Cara Yang Betul Mencuci Kereta Sendiri

by wazy on April 23, 2011 · 48 comments

in Dunia Kereta

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Ramai di kalangan pengguna yang agak ‘manja’ apabila saban minggu menghantar kereta ke pusat mencuci kereta semata-mata untuk membuang kotoran pada jentera pengangkutan mereka. Sebenarnya mencuci sendiri kereta mempunyai kelebihan iaitu selain menjimatkan wang ringgit ia juga sebagai satu aktiviti yang riadah yang sihat. Tetapi kita juga perlu tahu cara-cara yang betul mencuci kereta dan apakah bahan dan alatan yang kita perlu sediakan untuk mendapatkan hasil cucian yang baik.

Kereta kita terdiri daripada bahan-bahan yang berbeza seperti besi, plastik, getah dan yang terbanyak adalah cat. Setiap bahagian memerlukan bahan pembersih khas supaya ia dapat dibersihkan secara optimum. Kesilapan kita menggunakan bahan dan alatan mungkin akan menyebabkan ia rosak atau cucian menjadi tidak sempurna.

Umumnya menjaga kereta terdiri daripada tiga fasa iaitu :-

1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)

i. Cucian Luar
ii Cucian Enjin
iii Cucian Dalam
iv Cucian Tayar
v Membuang kesan tar

2. Merawat (recovering)

i Rawatan cat
ii Rawatan cermin dan wiper
iii Rawatan rim

3. Mengilat dan manjaan (spa)

i Mengilatkan cat
ii Mengilatkan cermin
iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman
iv Mengilatkan bahagian kulit
v Mengilatkan rim dan tayar

Bagi kereta baru biasanya kita hanya bertumpu kepada fasa 1 dan 3 manakala bagi kereta lama ia mugkin perlu melalui ketiga-tiga fasa tersebut.

1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)

i. Cucian Luar

a. Pancutkan air dahulu daripada hos selama 15 saat bagi mengeluarkan sisa-sisa klorin dan bahan kimia supaya tidak merosakkan cat.

b. Pastikan semua pintu dan cermin ditutup rapat

c. Pancutkan air pada bahagian kereta untuk membuang habuk dan pasir yang melekat pada badan kereta sebelum menggosok kerana pasir dan habuk keras boleh mencalarkan cat jika digosok.

d. Gunakan bahan pencuci khas untuk kereta dan jangan beli bahan pencuci murahan walaupun ada gambar kereta kerana ia berpotensi untuk merosakkan cat. Bahan pencuci beserta wax (wash and wax) juga boleh digunakan dan ia akan membuatkan cat kereta kelihatan lebih bersinar.

e. Gunakan span bersih dan cuci bermula daripada bahagian bumbung. Saiz span yang lebih besar akan mempercepatkan proses cucian. (jangan gunakan span untuk mencuci cat bagi tujuan lain.

f. Elakkan cuci di tengah panas kerana titisan air akan bertindak sebagai kanta yang boleh memfokus cahaya matahari terhadap cat.

g. Jangan biarkan sabun pada cat sehingga kering kerana bahan kimia pada sabun itu akan menjejaskan cat.

e. Lap menggunakan kain yang bersih dan tidak berbulu. Kain khas ini ada terdapat dijual di pasaraya dengan harga sekitar RM3.00 hingga RM7.00 sehelai. Pastikan tiada minyak atau pasir pada kain tersebut kerana ia akan merosakkan cat. Jangan gunakan kain pengelap cat kereta itu untuk kegunaan lain.

ii Cucian Enjin

a. Enjin merupakan bahagian yang paling sensitif dan pastikan anda mencucinya dengan berhati-hati. Bahagian elektronik seperti pendawaian, ecu, sensor dan sebagainya perlu dipastikan agar tidak dimasuki air. Jangan cuci menggunakan air pada tekanan yang kuat kerana bahagian palam pencucuh yang dimasuki air akan menyebabkan kereta tersenggut-senggut atau mungkin tidak dapat dihidupkan.

b. Bagi menghilangkan minyak atau gris pada enjin, kita boleh menggunakan bahan asas seperti minyak tanah dan sabun pencuci. (satu petua menarik daripada seorang tauke cuci kereta iaitu campuran sabun dan coca-cola pada amaun yang seimbang mampu menghilangkan kotoran degil pada enjin dan mengilatkan enjin.

iii Cucian Dalam

a. Cemaran dan kotoran bahagian dalaman biasanya adalah kesan terdiri daripada kotoran tangan, tapak kasut, air dan makanan. Mencuci bahagian dalaman tidak memerlukan air yang banyak. Anda memerlukan sedikit air sabun dan bilas menggunakan air bersih. Makanan yang terbiar tidak dibersihan akan mengundang serangga seperti semut dan lipas (akibat adanya serangga itu, cicak juga mungkin menumpang sama kerana ada sumber makanannya)

b. Jangan menggunakan clorok atau agen peluntur.

c. Tinggalkan seketika dengan pintu terbuka untuk memastikan pengewapan berlaku dengan sempurna.

iv Cucian Tayar

a. Tayar merupakan bahagian yang paling terdedah dengan kotoran seperti minyak, tar, habuk, sisa lapik pad brek, lumpur, najis dan sebagainya.

b. Sabun yang digunakan untuk tayar perlu sesuai dengan rim anda. Rim yang bercat pelu menggunakan sabun yang sesuai untuk cat manakala rim kemasan logam boleh menggunakan sabun biasa.

c. Gunakan berus sabut untuk menyental kotoran degil.

v. Membuang kesan tar

a. Tar merupakan cemaran yang degil kerana sifatnya yang melekat dan berminyak. Bintik-bintik tar paling senang dicuci menggunakan minyak seperti diesel tetapi ia boleh menjejaskan cat. Gunalah bahan ‘tar remover’ dan sapu tanpa tekanan sehingga bersih.

2. Merawat (recovering)

i Rawatan cat (bagi kereta lama)

a. Cat pada kereta biasanya akan mengalami masalah seperti pudar atau tercalar. Cat akan pudar kerana faktor seperti bahan kimia, terdedah kepada embun dan cahaya matahari atau dimakan usia.

b. Cat yang pudar boleh dikembalikan kilatannya dengan melakukan ‘polishing’ dan ‘waxing’. Polishing merupakan proses menggilap kembali permukaan cat yang sudah hilang lapisan ’2K’. Bagi mereka yang tidak profesional biasanya bolehlah membeli polish yang tercatat ‘untuk cat lama’.

c. Kerja polishing akan lebih pantas jika anda menggunakan mesin. Jika tidak ada mesin maka bolehlah lakukan poslihing menggunakan span lembut dengan pergerakan membulat sehingga rata (elakkan daripada menggunakan span basuh pinggan kerana partikelnya agak kasar.

d. Biarkan seketika di bawah teduhan

e. Proses seterusnya adalah ‘waxing’ iaitu melapis selapisan lilin khas pada permukaan cat supaya kelihatan lebih berkilat di samping melindungi cat asal daripada menjadi pudar. lapisan ini boleh dilakukan dua minggu sekali dan boleh dilapis sehingga dua atau tiga lapisan.

f. Cat yang mengalami calar kecil boleh dirawat dengan menggunakan polish atau polymer sealant

ii Rawatan cermin dan wiper

a. Cermin kereta yang tidak dijaga akan menjadi kelam dan kasar seterusnya boleh menjejaskan pandangan dan pemanduan. Pembersih cermin ada banyak dijual di kedai khusus untuk membuang kotoran dan gris. Cermin yang tidak dijaga boleh merosakkan wiper dan menyebabkan wiper perlu kerap diganti.

b. Cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat.

c. Penggilap cermin (wiper) juga perlu dibersihkan daripada minyak supaya sapuan air lebih rata dan menghasilkan pandangan yang lebih selesa. Cecair pembersih wiper ini juga ada dijual di mana kita hanya perlu melurutkannya cecair tersebut pada bahagian getahnya menggunakan kain bersih sehingga tiada lagi kesan kotoran. Jika anda mendapati kain yang dilurut pada wiper menjadi hitam walaupun sudah banyak kali dibersihkan, ini menunjukkan getah wiper anda sudah perlu ditukar.

iii Rawatan rim

a. Rim yang menggunakan kemasan cat perlu dijaga sama seperti anda menjaga bahagian cat badan kereta anda manakala rim kemasan logam perlu dijaga menggunakan bahan pecuci khas untuk rim. Ini kerana rim kemasan logam mempunyai sifat yang sensitif terhadap bahan kimia seperti asid yang boleh menyebabkannya bertompok dan recakkan yang tidak rata.

3. Mengilat dan manjaan (spa)

i Mengilatkan cat

a. Terdapat beberapa alternatif untuk mengilatkan cat kereta iaitu menggunakan wax, polymer sealant, carnauba (Copernicia prunifera). Walaupun dikatakan bahawa carnauba mampu menghasilkan lebih kilatan namun penggunaan wax lebih sesuai di negara iklim tropika kerana keadaan cuaca yang agak panas.

b. Sapu wax menggunakan span khas secara membulat dan biarkan sehingga wax benar-benar kering di bawah redupan kemudian sapu menggunakan kain lembut yang kering dan bersih.

c. Ulang sapuan kali kedua (kalau tak letih)

ii Mengilatkan cermin

a. Cermin kereta tidak sesuai dikilatkan menggunakan wax atau apa bentuk polish sekalipun. Cermin perlu bebas daripada bahan bahan seperti wax. Gunakan bedak talkum dan gosokkan rata-rata pada cermin hadapan (windshield) menggunakan tisu kertas.

iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman.

Papan pemuka adalah bahagian utama pada ruang dalaman kereta anda. Ia menjadi tatapan penumpang termasuk anda sendiri. Papan pemuka yang berkilat menjadikan kenderaan anda lebih selesa dinaiki. Kilatkan papan pemuka menggunakan pengilat ‘dashboard’ dan bukannya pengilat tayar. Pastikan bahan pengilat papan pemuka anda mempunyai bau yang menyenangkan atau tidak berbau kerana bauan pengilat yang teruk akan lebih ketara apabila penyaman udara dipasang..

iv Mengilatkan bahagian kulit

a. Bahan kulit atau separuh kulit biasanya digunakan untuk kerusi kereta anda. Bahan kulit ini walaupun harganya mahal namun ia perlu dijaga kerana bahan kulit yang tidak dijaga akan hilang lembapan, menjadi kering, keras dan merekah. Ia tidak seperti kerusi kulit di rumah kerana ia terdedah dengan suhu yang panas dan kering.

b. Kilatkan menggunakan pengilat kulit selang dua minggu sekali.

v Mengilatkan rim dan tayar

Rim kemasan logam yang kusam oleh dikilatkan kembali menggunakan pengilat rim (sport rim conditional). Penggunaan polish atau wax pada rim kemasan logam tidak akan berkesan.

Sumber : http://jeramaju.blogspot.com/2010/07/diy-cara-cara-betul-mencuci-kereta.html

{ 48 comments… read them below or add one }

mankuchai MALAYSIA Google Chrome Windows April 23, 2011 at 12:57 PM

First time aku baca cara2 nak cuci kereta sendiri..lengkap! thanks bro…
mankuchai recently posted..Puduraya berwajah baruMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 23, 2011 at 12:59 PM

@mankuchai,

sama-sama bro
ni pun saya ambil kat blog orang,kebetulan aritu nak cari tips-tips yang berguna untuk menjaga kerete sendiri,akhirnya jumpa juga kat blog tu
memang banyak tips yang berguna untuk rujukan bersama

Reply

Juan MALAYSIA Google Chrome Windows April 23, 2011 at 2:05 PM

nice entry bro, aku disebabkan dok umah apartment, jadi aku hantar kedai jer cuci kereta aku, hehe

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows April 23, 2011 at 11:54 PM

@Juan,

sama-sama bro
hehehe kalau tak ada masa kira ok gak hantar ke car wash

Reply

akubiomed MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 23, 2011 at 7:11 PM

Kalau macam ini proses hendak basuh kereta alamatnya tidak makan kerana mem besar bising seharian mengadap kereta :-)
akubiomed recently posted..Filem hantu seram yang diingatiMy Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows April 23, 2011 at 11:55 PM

@akubiomed,

Hehehehe
tahu xpe :)

Reply

Amirez MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 23, 2011 at 10:55 PM

wah, panduan yang sangat lengkap. bolehlah cuci kereta dengan baik lepas ni. jimat duit :)

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows April 23, 2011 at 11:55 PM

@Amirez,

Hehehehe
tu la,sambil jimat duit,kita puas hati kalau basuh sendiri kereta

Reply

zik Mozilla Firefox Windows April 24, 2011 at 1:32 AM

ini lengkap habis nie… kalau aku, ala2 kadar jer… cukup syarat jerla…
zik recently posted..Kelakar- mari belajar menggunakan bazookaMy Profile

Reply

suri MALAYSIA Google Chrome Windows April 24, 2011 at 1:02 PM

@zik, saya hya cuci lesen P je le takat ni heeeee sb kete lum ada hoooo :)

Reply

Hisyam MALAYSIA Google Chrome Windows April 24, 2011 at 4:23 PM

@suri, bila nak beli kak Suri?
Hisyam recently posted..Tips Minta HutangMy Profile

Reply

wazy AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows April 24, 2011 at 9:59 PM

@Hisyam,

hehehe
jap lagi kot dia beli :)

Reply

wazy AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows April 24, 2011 at 9:59 PM

@suri,

ekekeke
xpe slow-slow
ada rezeki tu nanti beli la kereta satu

Reply

suri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 29, 2011 at 9:24 AM

@wazy, tgu dulu eknomi tak berpa kukuh huu.. takat ni simpan wet utk anak dulu..biak ibu dan ayah susuh skit tak per huu…

ya kena slow2 biak hdup sush2 dlu2 dan sng kmduan..klu dah mula2 hdup seng nnti bila hdup susuh tak tahu nak fokus huuuu :-[)

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux May 3, 2011 at 2:33 AM

@suri,

betul tu
kena utamakan anak-anak dulu ye tak

Reply

wazy AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows April 24, 2011 at 9:59 PM

@zik,

hehehehe
kalau free tu memang basuh semua la :)

Reply

suri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 29, 2011 at 9:26 AM

@wazy, suri klu nak cuci kena mitk tolong org ar..pasal per sudi kecik jer cam budak tingkatan 5 heeee…

rendah2..rendah huuu.. :o :

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux May 3, 2011 at 2:33 AM

@suri,

hehehe xpe :)

Reply

suri MALAYSIA Google Chrome Windows April 24, 2011 at 1:01 PM

blh bukak kodai cuci kereta class bintang heeee

Reply

wazy AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows April 24, 2011 at 9:59 PM

@suri,

hehehee
ok jugak tu

Reply

suri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 29, 2011 at 9:25 AM

@wazy, sini skli cuci rm2 jer,paling mahal 5 hurmm area town ipoh jer..area tesco siap ada pakej lagi smpi beribu2 heeee :cool:

Reply

diden REPUBLIC OF KOREA Mozilla Firefox Windows April 29, 2011 at 1:14 PM

@suri, haha.. nak gak la kalu 2 ringgit :)
diden recently posted..Kenapa aku melukisMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux May 3, 2011 at 2:34 AM

@diden,

heheh nak gak sekali
murah tu yang bagus

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux May 3, 2011 at 2:33 AM

@suri,

wahh murah gak rm2 sekali cuci tu

Reply

Hisyam MALAYSIA Google Chrome Windows April 24, 2011 at 4:24 PM

Ayah selalu bawak kete pergi kat car wash padahal kat rumah dah ada water jet. Membazir je.
Hisyam recently posted..Tips Minta HutangMy Profile

Reply

wazy AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows April 24, 2011 at 10:00 PM

@Hisyam,

owhh macam tu
malas nak basuh sendiri la kot
tapi puas hati gak kalau basuh kereta sendiri macam tips kat atas tu

Reply

suri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 29, 2011 at 9:27 AM

@wazy, klua da wet no hal hee…klu si dia nak balik umh suri kt mlk done2 g kedai cuci kete time tu suruh cuci kete guna cara automatik tu..

heeee =(

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux May 3, 2011 at 2:34 AM

@suri,

Hehhehe
ok la macam tu

Reply

mancai MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 29, 2011 at 2:50 AM

aku pernah ambil kursus carecar ni… memang betul, tepat dan padat bro…

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux May 3, 2011 at 2:35 AM

@mancai,

owhh anjuran mana tu eh bro
saya pun tengah tercari-cari kursus carecar macam bro bagitahu ni
tatau la nak cari info kat sape

Reply

diden MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 29, 2011 at 1:08 PM

ak skarang ni btul2 nak tahu apakah perkakas pencuci pling tbaik tuk basuh kereta.. stiap kali ak basuh kereta ak slalu fail walaupun jnguk camna org tu cuci.. msti ada je tompok2.. lama pulak tu aku cuci.. haha.. adessss =(
diden recently posted..Kenapa aku melukisMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux May 3, 2011 at 2:35 AM

@diden,

Hmm
aku pun kadang-kadang macam tu gak
maybe kena tengok pencuci la kot

Reply

alamonline AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows May 29, 2011 at 9:03 PM

bagus panduan ni.. saya tercari-cari cara cuci kereta yang betul… nak kena download dan print ni. dah boleh buat ebook percuma.
alamonline recently posted..Ada Apa Dengan Sejuta Belia Di PutrajayaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 2, 2011 at 1:40 AM

@alamonline,

sama-sama bro
kalau nak print ,ambik je dari entri ni

Reply

amirul MALAYSIA Internet Explorer Windows January 17, 2012 at 11:23 AM

Assalamualaikum..saya polish kereta setelah 6 bulan beli..kereta baru..1st owner..rosak x cat?sbb org kate kalau polish mesti lepas setahun dulu untuk kereta baru..sbb cat baru wrna dia lembut lagi sbb bru keluar kilang..mohon pendapat otai

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 21, 2012 at 3:42 PM

Kalau kereta baru baisanya tak payah polish dulu bro,melainkan dah setahun dua baru la ok untuk dipolish

Reply

amirul MALAYSIA Internet Explorer Windows January 26, 2012 at 2:16 PM

tula mmg banyak org ckp gitu..tapi kalau kita polish 6 bulan baru beli untuk hilangkan calar2 kecil tu xpe ke?cat rosak x?atau ade ape2 effect long term nt?sbb time tu brother tu advice buat untuk buang calar2 kecil..kereta colour itam..tp xla hard polish sbb sy ckp kereta baru jgn polish hard..just buat untuk kilat je..arga pun xsmpi rm100..tqvm in advance yg bro sudi reply..

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 30, 2012 at 2:35 PM

kalau calar tu kecil ok je bro,janji berbaloi

Reply

sasa MALAYSIA Google Chrome Windows March 9, 2012 at 1:24 PM

kalau nk cuci bahagian dinding dalam keta cane? ada tompok2 hitam..clorox xboleh eh?

Reply

nadira abdul MALAYSIA Google Chrome Windows March 17, 2012 at 9:54 PM

guna la febreze..haha

Reply

nanaBANGI MALAYSIA Internet Explorer Windows July 16, 2012 at 2:28 PM

salam n t ksh wanzy. sy bc dgn ckup teliti n sy akn manfaat nya utk kereta baru sy.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 19, 2012 at 11:11 PM

waalaikumsalam..sama-sama :-)

Reply

MOMOY AUSTRALIA Google Chrome Windows July 29, 2012 at 10:49 AM

tq bro
baru je beli kereta ni
memang ngah belajar cara cuci yang betul byk juga rupanya
mmg macam perempuan =)
MOMOY recently posted..Seronoknya di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort TAPI…My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 19, 2012 at 11:11 PM

heheeh
sama-sama :-)

Reply

JomStadi Mozilla Firefox Windows November 19, 2012 at 10:42 PM

Wahh..panduan yang amat lengkap..ni boleh print buat nota ni..thanks for sharing bro :)
JomStadi recently posted..Pendidikan: Permohonan Kemasukan Ke Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) Bagi Sesi Ambilan JANUARI 2013My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 19, 2012 at 11:12 PM

ok boleh je
sharing is caring :-)

Reply

Ahmad Azwan MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 24, 2013 at 6:22 PM

Salam dari
World Paint Marketing
Di sini saya ingin kongsikan produk kami bagi setiap pemandu kereta di Malaysia. Produk World Touch-Up Paint kami buatan bumiputra amatlah sesuai bagi menghilangkan kesan-kesan calar halus kenderaan anda.
Boleh layari facebook kami di
http://www.facebook.com/WorldTouchUpPaint

Sila like n share page bagi merebut peluang membawa 1 set untuk Anda!!!

Sekian terima kasih.

World Touch-Up Paint

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows January 31, 2013 at 1:27 AM

waalaikumsalam,terima kasih untuk info tersebut,saya dah like page tu untuk info-info menarik yang akan datang

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: