Nothing Special About Me
Blog
Kehidupan Seharian Blogger
Jul 26th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Apa khabar rakan-rakan sekalian ? Semoga semua sihat walafiat di samping keluarga dan blog tersayang.Oklah pada hari ni aku nak ceritakan tentang Kehidupan Seharian Blogger.Mesti ramai dah tahu dan belum tahu apa seorang blogger lakukan dalam sehari 24 jam kan ? Jom kita baca sampai habis entri ni.

Dalam masa 24 jam di dalam kehidupan blogger ni,macam-macam dorang boleh lakukan,antaranya selepas masuk kerja pada waktu pagi,benda yang mereka semak adalah blog masing-masing,sama ada membalas komen-komen para pengunjung blog .Sambil tu kene la cover ,takut boss pula marah sebab syok layan blog tapi tak buat kerja.Kalau dah ada masa terluang memang kena gunakan secukup-cukupnya untuk blogwalking ke blog rakan-rakan yang lain,tak kira la sekadar meninggalkan jejak atau membalas komen.Secara tidak langsung dapat juga tolong-menolong menaikkan traffic blog.
Wazy84.com Pada Jun 2010
Jul 1st
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
pejam celik dah masuk awal bulan Julai kan,sekejap betul masa berlalu,so pada hari ini aku nak berkongsi stats dari blog kesayangan aku ni pada bulan julai 2010 :-

Hampir-hampir nazak kehabisan bandwidth
Manakala kat bawah ni aku sertakan sekali stats yang lain :-

Kelebihan WordPress 3.0
Jun 18th
Pada tarikh 17 Jun 2010, WordPress Versi 3.0, diberi nama iaitu Thelonious, dilepaskan kepada umum. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tambahan ini dan memperbaiki bug-keluaran, membaca Blog WordPress
Untuk Versi 3.0, versi database (db_version di wp_options) berubah menjadi 15.260, dan semakan Trac adalah 15.274.

Apa yang Ada Di WordPress 3.0
- WordPress dan WordPress MU telah bekerjsama, membolehkan pengurusan beberapa halaman (disebut Multisite) dari satu pemasangan WordPress
- Theme Default yang diberi nama “Twenty Ten”
- Header yang boleh di ubah mengikut citarasa pengguna
- teks bantuan Kontekstual dicapai dalam tab Help atau Bantuan setiap paparan dalam pengurusan WordPress.
- Membolehkan set username dan password semasa proses menginstall WordPress
- Update plug in secara pukal / serentak
- Menyokong shortlinks
- Peningkatan jenis Custom posting dan hirarki taksonomi termasuk gaya tersuai (-media) sokongan. (Cuba UI Custom Post atau GD Custom Posts And Taxonomies Tools Plugin untuk melihat sebarang kemungkinan.)
- Tersedia skema warna admin yang ringan untuk meningkatkan aksesibilitasi dan menumpukan perhatian lebih baik pada kandungan anda.
Ciri-Ciri Yang Ada Untuk Pengguna
- Menyemak keperluan mysql php dan versi di update dan memberitahu jika persekitaran server tidak memenuhi kehendak sistem
- wp_login_form () baru merupakan login yang mudah untuk digunakan di mana sahaja
- Logo WordPress baru untuk admin header
- Diletakkan “Search Engines Blocked” mini -alert dalam header wp-admin untuk mengelakkan pengguna dari tersengaja delisting
- Remove atau menghilangkan “Turbo” link dari admin header dan menghilangkan ruangan “Turbo” di panel Tool->Tool
- Mengubah nama item pelbagai menu, contohnya Posting-> Edit menjadi Posts-> Pos, dan Link-> Edit menjadi Link-> Link, dan sebagainya
- Semakan ikon menu pengurusan
- Skema Warna Admin Gray / Kelabu
- Semakan maklumat dalam fail readme.html
- Menunjukkan form login pada email-dihantar untuk recover / reset password
Dashboard
- Menambah link sehingga pengguna dapat melawat Dashboard setelah proses upgrade
- Memindahkan Tools-> pilihan menu Upgrade ke Dashboard-> Updates dan overhaul / mengubah user interface sehingga tema, plugin, upgrade interface dan di bawah satu panel
- Pengurusan (navigation) Menu baru melalui pilihan Menu di bawah Appearances Menu
- Nag Password bagi pengguna baru
- Memisahkan Right Now widget ke Content | Forum
Dan Banyak lagi kelebihan WordPress Versi 3.0 ni.Korang boleh pergi ke laman web di sini
WordPress 3.0 Thelonious Pilihanku
Jun 18th
Assalamualaikum…
Malam ni aku terlewat skit balik kerja,hehehe nak tahu kenapa ? Worpress sudah pun melancarkan versi 3.0 “Thelonious”.Kebetulan Petang tadi aku saja-saja buat backup semua entri dan database.Alhamdulillah dah siap upgrade ke WordPress 3.0 “Thelonious”.
Untuk maklumat lanjut korang boleh ke web ni http://wordpress.org/development/2010/06/thelonious/
Aku juga sempat search video tentang WordPress 3.0 di youtube.Segala kelebihan WordPress 3.0 ada di dalam video ni :-
P/s : Nantikan entri tentang kelebihan WordPress 3.0 yer .Selamat Meng “upgrade” kepada versi WordPress 3.0 =)
Dugaan Seorang Blogger
Apr 8th
Assalamualaikum semua..
Apa khabar ? diharapkan semua rakan-rakan blogger,facebook dan twitter berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Berbalik pada tajuk entri ni yang berbunyi Dugaan Seorang Blogger.Apabila kita tengok perkataan Dugaan tu je ,mesti dah ramai tahu makna dia kan ? .Apa yer kalau dugaan -dugaan yang sering dihadapi blogger ni.haa kalau nak tahu jom sambung baca entri ni.
1. Masalah Internet
Kalau nak berblogging ni memang perlukan connection internet,bab ni aku rasa semua dah merasa masalah berkaitan internet,tak kira la korang menggunkan streamyx,maxis / digi / celcom broadband.Kepada sesiapa yang follow blog ni dan tentu tahu masalah yang aku hadapi di Streamyx oh Streamyx dan juga Streamyx Oh Streamyx Part 2.
Aku pun guna streamyx ni kat cc je,so korang faham-faham la yer,kalau line laju tu memang aku dah balun layan blogwalking.
2. Kekurangan Idea
Kalau ade blog ,tentu kita nak update blog selalu kan ? . Situasi macam ni aku pernah kene gak la.Langsung tiada idea apa aku nak tulis kat blog.Tetapi kalau idea datang mencurah,mesti dalam sehari tu ade 2 atau 3 update.Aku pun tengah cari idea untuk update blog sehari sekali,itupun kalau tak busy dengan kerja.
Wazy84.Com Dapat Awards
Mar 24th
Salam semua…
Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sHaM sebab sudi bagi awards kat blog ni.Hehehe

Pada mulanya macam tak percaya la pulak blog ni dapat awards,by the way terima kasih bro sebab sudi bagi AWARDS ni yer.
Aku nak senaraikan jugak la untuk penerima AWARDS ni untuk kategori
Top Blogger 2010, calon-calonnya adalah :-
1. Roslan Nazri
2. Denaihati
3. Farenova
4. Mancai
5. Azizan
6. Apiih
7. Ayie
8. Luth Textile
9. Mr Piratz
10. Oh! Dawie
11. Anarm
12. Korang semua yg melawat blog ni..Korang adalah yang terbaek!
Syarat-syaratnya mudah je..Tak payah jawab soalan..
Ape yang perlu korang buat ialah :
* Thanks & link to the person that gave you award..
* Past this award onto 12 blogger’s you’ve recently discovered and think are fantastic..
* Contact and let them know they’ve won the award..
P/s : amacam ok tak awards ni,jom komen

Wazy84.com Di Google
Mar 5th
Assalamualaikum Semua..
Hari ni aku terlebih rajin pulak wat search kat Google,dan yang menariknya keywords wazy84.com (semenjak guna self hosting)ni banyak gak bila search kat Google,huhu.
Kat bawah ni aku sertakan sekali printscreen wazy84.com di Google

dalam gambar tu aku ambil sebahagian je kat google,ternyata masih belum cukup mantap blog ni.Maybe satu hari nanti aku akan buat contest ? review blog-blog rakan dan sebagainya.Tunggu je la yer .
Akhir kata aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyinggah ke blog yang tak seberapa ni.Nantikan update seterusya yang berkaitan dengan plug in wordpress
Sejarah WordPress
Feb 25th
Salam semua…
Arini saya nak ceritakan tentang Sejarah WordPress,memang dah di akui,ramai antara rakan-rakan blogger sudah pun menggunakan platform WordPress ni kan ? Begitu juga saya.

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya.
b2
b2 merupakan sistem induk yang membawa kepada perkembangan WordPress. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dengan penggunaan MySQL, b2 dibangunkan oleh Michel Valdrighi, yang sekarang masih terus menjadi pemaju sistem perisian WordPress.
Selain WordPress yang merupakan perisian rasmi yang berevolusi dari sistem b2, terdapat projek lain yang masih turut mengalami perkembangan dari induk yang sama, iaitu b2evolution.
Permulaan WordPress
Nama ‘WordPress‘ telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada ‘bapa’ pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).
WordPress MU adalah sistem penerbitan multiblog yang terbina dalam WordPress. Perbezaan utama antara WordPress dan WordPress MU ialah Wordpess MU dicipta untuk membenarkan berbilang blog wujud dalam satu langkah pemasangan sahaja. WordPress MU membolehkan pemilik laman web mewujudkan komuniti blog mereka sendiri,dan mengawal serta melakukan tugas memoderasi semua blog dari hanya satu papan-pemula.Contoh komuniti yang dapat dilihat menggunakan WordPress MU adalah WordPress.com dan Universiti Harvard.





![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)





















