Nothing Special About Me
Informasi
Malaysia Atasi Korea Selatan 1-0
Jul 25th
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 (B-23) Malaysia mempamer permainan cemerlang untuk menewaskan skuad B-23 Korea Selatan, 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Biarpun pasukan hari ini gandingan antara skuad bawah 21 dan bawah 23 kebangsaan, namun pasukan di bawah bimbingan K Rajagobal itu menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun menyedari pasukan lawan datang dari negara yang sudah tujuh kali beraksi dalam Piala Dunia sejak 1986.
Pada minit ke-empat perlawanan, hantaran satu-dua di antara Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti menyaksikan peluang terbaik untuk pasukan negara membuka jaringan, bagaimanapun ia gagal dimanfaatkan apabila rembatan kaki kiri Mohd Zaquan tersasar di kiri tiang gol Korea Selatan.
Keadaan padang yang basah akibat hujan sebelum perlawanan menyebabkan pergerakan kedua-dua pasukan yang menurunkan skuad yang akan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini, terbatas.
Skuad Korea Selatan di bawah bimbingan Hong Myung Bo yang dikenali dengan corak permainan yang pantas dengan larian pemain yang laju, kemudian menukar rentak dengan melakukan rembatan jarak jauh untuk membolosi gawang Malaysia yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee.
Dalam tempoh 30 minit awal perlawanan, gandingan Mohd Zaquan dan Noshahrul Idlan beberapa kali melepasi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikendalikan oleh Kim Oh Kyu dan Jang Suk Won, namun gawang di bawah jagaan Lee Bum Soo masih tetap kukuh untuk dibolosi.
Wazy84.com Pada Jun 2010
Jul 1st
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
pejam celik dah masuk awal bulan Julai kan,sekejap betul masa berlalu,so pada hari ini aku nak berkongsi stats dari blog kesayangan aku ni pada bulan julai 2010 :-

Hampir-hampir nazak kehabisan bandwidth
Manakala kat bawah ni aku sertakan sekali stats yang lain :-

Piala Dunia: Jerman 4 & England 1
Jun 28th
BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan: Jerman menewaskan England 4-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Free State sebentar tadi untuk mara ke peringkat suku akhir.
Jerman mendahului selesa menerusi gol Miroslav Klose pada minit ke-20 dan Lukas Podolski pada minit ke-32.
Namun, England merapatkan jurang gol pada minit ke-37 menerusi tandukan Matthew Upson hasil umpanan ketua pasukan, Steven Gerrard.
England sepatutnya menyamakan kedudukan seminit kemudian apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk lalu keluar semula tetapi pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda, tidak mengesahkan jaringan itu.
Permainan bertambah sengit pada separuh masa kedua apabila England mengasak bertalu-talu untuk memperoleh gol penyamaan.
Namun, Thomas Mueller menambah derita England apabila menjaringkan dua gol menerusi serangan pantas dalam tempoh empat minit iaitu pada minit ke-67 dan ke-70 untuk menjadikan kedudukan 4-1.
Jerman akan bertemu sama ada Argentina atau Mexico pada peringkat suku akhir Sabtu depan.
Sumber : Berita Harian Online
P/s : Hampa Pasukan Kegemaran aku kalah
ManggaAd-Revolusi Pengiklanan Terbaru
Jun 16th
Assalamualaikum…
Hari ni aku nak perkenalkan kepada semua rakan-rakan blogger tak kira di mana kalian berada.Pernah dengar ManggaAd ?
ManggaAd ni adalah revolusi pengiklanan terbaru di blog atau web,jadi kepada rakan-rakan blogger yang masih mencari pengiklanan tu,boleh la mencuba ManggaAd

korang boleh ke url http://network.manggaonline.com.my/ dan dibawakan terus ke page seperti di atas.Pilih la nak view dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris.

Hanya dengan 3 langkah yang mudah,blog anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan.
Kempen SMS Untuk Gaza
Jun 15th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Hari ni aku nak buat entri khas sempena genap entri yang ke-100 kat blog kesayangan aku ni.Berbalik kepada tajuk entri pada hari ini iaitu Kempen SMS Untuk Gaza.Sebenarnya aku nak buat entri ni dari 3 hari lepas tetapi bz skit.Aku tergerak untuk buat entri ni selepas membaca di blog Ariff Shah dan juga menyahut cabaran saudara Ben Ashaari untuk membuat entri dan mengajak semua pembaca untuk menghulurkan derma kepada Pertubuhan Aman Malaysia. Hasil kutipan derma akan digunakan dalam misi kemanusiaan di Gaza nanti.

Slot Akasia Shah Jihan TV3
May 24th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia.
Apa khabar semua rakan-rakan,diharapkan semua berada di dalam keadaan sihat walafiat pada hari Isnin ini.Hari ini aku nak berkongsi pula review/sinopsis Slot Akasia Shah Jihan TV3.Shah Jihan merupakan satu lagi drama selepas Adamaya.Ianya mula disiarkan pada 17 Mei 2010 Setiap Isnin – Khamis pukul 6.30 petang dan semestinya di stesen televisyen kegemaran ramai iaitu TV3
Sinopsis Drama Shah Jihan adalah seperti berikut :-
Mengisahkan seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya.
Namun dilema melanda apabila dua wanita muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyamarannya. Dapatkan beliau memberkas Tuan Haris yang jahat.

Kamal Adli

Fauziah Ghous
Slot Akasia Shah Jihan ini dibintangi oleh Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite dan Kartina Ayob
Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010
May 1st
Assalamualaikum semua…
Hari ni merupakan Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun,Pada kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bekerja.

Gambar ikhsan dari Google
Kat bawah ni aku ambil petika dari BERNAMA tentang sambutan Hari Perkerja :-
“Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi” Tema Rasmi Hari Pekerja 2010
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — “Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi” dipilih sebagai tema rasmi sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata tema ini dipilih kerana ia mencerminkan betapa pentingnya peranan warga kerja membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“Kerajaan amat peka dan prihatin dalam merangka dasar-dasar dan strategi demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan rakyat khususnya warga pekerja yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara.
“Kita sedar kemakmuran dan keharmonian yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada kerjasama erat antara pekerja, majikan dan kerajaan.
“Justeru, semua pihak wajar mengekalkan persefahaman pintar ini sebagai model terbaik negara untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Event GEGARAN!!
Apr 29th
Salam semua…
Pada kali ni aku nak tolong sahabat mempromosikan Event GEGARAN!! kalau nak tahu dengan lebih lanjut,korang boleh klik kat sini
Aku ambil sedikit petikan dari blog sahabat ni untuk memudahkan rakan-rakan sekalian yer.
Pada 26 Jun 2010 Studio Inspirasi NS akan menganjurkan event GEGARAN!! yang bertujuan bagi menyampaikan hadiah Sofa L kepada 3 pemenang bertuah Studio Inspirasi NS yang menyertai ‘PERADUAN LANGGAN DAN MENANG’ lepas. Acara ini akan dimeriahkan dengan aktiviti hebat semestinya menceriakan cuti hujung minggu anda.






![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)





















