HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

by wazy on December 28, 2009 · 0 comments

in HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ,macam tu la tajuk terbaru di blog ni.Kita semua mesti pernah mengalami situasi GAGAL dalam sesuatu perkara kan tak kisah la di dalam alam percintaan atau alam pekerjaan atau perniagaan,dengan perkataan GAGAL itu sahaja sudah cukup memberi kesan impak yang amat mendalam di dalam hidup seseorang

Dari pengertian aku ,maksud GAGAL ni adalah apabila kita tidak mencapai sesuatu yang kita inginkan atau idamkan,membawa kepada keGAGALan serta kecundang dan terlepas peluang di hadapan mata kita

Tanpa membuang masa,Aku sedang menyertai contest yang di anjurkan oleh Denaihati yang bertajuk Hidup Berani Untuk Gagal.Contest ini di sponsorkan oleh DSGClicks,Berani Gagal Network,One Malaysia Blogshops,Anisha Online Mall dan Saudacare

Antara syarat-syarat untuk menyertai contest ni adalah setiap peserta atau blogger yang berminat menyertai contest ni diwajibkan menulis satu entri bebas di blog atau weblog masing – masing dengan tajuk Hidup Berani Untuk Gagal dengan harapan contest ini juga dapat merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita untuk terus mengharungi 2010 yang lebih mencabar

Pemenang akan dinilai berdasarkan ranking TOP 10 di enjin carian Google dengan kata kunci Hidup Berani Untuk Gagal dan pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tutup (akan diberitahu) nanti…

Dengan lafaz Bismillah aku juga tak ingin melepaskan peluang untuk menyertai contest Hidup Berani Untuk Gagal ini.

Seperti biasa semua orang inginkan kerjaya untuk meringankan beban ibubapa setelah mereka berpenat lelah menjaga kita selepas kita lahir.Begitu juga dengan aku,selesai je Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2001,aku sudah mula mencari kerja dengan harapan boleh mencari duit untuk sambung belajar kerana aku ni tak suka duduk kat rumah je,maklumlah masa tu jiwa masih mentah dan tak kenal erti penat.Tak seperti rakan-rakan aku yang lain,selesai je peperiksaan SPM ada yang pulang ke kampung , melepak sana-sini..maklumlah dah merdeka (habis SPM).3 bulan sebelum peperiksaan SPM bermula,Aku ada mengambil borang untuk memasuki IPTA tempatan dengan harapan permohonan aku diterima nanti.Alhamdulillah tak sampai seminggu je selepas peperiksaan SPM habis,aku telah diterima bekerja di kilang.Kerja di kilang ni biasa la penatnya tak payah cakap lagi-lagi bila ada shift .Sampai satu ketika tu aku dah terasa bahang untuk GAGAL dalam pekerja pertama aku ni,tapi aku tak pernah berputus asa.Pengalaman bekerja di kilang tersebut membuatkan aku lebih berdikari,di samping bertemu dengan rakan-rakan baru.Setelah sebulan bekerja ,Aku telah mendapat gaji pertama,walaupun tak la banyak sangat,aku sempat membelikan barang-barang keperluan rumah dan juga memberi duit kepada mak aku sebanyak RM400.Genap 3 bulan bekerja keputusan SPM keluar ,keputusan SPM aku boleh la dikatakan bagus juga.Selesai je mengambil slip keputusan SPM,Aku terus menyediakan dokumen-dokumen untuk melengkapkan permohonan aku untuk masuk ke IPTA tempatan.Tetapi selepas keputusan Permohonan kemasukan IPTA keluar pada sebulan kemudian aku telah GAGAL untuk memasuki salah satu IPTA tempatan.Hancur berkecai hati aku pada masa tu.Hanya tuhan saja la yang tahu macam mana perasaan aku apabila GAGAL di dalam permohonan tersebut.Keluarga aku menasihati supaya aku redha dan banyak lagi peluang untuk menyambung pelajaran sesuai dengan keputusan SPM aku ni.

Aku masih teringat deng kata-kata mak aku pada masa tu,GAGAL untuk sambung belajar di IPTA tak semestinya GAGAL untuk membuat permohonan ke IPTS atau pusat bertuliah yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).Bila sebut MLVK ni,rakan aku ade mngesyorkan kepada aku supaya mengikuti Kursus Pembantu JUruteknik Komputer Tahap 2 sebab aku ni memang minat dengan komputer dan juga Informasi Teknologi (IT).Lantas aku pun terus berfikir adakah aku harus GAGAL lagi dengan peluang ni .Alhamdulillah permohonan aku berjaya untuk mengikuti kursus selama 6 bulan di salah sebuah pusat bertauliah yang di anjurkan oleh MLVK.Aku sedar pada masa tu,Aku masih boleh berbangga walaupun GAGAL menyambung pelajaran di IPTA tempatan seperti rakan-rakan aku yang bernasib baik tu kerana masing-masing mempunyai minat atau kepakaran yang dipupuk sejak berada di sekolah menengah lagi.Dan aku boleh berbangga dengan Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 yang aku perolehi.Oleh kerana aku terlalu minta dengan komputer aku sempat bekerja di beberapa buah kedai komputer.Pelbagai pengalaman juga aku perolehi.Kepada meraka di laur sana yang GAGAL memasuki IPTA tempatan dan sebagainya ,apa kata korang pilih program yang disediakan oleh pihak MLVK untuk memantapkan lagi kemahirang yang diminati.

Setelah korang baca entri ni apa yang korang rasa ? berminat tak untuk join contest Hidup Berani Untuk Gagal yang di anjurkan oleh Denaihati .Contest Hidup Berani Untuk Gagal .Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

Antara hadiah lain iaitu Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen di blog Denaihati.

Contest ini juga terbuka kepada mereka yang minat promote blog atau dengan kata lain sebagai refferal ,korang boleh juga join contest Hidup Berani Untuk Gagal ini.Maklumat lanjut korang boleh tengok juga di blog Denaihati

Kat sini juga aku nak beritahu kepada korang semua,kalau korang berminat nak join contest Hidup Berani Untuk Gagal ini ,korang kene la ada : -

1) Keyword Hidup Berani Untuk Gagal

2) Saya tahu contest Hidup Berani Untuk Gagal dari blog Wazy

Ini juga merupakan syarat penyertaan contest Hidup Berani Untuk Gagal .Dan diharapkan korang boleh ajak rakan-rakan yang lain join contest Hidup Berani Untuk Gagal ini ye.

Untuk pertanyaan pula ,Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru

“HIDUP MESTI BERANI UNTUK GAGAL UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010″

Akhir kata sama-samalah kita menghayati Hidup Berani Untuk Gagal ini

p/s : saya tahu contest “Hidup Berani Untuk Gagal” dari Cuzshar-DOT-K0m

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing

Previous post:

Next post: