Antara Realiti Dan Fantasi
Dapatku kuntum senyuman
dapatku riangkan hati
dapatku ceriakan jiwa kegersangan
tetapi pada hakikatnya kuterbelenggu
Antara Realiti dan Fantasi .
Siangku terbayang malam kumerindu
beradu suratan dialam mimpi bersamamu
indah kurasakan satu perjalanan abadi
lalu kuterjaga ,sebenarnya apa yang kualami
adalah Fantasi bukannya Realiti
seperti yang kusangkakan.
Pada realitinya Cintaku tulus ikhlas buatmu
kuamat menyayangimu
kuamat merinduimu
inginku membina mahligai bahagia bersamamu .
Realiti yang kugambarkan
Fantasi yang kau layari
tak dapat nak kubentangkan hasrat hatiku
kerna engkau dan aku
bak perumpamaan jauh dari panggang.
Mengapa harus kau hadir dalam hidupku
kumasih kedengaran gemaan suara manjamu
pujuk rayumu dengan melafazkan cinta
akulah cahaya hidupmu
tapi kesudahannya aku kau kecewakan .
Pernah kusuarakan jurang antara kita
tetapi kau menafikan dengan menyatakan
harta kebendaan bukan menjadi ukuran
hati dan perasaan adalah keutamaan dalam percintaan .
Ingin kulayari perkasihan kita
dialam realiti bukannya fantasi
sepertimana yang sedang kau khayalkan .
Bagimu harta kebendaan menjadi ukuran
juga tarafmu menjadi halangan
biarpun secara lisan jelas kau mempertontonkan sandiwaramu
yang cintamu itu berlandaskan keikhlasan
pada realitinya kau masih leka dialam fantasi
cuba mempermainkan perasaanku .
Kusedar kau orang berada tinggi darjatnya
bukannya seperti aku ini seorang miskin hina
yang tiada punyai apa –apa .
Biarpun ku miskin dari segi kewangan jua harta kebendaan
tetapi tuhan amat murah hati mengurniakan aku
kekayaan yang tak terhingga dari segi ilmu,cinta ,kasih sayang
serta budi bahasa .
Andai duit berjuta tiada ketenteraman
yang dapat dibeli apa gunanya
biarpun kumiskin hina tetapi jutawan dari segi
kebahagiaan,kesejahteraan serta ketentaram
yang akan kekal hingga akhirnya.
Andai diukur kumemang tak setaraf denganmu
andai hati tak betul-betul licik
hidupmu akan setarafku
usah dilupa yang muda akan menjadi tua
yang miskin adakalanya menjadi kaya
andai alpa dengan harta kebendaan
yang kaya pun akan jatuh miskin .
Orang kaya sepertimu masih leka dialam fantasi
kerna belum terlukis reality hidupnya
andai tercalar fantasinya maka terpaparlah reality hidupnya.
Bukan kubertujuan untuk merayu simpati padamu
atau menagih kasih padamu
kucuma sekadar menyedarkan dirimu
dari tidak terus mengelamun dialam fantasimu.
Kau datang ,kau singgah
menghulur cinta palsu lalu kau pergi
sesaat tiba angina bayu menyelimuti tubuhku
sesudah itu hilang entah kemana
begitu juga cintamu tak kumiliki
kuhanya miliki cintaku yang berlandaskan realiti
bukan sepertimu yang hadir hanya sekadar fantasi .
Sejauh mana dapat kau layari alam fantasimu
andai terpadam fantasimu
barulah kau akan mengenal realiti (erti kehidupan sebenar )
yang penuh dengan kebenaran serta kenyataan
tanpa berunsurkan khayalan .
Perumpamaan antara kau dan aku
bak Realiti Dan Fantasi
kumenyelam dasar realiti yang penuh dengan kebenaran
kau pula berlayar kealammu yang penuh dengan khayalan .
Siang hari kumenjelajahi kehidupanku
menghabiskan sisa-sisa masa dengan matlamat berfaedah
bila malam menjelang tiba kudisajikan dengan mimpi mimpi yang indah
tanpa sempadan .
kau pula siang hari penuh dengan kealpaan
malam hari melangkah masuk kealam khayalan
yang berlandaskan kepalsuan .
Hiburan hanya sementara kekayaan menghuni
andai sudah tercicir jiwa mulalah bergelora
maka terpaksalah kembali kealam nyata
yang hanya beralaskan kebenaran .
Andai kita lihat matahari
nun jauh disana bercantum dengan lautan
pabila kita hampiri persisiran pantai
jelas terlihat hakikatnya matahari makin jauh lagi
dan tak mungkin kan bersatu sampai bila bila pun
begitulah perbezaan yang terlukis antara realiti dan fantasi.
Antara Realiti dan Fantasi
pekalah dengan kenyataan
janganlah masih lagi bercanda ria
majulah kehadapan kuburkan alam Fantasi
Suburkan alam Realiti
kebenaran yang akan kekal selama lamanya .
Pintu hatiku sentiasa terbuka
andai engkau sudi kembali
tiada dendam yang terpendam
cuma jujur keikhlasan pintaku
andai itu sudah kau miliki
maka segala keindahan andai subur semulajadi .
Antara Realiti Dan Fantasi
pilihlah mana satu arah yang kau mahu
antara kebenaran dan kepalsuan
ukirkanlah kenyataanmu
antara cinta dan dusta
lukiskanlah pendirianmu
hanya engkau saja yang tahu
mana arah tujuanmu
antara kebahagiaan dan kehancuran
engkau yang tentukannya.
Kredit kepada : Mesra.net forum
P/S : entri ni takde kena-mengena dengan sesiapapun,hope korang enjoy bila baca yer











{ 26 comments… read them below or add one }
“Siangku terbayang malam kumerindu”
terbayang siapa bro?hehe

mendalam maknanya tu..
Mr.Z recently posted..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Malaysia!
Ermm sapa la eh =(
hehe.. bermadah pujangga je bro ni.. ada pape ke?

mrnamie recently posted..Bulan Ramadhan- Hantar adik ke KLIA
teringat org jauh ke bro?hehe..sejak 2 3 mggu ni bnyk entri mcm ni dr ko…hehehe,..semoga tercapai apa yg ko idamkan tu bro..
ps: aku ingtkn lagu yg aku karok mggu lps bila tgk tjuk tu..hahaha
azizan4444 recently posted..Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2
Hehehe
Saja je bro aku wat entri ni
Tajuk dia macam lagu Crossfire kan
enjoy reading bro..
slmt pagi
Thanks bro
nampaknya..
angau la ni…kihkih
syahrilhafiz recently posted..LiveBlog Bersama Nokia 3120cgif
Hehehe
Tapi………..
Kalau hayati betul-betul puisi ni
hanya tuhan je la yang tahu
ok enjoy…
:8
zik recently posted..Psikologi Harga
Mekasih bro
heheh
Fuh panjang sungguh puisi ni..ade pape makna ke kat tuan punya blog?
adamfaiz recently posted..Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok
Ermmm
Ada gak la yang berkait dengan tuan blog ni
huhuhuh =(
dalam maksud ayat-ayat atas tu bro..
kulanz recently posted..Durian Juadah Berbuka Puasa
tu la bro
memang mempunyai maksud tersirat ni..hanya yang terlibat benar-benar memahami maksudnya hehe

etomyam recently posted..Perlukah Melontar Najis Untuk Luahkan Kemarahan
hehehhe
betul tu bro
memang ada maksud tersurat dan tersirat
ape kes ni bro? dapat cuti panjang ke karang entry mendayu2 ni. ahaks!
*Bagimu harta kebendaan menjadi ukuran
:
-masih menjadi persoalan tentang ni. sampai ada sanggup jual maruah untuk harta.
DonHa recently posted..Identiti diri
hehehe
agak-agak ko la
apa yang aku rasa time buat entri ni
seyes aku tak fhm..dah baca byk kali lebih aku pening..mmg bukan jiwa seni lah aku ni

catzer recently posted..Bila Pintu Rezeki Merajuk
Uikkk ye ke
hehehe rileks yer jangan pening-pening
hadoi!!! panjangnya..
mksud yang mendalam tu..
adakah cinta itu tidak kesampaian huuhuuu..
Hmmm
Tah la suri…
“Kau datang ,kau singgah

menghulur cinta palsu lalu kau pergi”….
Aduh, bagaimana boleh tertipu dengan cinta yang palsu itu.
amirulfaiz recently posted..Muka Masuk TV
Dah macam lagu tipah Tertipu la bro =(
time pose pun lyn jiwang ye bro. hee. teringt si dia?

ehem2. lalala
acapz recently posted..ParamKL – Juadah Untuk Anda Berbuka Puasa