Cara Daftar PayPal Malaysia

by wazy on July 3, 2011 · 1 comment

in Tutorial

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Sejak akhir-akhir ni ramai yang aktif membeli-belah secara dalam talian atau online melaui PayPal.Kepada mereka yang masih lagi belum mempunyai akaun di PayPal,boleh la singgah di blog Bro Denaihati kerana beliau ada juga membuat entri bertajuk Dah buka akaun Paypal Malaysia,timbul pula idea untuk buat sekali tutorial Cara Daftar PayPal Malaysia di blog ini.

Untuk membuka akaun PayPal anda perlu ada email,kerana ia akan menghantar link untuk confirmation setelah anda berjaya mendaftar akaun di PayPal itu nanti.

Pertama sekali anda boleh ke http://goo.gl/qZVdD atau klik banner di bawah ini :-

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Setelah klik,anda akan di bawa terus ke web PayPal seperti di bawah :-


1. Klik Sign UpToday!

2. Pilih negara Malaysia

3. klik Get Started

4. Masukkan email anda yang sah

5. Masukkan password pilihan anda

6. Masukkan sekali lagi password pilihan anda

No 7 , 8 dan 9 Masukkan nama anda

10. Masukkan tarikh lahir

11. Masukkan kewarganegaraan

No. 12 , 13 , 14 , 15 , 16 dan 17 masukkan alamat tetap anda

18. Tekan Agree And Create Account

Apabila selesai proses di atas,sila semak di peti masuk email yang anda gunakan di dalam pendaftaran tadi ,lebih kurang macam ni la email tu :-

Welcome

Dear nama anda,

Thanks for joining PayPal.

Add your credit or prepaid card to your PayPal account. Next time you shop online, you will just need to enter your email address and PayPal password.

19. Klik Go To My Account

20. Klik Confirm email address jika anda masih belum dapat email confirmation.

21. Klik Setup your security questions untuk soalan rahsia sebagai kegunaan jika anda login buat PayPal ini buat kali pertama.

Jika berjaya,anda bolehlah login menggunakan alamat web di sini dan menetapkan negara dan pilihan anda untuk login.Hanya masukkan email dan password untuk mengakses akaun PayPal anda.

P/S : untuk Verified akaun PayPal,Anda boleh rujuk di Verified Paypal menggunakan Maybank debit card

Selamat Mencuba.