’m sure to all the commenters here! It’s always nice when you cannot only be informed, but additionally entertained! I am sure you experienced enjoyable writing this post.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 26, 2010 at 3:56 PM

Thanks ….

Reply

Ali ridha Mozilla Firefox Windows December 12, 2010 at 9:42 PM

cari awek dulu guna mirc.
Ali ridha recently posted..Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows December 12, 2010 at 9:56 PM

Hehehe
mesti banyak pengalaman usha awek kat mirc ni kan bro

Reply

Ali ridha Mozilla Firefox Windows December 12, 2010 at 9:43 PM

zaman mirc semakin
tenggelam.
Ali ridha recently posted..Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows December 12, 2010 at 9:57 PM

tu la
kalau ada pun budak-budak baru nak naik je
tak semriah macam dulu

Reply

Ali ridha Mozilla Firefox Windows December 12, 2010 at 9:43 PM

kemunculan friendster,myspace dan facebook.
membuat aku tak guna mirc.
Ali ridha recently posted..Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows December 12, 2010 at 9:57 PM

Owhh
ok gak tu

Reply

Third MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 8, 2011 at 1:58 AM

ehh ehh ehh ehh ehh! tersinggah kat sini lak.. hahahahahahahhaa…

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows April 9, 2011 at 10:15 PM

@Third,

hahahahaha welcome²

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: