Nothing Special About Me
Lirik Lagu & Video
Amuk-Matahari
Jul 17th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Pagi Hujan pulak dah,sejuknya tak terkata,hahaha,btw sementara menunggu matahari muncul,aku nak publish entri lagu dari Amuk yang bertajuk Matahari.Mesti ramai yang minat lagu ni kan ? Lagi baik dengar lagu ni semasa hujan,mana la tahu kan hujan terus berhenti
Amuk-Matahari
Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku
Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan bayangnya
Jua tak berwajah
Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam
Baru kutahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Terbuka jalan selebar dunia
Taugeh-Bersama-Selamanya
Jul 12th
TAUGEH-BERSAMA SELAMANYA
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Hari ni aku update ringkas je,Semalam aku usha google, sambil dengar lagu di youtube,Last-last terjumpa pula lagu Bersama-Selamanya yang dinyanyikan oleh Taugeh.Lagu ni muncul pada tahun 2001,masa tu tengah top dengan sisipan majalah Ujang dengan kartun / komik yang bertajuk Bersama-Selamanya.Seperti entri yang lepas aku ada letak lagu yang dipopularkan oleh Taugeh juga iaitu Buat Member dari album Blues Untuk Aku.
Kali ni aku nak ajak korang layan lagu Bersama-Selamanya pulak,hehe
Jom layan
XPDC-Titian Perjalanan
Jul 8th
Assalamualaikum semua…
Hari ni aku tertarik untuk publish pasal satu lagu,hehehe lagu XPDC-Titian Perjalanan.Lagu ni memang best sebab dengan lagu ni la aku mula berjinak-jinak bermain gitar walaupun sekarang ni dah tak sentuh gitar.
Jom layan lagu ni beserta lirik dan video klip :-
XPDC-Titian Perjalanan
Siulan kedamaian
Nanti kepulangan
Saat di tunggu hampir lumpuh
Tenang ku rindukan
Bayangan semalam
Sedetik kita bertemu
Dalam impianku
Tak pernah luput gambaranmu
Bina cinta satu
Ke mari sayangku
Perjalanan dititian
Masa kita perlukan
Perjalanan masa kita
Seminit kita berlagu
Ada lagi waktu
Dalam ingatan tulus insan
Kita mahkluk Tuhan
Perjalanan dititian
Masa kita perlukan
Perjalanan masa kita
Zaman berzaman teguh ikatan
Sempurna insan
Itu harapan padamu
Ku harapkan
Zaman berzaman tinggal harapan
Sempurna kasih
Kita dendangkan berlagu
Aku dendangkan
Kita dijadikan
Amuk-Jernih
Jun 27th
Jom layan lagu ni =)
Amuk-Jernih
Jernih yang dari mata airmu
Sebening salju telaga rindu
Di lembah gunung rimba kencana
Mengalir ia tanpa henti
Bersaksikan kejora alam keriangan
Titis embun dingin ke bumi
Mekarlah rumpun hijau disirami kasih
Yang sejati penuh budi
Jernih salju bak syurgawi
Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti
Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kala tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri
Bak air mengalir yang penuh halangan
Itu bukannya satu alasan
Di situ tersirat sebuah hakikat
Yang kelam jadi terang
Yang luka jadikan terubat
Keegoaan tersembunyi
Di lubuk hati suci…
Dan jernih…
(Dan mulus)
Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kalam tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri
Lirik kredit kepada : ilirik ,video kredit kepada youtube
P/S : Ya Allah..Permudahkanlah segala Urusan Hambamu ini..Amin…
Hujan-Selamat Hari Ibu
May 11th
Hujan-Selamat Hari Ibu
dengarkanlah lagu, lagu ku ini
ikhlas dari hati hanya untuk mu
aku lah anak mu, anak mu yang selalu
memelukmu menciummu
memang banyak dosa yang telah ku lakukan
menyakiti dikau ku mohon maafkan
selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
walau ku jauh disiniku harap kau terus
menanti kepulangan ku tuk menemani
mu hingga ke akhir nanti, aku janji
kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
punyai pari-pari iaitu kamu
ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
inginku nyatakan kau milik syurga
memang banyak dosa yang telah ku lakukan
menyakiti dikau ku mohon maafkan
selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
walau ku jauh disiniku harap kau terus
menanti kepulangan ku tuk menemani
mu hingga ke akhir nanti, aku janji
P/S ; sorry terlambat masukkan lagu ni,sebab menghadapi masalah internet,kepada semua ibu-ibu,terutama ibu saya dengarlah lagu ni yer =)
Ruffedge-Bila Rindu
May 3rd
Ruffedge-Bila Rindu
Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua
*ulang Korus
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula
Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi
*ulang Korus
Bumi Putra Rockers-Dari Sinar Mata
Mar 17th
salam semua…
Hari ni aku syok lak dengar lagu dari BPR Bumi Putra Rockers-Dari Sinar Mata.Huhu lagu ni memang best , kalau tanya kat brader-brader yang meminati kumpulan BPR ni,dorang akan bagitahu lagu ni antara yang terbaik dari BPR.Kat bawah ni aku sertakan lirik dan video dari youtube.jom layanzz…
Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia
Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu
Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu
Taugeh-Buat Member
Feb 21st
Salam Semua…
Hari ni aku nak update pasal lagu kegemaran aku.Maklum la lama dah tak letak lirik dan video kat blog ni,haa kalau nak tahu lagu ni dah lama,time tu aku di tingkatan 4 tahun 2000.Bila kita hayati lirik lagu dari Taugeh-Buat Member,memang best sangat-sangat.Lagu ni aku tujukan untuk semua member-member yang mengenali aku tak kira di mana kalian berada.Dekat bawah ni ada sekali lirik dan video Taugeh-Buat Member,layanzzz
Taugeh-Buat Member
Pagi lagi keluar rumah
Tepat masa tentu punya
Belum makan terus belah
Happy happy layan kepala
Jumpalah member sembang
Sampai tunggang langgang
Kalaulah boleh nak sembang
Sampai hari siang
Tak nak henti, Kena bagi
Story lagi, Sembang lagi
Gelak lagi, Yang penting happy
Matahari dah terbenam
Nak mandi pun dah malas
Happy sampai tengah malam
Nanti balik baru puas
Tetapi ingat semua ini ada sempadannya
Kalau dah jadi baru nak ingat dunia
Kalau happy, Tentu pasti
Lupa diri, Ingat nanti






![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)





















