You are here: Home /Dunia Kereta /Cara Mengatasi Masalah Enjin Kereta Tidak Berfungsi

Cara Mengatasi Masalah Enjin Kereta Tidak Berfungsi

by on May 15, 2011 · 18 comments in Dunia Kereta

Enjin adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.


Gambar dari Google

Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Prosedur kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.
Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi tetapi enjin tidak dapat dihidupkan. Ketika suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Pelan bersiar-siar ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka meneruskan misi untuk mengesan masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.


Gambar Dari http://www.2carpros.com/

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Apabila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan. Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburator tetap melimpah. Dalam hal ini, jika tidak tahu membetulkan sendiri, adalah lebih baik bawa ke bengkel untuk dibaiki

Kredit : http://tipspenjagaankereta.blogspot.com/2011/04/cara-mengatasi-masalah-enjin-tidak.html

 Banner

{ 18 comments… read them below or add one }

syahrilhafiz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 15, 2011 at 12:03 PM

nice info bro
serius aku cakap bab2 repair ni failed :D
syahrilhafiz recently posted..Hiasi Desktop Dengan Tema Kung Fu Panda 2My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 15, 2011 at 5:53 PM

@syahrilhafiz,

sama-sama bro
aku pun kadang-kdang fail gak
masih lagi belajar basic-basic ni
papehal nanti senang

Reply

azura MALAYSIA Google Chrome Windows May 15, 2011 at 1:02 PM

yang saya tahu kalau nak start dah dua tiga kali baru boleh, cepat2lah ganti bateri….
azura recently posted..Lagu rasmi guru MalaysiaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 15, 2011 at 5:54 PM

@azura,

betul jugak tu
bateri betul-betul kena jaga

Reply

haru MALAYSIA Google Chrome Windows May 15, 2011 at 1:48 PM

aku mati2 ingt gmbar enjin kete ko td…mantap abes :love:
haru recently posted..Google Bakal Menghentikan Bloggercom Bloggercom Memohon Maaf Kepada PenggunanyaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 15, 2011 at 5:54 PM

@haru,

Hehehe
enjin kete aku tak ada la macam tu
standard lagi :)

Reply

MR.Z MALAYSIA Google Chrome Windows May 15, 2011 at 1:49 PM

boleh jadi panduan ni.. benda teknikal sangat, aku pun tak berapa arif sangat hal2 kereta nii.. haha :)
MR.Z recently posted..China Fake! Penukaran Daging Babi ke Daging Lembu Tiruan!My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 15, 2011 at 5:55 PM

@MR.Z,

Ha ah
sama-sama la kita amalkan panduan ni

Reply

decrewz MALAYSIA Google Chrome Windows May 15, 2011 at 6:48 PM

Jai bab keta mmg fail.. Baru je guna keta, x reti sgt dalaman keta nih..he3.. Thanks for sharing.. Kata org, sediakan payung sebelum hujan, sediakan ilmu sebelum kena tipu.. :)
decrewz recently posted..Sejarah Dan Paparan Muka Blogger Dari Dulu Hingga KiniMy Profile

Reply

Hisyam MALAYSIA Google Chrome Windows May 16, 2011 at 1:54 AM

@decrewz,

Biasa kalau pergi kedai kereta mintak baiki dan kita tak tahu apa memang senang kena tipu. duit terbang cam burung je dari poket kalau zero pasal repair kereta ni.
Hisyam recently posted..Guru Penjana Transformasi NegaraMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 17, 2011 at 12:27 PM

@Hisyam,

Betul tu bro
lagi satu kena tengok masa mekanik buat kerja
takut dorang tukar benda yang tak rosak plak nanti

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 17, 2011 at 12:25 PM

@decrewz,

betul tu Jai
sediakan payung sebelum hujan
lagipun banyak benda pasal kereta yang perlu kita ambil tahu jika hantar kereta ke bengkel

Reply

Wan Perlis AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows May 16, 2011 at 12:36 AM

Thanks utk tips ni
aku pun bab kena fail gak

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 17, 2011 at 12:26 PM

@Wan Perlis,

sama-sama bro
tu la kalau ada info lagi pasal kereta ni
aku share kat blog yer

Reply

suri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 19, 2011 at 12:03 PM

tahu bawa jer lain tak tahu heee..rasanya pas ada krta sendiri baru amik tahu agaknya heee..
suri recently posted..Penggorbanan Seorang IbuMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 20, 2011 at 10:09 PM

@suri,

hehehe ok je tu
sebelum tu belajar la serba sedikit pasal enjin kereta ni

Reply

Minyak Zaitun Mozilla Firefox Windows June 29, 2011 at 5:37 AM

Terima kasih atas panduan yang diberikan. Memang sebaiknya kita usaha perbaiki sendiri jika ada kerosakan sebelum pergi ke bengkel.
Minyak Zaitun recently posted..Manfaat Minyak Zaitun untuk Ibu HamilMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 30, 2011 at 3:10 PM

sama-sama :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: