E Book Panduan Berhenti Merokok Dalam Masa 3 Minggu

by wazy on April 20, 2011 · 23 comments

in E-Book

Salam semua

Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.

Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.

Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.

Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, “Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya”.

Usah Lagi Membazirkan Wang dan Membahayakan Kesihatan Anda Dengan Menjadi Perokok! Ketahui Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya Dalam Masa 3 Minggu Tanpa Perlu Mengambil Sebarang Ubat atau Herba atau sebarang makanan pelik!

Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku…Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!

Jika anda tidak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa… untuk berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.

Jom! Mari Kita Berhenti Merokok!

Marilah! marilah kita bersama-sama memBEBASkan diri daripada menjadi “Hamba Rokok” untuk selama-lamanya… bukan untuk 3 hari, seminggu atau sebulan… tapi untuk selama-lamanya…

Untuk tujuan itu, penulis telah pun membukukan “Cara-cara Bagaimana Saya Berhenti Merokok!”. Beliau harap, ianya dapat membantu anda di penulis yakin, anda juga mampu untuk melakukannya?

Inilah dia ebook yang telah penulis tulis untuk membantu anda membebaskan diri jadi menjadi perokok tegar. Di dalam ebook ini, saya kongsikan cara-cara mudah untuk berhenti merokok. Selain itu, antara isi kandungan yang turut terdapat dalam ebook ini ialah:-

2 Perkara Utama yang membuatkan anda terus merokok.

Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.

5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok.

Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha

4 Kelebihan Utama Berhenti Merokok.

Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!

Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok.

Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.

Tempoh Pantang Merokok.

Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.

Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok.

Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.

Rokok Terakhir

Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.

Amaran Terakhir.

Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.

Saat Kebenaran.

Kebebasan dan ketenangan hidup kini adalah milik anda. Bergembiralah!

E book ini ditulis oleh :

Fariz Rizal
admin@jomberhentimerokok.com

P/S : Dapatkan e book ini jika anda benar-bernar ingin berhenti merokok dengan harga RM30.00 sahaja.Hanya klik di sini atau banner di bawah :-

{ 23 comments… read them below or add one }

BroZooL MALAYSIA Google Chrome Windows April 20, 2011 at 10:22 AM

Pernah cuba nak berhenti merokok bro tapi hati dan minda till tak kuat..hehe. Dah bermacam2 produk dan bermacam2 cara test, tak boleh gak..rasanya nak berhenti rokok ni, kena jiwa dan raga kuat baru boleh..=)
BroZooL recently posted..KABELUPUKOM !My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2011 at 10:25 PM

@BroZooL,

hehehe
biasa la tu bro
lagi pun harga rokok pun boleh tahan sekarang ni

Reply

suffer8zine MALAYSIA Google Chrome Windows April 20, 2011 at 10:36 AM

ooo kene beli ye bro :P
suffer8zine recently posted..Video Makhluk Asing Mati Di RusiaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2011 at 10:26 PM

@suffer8zine,

Ha ah
kena beli

Reply

Wan Perlis MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2011 at 12:41 PM

sesuai utk mereka yg nak bhenti rokok
ak sendiri mmg x suka rokok

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2011 at 10:26 PM

@Wan Perlis,

betul tu

Reply

adele MALAYSIA Google Chrome Windows April 20, 2011 at 1:36 PM

ala..kena beli jgk nih..

:-[)
adele recently posted..Teka Teki- Nampak Tak Kucing TuMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2011 at 10:26 PM

@adele,

Ha ah
kene beli juga e book ni

Reply

MR.Z MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2011 at 2:08 PM

memang ramai nak berhenti merokok tapi tak berusaha, susah jg kan.. ini antara satu alternatif yang bagus ni :)
MR.Z recently posted..Windows 8 dan PenantiannyaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2011 at 10:27 PM

@MR.Z,

Kena berusaha,nekad dan tawakal
sambil tu baca e book ni
Insya Allah boleh berhenti merokok

Reply

Hisyam MALAYSIA Google Chrome Windows April 20, 2011 at 3:43 PM

Susah kot nak berhenti merokok ni. Tapi sekarang ni dah kurang sikit, mungkin sebab pokai.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 20, 2011 at 10:27 PM

@Hisyam,

Tahu xpe bro
Nak berjimat ni ,maybe rokok pun kene la stop

Reply

MEKAR MALAYSIA Internet Explorer Windows April 21, 2011 at 1:55 AM

Salam. Bagus la ada orang yg prihatin tentang isi ini. Paling tak tahan bila diorg buat kerja2 ni di tempat awam.

Walaupun begitu, semua ini bergantung pada “niat” kita sendiri samada mahu berhenti merokok atau sebaliknya.
MEKAR recently posted..6 Makanan Boleh Turunkan KolestrolMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 21, 2011 at 11:13 PM

@MEKAR,

Waalaikumsalam
ada gak saya jumpa yang buat di tempat larangan merokok
muka selamber je tak hiraukan orang lain

Reply

Mohd Isa Mozilla Firefox Windows April 21, 2011 at 3:10 AM

aiseh, ingat ebook free. baru nak rembat. hehe, menarik gak ebook ni. tgh usaha nak berhenti merokok la katakan. :P

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 21, 2011 at 11:14 PM

@Mohd Isa,

Hehehehe
e-book ni berbayar bro
errr ko pun merokok gak eh :)

Reply

Mrs.Ayie Google Chrome Windows April 21, 2011 at 10:33 AM

Harapnya, dia baca entry wazy ni. :) Apa pun yang kita buat, niat dan tekad sendiri itu sangat penting.
Mrs.Ayie recently posted..HormatMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 21, 2011 at 11:14 PM

@Mrs.Ayie,

Hehehhe
sapa la tu eh
jeng jeng jeng

Reply

decrewz MALAYSIA Google Chrome Windows April 22, 2011 at 1:54 AM

Jai pernah cuba berhenti dulu, bertahan hanya dua bulan je…hu3
decrewz recently posted..Kisah Benar Lagenda Budak Setan Ruby &amp Shah – PengenalanMy Profile

Reply

akubiomed MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 23, 2011 at 7:05 PM

Kawan saya adalah perokok tegar dan menghisap rokok kretek tetapi berjaya berhenti. Apa bila bersembang mengenai berhenti tabiat merokok memang dia sendiri tidak percaya yang dia berjaya berhenti merokok.

Paling bahaya adalah perokok pasif iaitu orang yang sekeliling perokok yang menghidu hembusan asap perokok mempunyai risiko 3 kali ganda dari perokok.

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows April 24, 2011 at 12:04 AM

@akubiomed,

wahhh
ok la tu kalau kawan bro berjaya berhenti merokok
kena nekad dan usaha je yang mampu sampai ke tahap tu
Ha ah,perokok pasif ni bahaya sebab risiko lagi banyak dari perokok

Reply

suri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows April 29, 2011 at 9:32 AM

Alhamdulillah adik brdik suri llki tak hisap rokok..

suami tak hisap juga…lega dada heeee

jgn merokok..membazir tak tentu arah bt apa huuu.baik simpam wet bli kete ke, smpan wet utk ming ankdara org lagi baguh geeeee :love:

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux May 3, 2011 at 2:41 AM

@suri,

Hehhehehehhe
ok gak buat meminang anak dara tu :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: