BAGAIMANA HENDAK MENJADI “GOOD LEADER”

by wazy on February 5, 2011 · 16 comments

in Kerjaya

BAGAIMANA HENDAK MENJADI “GOOD LEADER”

Pupuk sifat sabar

Menjadi seorang leader dalam sesuatu kumpulan pekerja (team) menuntut penuh kesabaran..ini kerana dalam satu team mungkin terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan tahap pendidikan yang perlu kita hadapi…tidak lupa juga rakan-rakan yang sama level dengan kita (contohnya rakan sesama jawatan) kadang kala, rakan sesama jawatan ini ada yang cemburu dengan kita dan ia akan cuba menonjolkan dirinya dengan cara yang kurang baik…di sinila kita kena perlu banyak bersabar..juga, sebagai pemimpin kita kena banyak bersabar dengan karenah ahli-ahli yang bekerja bersama kita…mungkin ada yang agak pendiam, ada yang kaki kipas, ada yang cakap je lebih kerja entah ke mana dan sebagainya…selain itu, ade juga yang jenis perangai kasar atau yang lebih lembut..semua ini perlu dihadapi dengan sabar…jangan biarkan anda hilang kawalan dan mula maki memaki..hal ini tidak molek..selain anda dipandang serong oleh staff lain, dibenci dalam diam dan krebiliti anda menjadi sangat rendah..tiada pemimpin agung di dunia yang bersikap suka memaki hamun..bersikap diplomatik adalah yang terbaik..kadang kala ada sesetengah pemimpin yang mahu hatinya dijaga, tetapi hati orang lain tidak dihargai..

Jangan bersikap pilih kasih

Menjadi naluri manusia, akan ada orang yang disukai lebih daripada orang lain..maksud saya di sini, suka bukan atas dasar cinta tapi lebih kepada perasaan selesa dengan seseorang…Ketika anda mentadbir sesuatu organisasi, mesti ada seorang yang anda paling percaya, paling boleh diharap dan sebagainya…tapi sebagai pemimpin, anda dituntut untuk bersikap lebih adil kepada orang lain…Jika anda terlalu memilih kasih antara semua team dalam organisasi, ini akan mengundang rasa tidak puas hati dengan cara yang negatif..bagi pihak ahli dalam team, mereka akan merasa tersisih, tidak diperlukan selain rasa tidak puas hati terhadap ‘anak emas’ boss..bagi bos pula, pekerja akan mula menjadi kurang mesra dengan anda, krebiliti anda menurun dan anda dilihat seorang yang terlalu bergantung..bagi mereka yang menjadi ‘anak emas’ pula..mungkin anda berasa anda berada di fasa ‘top of the world’ tapi percayalah dalam bidang pekerjaan, anda akan berjaya atas sokongan semua pihak..jadi menjadi ‘anak emas’ bukan beerti tiket untuk lebih sombong..jika semua rakan sekerja anda berhenti kerana ‘muak’ dengan perangai anda..anda tidak ke mana-mana jugak…

Pandai membahagikan masa dan tanggungjawab

Seringkali kita terdengar, orang yang terlalu khusyuk dengan kerja meninggalkan aktiviti seharian yang sepatutnya dilakukan oleh manusia biasa…contohnya; anda yang terlalu kuat bekerja sampai ke malam sampaikan hujung minggu pun masih bekerja..tiada masa untuk keluarga, rakan-rakan, beriadah, rekreasi dan sebagainya…selain itu, pembahagian masa itu amat penting..jangan terlalu menumpu kepada pekerjaan sehingga mengabaikan yang lain…ingat! waktu bekerja adalah 8 jam sehari 5 kali semingu..lainla anda adalah pemilik organisasi tersebut, suka hati andalah nak bekerja selama mana yang anda nak..tapi ahli team anda juga ada kehidupan..mungkin hujung minggunya ade aktiviti lain yang perlu dibuat..jadi, x perlula anda libatkan hal kerja ketika mereka semua bercuti..kecualilah ia benar2 penting…kenali bebanan diri anda, jangan tamak nak ambil semua projek semata-mata untuk mengejar kepuasan diri sendiri..jangan nanti yang dikendong berciciran yang dikejar xdapat..adalah lebih baik menghabiskan projek satu demi satu dalam sela masa yang ditentukan daripada kelam kabut 24 jam yang hasilnya belum tentu sempurna

Hargai setiap insan

Jangan memandang rendah keupayaan orang lain…setiap insan yang berada pada posisinya sekarang diambil bekerja berdasarkan keupayaan dan keperluan ilmu yang mereka ada..seorang technician misalnya tidak akan diambil bekerja sebagai technician sekiranya dia tidak mempunyai diploma misalnya..jadi, mereka tau apa yang perlu mereka buat..mereka tau tanggungjawab tugas masing2..jadi, tugas anda sebagai pemimpin adalah untuk memberi petunjuk (guide) untuk menyalurkan pengetahuan yang mereka ada untuk mencapai objektif organisasi..ingatlah bahawa pemimpin yang baik akan dapat memupuk bakat dan keupayaan pekerja di bawahnya sehingga ke peringkat maksimum…(bukan hanya pandai mengarah ye..pandai memupuk…gunakan talent dan kelebihan ahli team)…Tidak semestinya mereka yang cemerlang semasa belajar merupakan seorang pekerja yang sangat baik dan yang paling produktif…penentuan survival di tempat kerja adalah berdasarkan kepada kecerdasan EQ, bukannya IQ…telah banyak kes yang saya lihat sendiri mereka yang kononnya genius bila diambil bekerja, cara bekerjanya seperti robot..tidak pandai menganalisis, tidak boleh membuat keputusan sendiri dan mengeluarkan pendapat sendiri, tidak berdikari, perlukan bimbingan sepanjang masa dan yang paling teruk sifat ‘robot’ meliputi kehidupan peribadi sendiri..setiap orang ada kelebihan tersendiri, bukan setiap orang sama..kalau sama itu namanya robot dan entah-entah kalau anda yang mahukan orang yang ‘robot’ bekerja dengan anda, anda juga sebenarnya adalah ‘robot’..hahahaha..

Bersedia menerima teguran dan mengakui kesalahan sendiri

Ini adalah bahagian yang paling penting..apabila menjadi pemimpin, tidak beerti anda adalah manusia yang paling sempurna..ya! mungkin kelayakan akademik anda yang paling tinggi antara semua tetapi kadang kala sebagai manusia, anda juga bersikap terlepas pandang…dan kadang kala orang bawahan anda lebih alert berbanding anda..dan seperti manusia biasa yang lain, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..jika anda yang tersilap, mengaku…budaya ini banyak diaplikasikan dalam budaya kerja orang Jepun, Korea dan Barat..tidak sukar untuk menyatakan ungkapan maaf, malah ia akan meninggikan lagi krebiliti anda..tetapi, dalam masyarakat kita, ungkapan maaf sukar diucapkan kerana ia seolah-olah menjatuhkan krebiliti diri sendiri..tetapi maaf cakap, orang yang sukar menuturkan maaf adalah orang yang sangat tinggi egonya dan angkuh…sebagai pemimpin, anda juga harus oleh menerima teguran orang lain tidak kira samada daripada peringkat atasan mahupun bawahan..input-input walaupun sedikit amat berguna..janganlah kerana terlalu ego menerima teguran orang lain anda akan menjadi seperti katak di bawah tempurung…walaubagaimanapun, sebagai pemimpin anda harus menunjukkan contoh kepimpinan yang baik dan menghormati semua orang. Bagaimana orang hendak menjaga hati anda sekiranya anda sendiri tidak pandai menjaga hati orang lain..bagaimana anda hendak dihormati sedangkan anda sendiri tak pernah cuba nak hormat orang lain..percayalah, jika anda bersikap lebih sabar, lebih rendah diri (rendah diri tetapi jangan terlalu merendah diri seolah-olah anda tidak yakin..berpada-padalah)..anda akan dihargai dari sekecil-kecil tukang sapu hinggakan kepada CEO organisasi anda..

ingatlah, kehidupan di dunia ini umpama roda..mungkin hari ini insan tersebut tiada apa-apa..tapi mungkin suatu hari nanti dia akan berjaya dan mungkin lebih berjaya daripada anda…Hidup ini hanya pinjaman, jawatan tinggi yang anda pegang, tidak bermakna ia lesen untuk anda mendabik dada..muhasabah diri dan ingatilah bahawa nikmat yang tuhan beri boleh direntap sekelip mata…

Kredit kepada : JomLayan.Com

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: