Nothing Special About Me
Coretan Harian
Apabila Bos Sengal….
Jul 22nd
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia
Hmm arini aku agak tension sikit,dah la kena mengadap bos yang sengal,lepas tu pening kepala dari semalam masih belum hilang,haihh.Mintak maaf la kali ni entri aku agak personal sedikit.Untuk pengetahuan semua,dah 2 tahun aku bersabar dengan bos ni.Ikutkan hati nak je aku letak jawatan melawan balik apa yang dia kutuk kaw-kaw tu.Tapi hormat punya pasal ,aku duduk diam je pekakkan telinga.Kalau la aku buat report kat KWSP dan Perkeso/Socso,hahaha lu kena la bos nanti,tunggu k

Lantak la apa nak jadi pun jadi la,aku tak buat salah apa-apa pun,yang penting Berani Kerana Benar.Sekian sahaja entri yang tah apa-apa ni ,kalau terkasar bahasa ,aku mintak maaf banyak-banyak yer
P/S : Aku tak reti nak bodek-bodek boss macam ni,hah lantak la,dia nak buat apa lepas ni dia punya suka,gaji aku kalau tak bayar tahu la aku buat nanti
P/S 2 : Sudah sampai masanya aku mencari kerja lain….T_T
ABC Cinta
Jul 11th
A- Alliance
- Cinta itu lahir dari penyatuan 2 hati.
B- Brighten
- Kehadiran cinta mampu menerangi hidup yang suram.
C- Caring
- Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling mengambil tahu antara satu sama lain.
D- Dear
- Ini kerana orang yang dicintai adalah orang yang paling penting dan disayangi.
E- Enhance
- Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang yang ada.
F- Forever
- Agar cinta akan kekal untuk selamanya.
G- Good
- Untuk menjadi pecinta yang sempurna harus menjadi kawan yang baik pada pasangan.
H- Honest
- Jujur dalam percintaan.
Selamat Hari Bapa 2010
Jun 20th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Hari ni 20 Jun 2010 adalah tarikh untuk kita menghargai bapa/ayah/papa/abah dan sebagainya.Kerana hari ini adalah sambutan Hari Bapa.Hari ini juga adalah merupakan hari ahad ketiga di dalam bulan Jun.Anatara negara-negara yang menyambut serentak Hari Bapa ni adalah seperti Malaysia,Amerika Syarikat,Afrika Selatan,Bahamas,Filipina dan sebagainya.Korang boleh rujuk di wikipedia.



Helmet Bergaya Untuk Penunggang Motor
May 20th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Hari ni aku dapat email tentang Helmet Bergaya Untuk Penunggang Motor.Tak kira la motor kapcai atau motorbikes,semua mesti nak bergaya kan dengan helmet masing-masing.
Jom usha gambar-gambar helmet ni :-

ni helmet dengan gambar incredible hulk,kalau korang nak pakai helmet ni boleh la try.
Aku Kembali
May 19th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Hai semua,apa khabar,lama juga aku tak update blog kesayangan ni,lebih kurang seminggu camtu la.Mintak maaf sangat-sangat kerana aku menghadapi masalah kesihatan dan ketensionan bekerja.Namun semangat blogging tetap tidak luntur.Sebaik je aku tiba di rumah,aku terus on komputer dan bukak blog ni.So kepada rakan-rakan yang mengunjung ke blog ni,akan aku balas kunjungan korang selagi aku mampu ok.
Untuk pengetahuan korang semua,aku diserang demam panas pada pagi ahad yang lepas dan terpaksa dikejarkan ke hospital kluang,hmm kalau dah sakit tak leh la nak buat apa-apakan.Aku hanya perlu berehat di wad selama 3 hari dan hari ni baru dibenarkan pulang ke rumah.
Semasa aku duduk di wad,aku masih teringat apabila terdengar lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu,kalau tak silap lagu ni wujud pada tahun 2001.Lagu tersebut bertajuk Raihan-Demi Masa.
Streamyx Oh Streamyx Part 2
Mar 15th
salam semua…
Hmmm lama dah aku tak dapat online,seminggu lak tu,mesti korang semua tercari-cari aku kan ? Ok la,cmtu aku nak ceritakan kemana aku menghilang selama seminggu ni.Seperti entri yang bertajuk Streamyx Oh Streamyx,aku teramat tension tahap cipan gaban z.Ye la cyber cafe tanpa internet ,pehhh seksa woo.Dah la kene menjawab je dengan pelanggan,ada yang memaki hamun aku,tapi aku duk rileks je la,bukan salah aku internet xde ni.
Ok kat sini aku selitkan juga diari aku tanpa internet di tempat bekerja :-
7 Mac 2010 (Ahad)
Aku masuk bekerja pada sebelah malam,alangkah terkejutnya aku apabila semua pc tak dapat connections internet,time tu jugak aku buat laporan kat TM menggunakan talian 100.Nak tak nak aku sabar je la.Malam tu aku tutup kedai awal.
8 Mac 2010 (Isnin)
Aku menunggu kedatangan Kontraktor pembaikan dari TM,lebih kurang pukul 12.30 tengah hari dorang datang,so dorang check la apa yang patut,pehh modem aku sekali rosak.hahaha kopak la macam ni.Nak tak nak aku kene tunggu gak boss aku balik jb,so leh la suruh dia belikan modem baru.Malam tu aku wat keje macam biasa je la,budak-budak datang ke cc pun hanya main game,hmm income pun sikit je dapat,cobaan …
Streamyx Oh Streamyx
Mar 3rd
Salam semua ..
Adeh hari ni hilang minat aku nak update blog,padahal dalam draft ade la sedikit entri yang berkaitan dengan ilmu blogging ni,haishh sabar je la…

Nak tahu kenapa,sejak dua hari lepas,Streamyx kat area sini problem,tengah sedap-sedap buat kerja online,dengan tiba-tiba boleh lak terputus kaki talian,huihhh leh turun menjunam bisnes kat Cyber Cafe ni.Maklumlah 80 % daripada pelanggan semuanya menggunakan internet.Apabila Internet tiada,jenuh gak la nak menjawab “Internet takde la bang/kakak/makcik/pakcik”.
Dengan ketiadaan internet aritu,hahaha budak-budak hingusan main game je la,dengan aku sekali layan game ,hahaha (sabar je la)
TAG By Nina
Feb 4th






![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)





















