Nothing Special About Me
Umum
Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja
Apr 16th
Salam semua…
pagi-pagi ni aku dah tension dengan kerja,iskk,terus bukak email check kat inbox,haaa ade lak Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja,aku pun baca la satu-satu,hehe ok gak la Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja ni,walaupun dari email,leh gak layan.
Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Cerita 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Cerita 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Cerita 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..
Cerita 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Cerita 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…
P/s : Hehe terima kasih la kepada sahabat aku yang bagi email Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja ni,hilang gak tension aku
Aku Kene Tagged
Mar 22nd
salam semua…

Huhuhu sebelum pergi lunch,sahabat aku tagged la pulak ,kekeke ,by the way layan je la,hehehe lagipun lama dah tak kene tagged ni
.Apa-apa pun terima kasih sHaM kerana sudi tagged aku ek.
1) Siapakah diri anda di rumah..?
Saya merupakan anak sulung,jarang ada kat rumah ,ahaks kecuali la masa cuti,kalau dah cuti tu,aktiviti harian semestinya mengemas rumah dan memasak.Minat dengan teknologi,terutama komputer serta perkakasan yang berkaitan dengan komputer.Suka mendengar lagu-lagu rock sambil layan kepala,tapi lagu jiwang layan gak.
2) Siapakah diri anda di samping rakan..?
Sudah tentu sebagai sahabat dan suka memberi nasihat
3) 5 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai..
==> Ingin Memiliki kereta sendiri (model : biarlah rahsia)
==> Ada Syarikat Perniagaan Komputer Sendiri
==> Nak Bawak Mak Dan Ayah Menunaikan Haji
==> Memiliki Komputer / Laptop yang hebat (Senang nak buat kerja
editing Photoshop nanti)
==> Kamera DLSR Nikon D40
4) Siapakah nama pasangan anda..?
Biarlah secret
5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda tak suka tentang pasangan anda..?
Tak nak la cite kat sini (diam-diam sudah)
6) Bila tarikh anda couple..?
soalan ni kene tujukan kat si dia la
7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda..?
Lom ada lagi
8.) Lagu tema cinta anda..
Taugeh-Blues Untuk Aku
Stings-Dalam Diam Aku Mencintaimu
9) Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda..?
Alhamdulillah setakat ni semua perfect
10) Tag 10 rakan anda yang lain
Apiih
Azizan
StoberyCoklat
Acapz
AMR / Razif
yashygsempoi
Abg Feroz
Kak Zue
Ezany
Fatiha
Banner Percubaan
Dec 20th
Salam Maal Hijrah 1431
Dec 17th
Assalamualaikum semua…
Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431,pejam celik kita dah pun berada di tahun baru.Semoga dengan kedatangan tahun baru ni,kita semakin tabah menghadapi segala rintangan di dalam hidup.
Berikut adalah doa awal tahun dan doa akhir tahun untuk tatapan kita semua :
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan disepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahlikeluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan keatas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan iniadalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohonpemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan danpembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolonganterhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yangmendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allahberselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atasahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahlikeluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripadaperkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan akubelum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidakmelupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di manaEngkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengantaubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklahaku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya danEngkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahaiYang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlahEngkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. DanAllah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluargadan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
P/s : SALAM MAAL HIJRAH – SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM








![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)





















