You are here: Home /Informasi Teknologi /Huawei Pembekal Internet Maxis

Huawei Pembekal Internet Maxis

by wazy on August 30, 2010 · 10 comments in Informasi Teknologi

MAXIS Berhad, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka melantik Huawei sebagai pembekal ekslusif bagi jaringan Internet Berkelajuan Tinggi Generasi Akan Datangnya, termasuk membina dan menguruskan jaringan perkhidmatan penuh Gentian Optik Ke Geganti (FTTx) menggunakan teknologi Rangkaian Optikal Pasif Gigabit (GPON)

DIMETERAI…Presiden Perkhidmatan Teknikal Global Huawei, Yao Fu Hai (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Overbeke sambil disaksikan Pengarah Urusan Huawei Malaysia, Dai Jingyue (kiri) dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua rangkaian dan Teknologi Maxis, Mark Dioguardi.

Ini akan menawarkan pelanggan Maxis perkhidmatan gabungan mudah alih tetap yang baru (FMC), termasuk perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi apabila ia disiapkan dalam tahun ini. Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Jumaat lalu, satu perjanjian sudah dimeterai pada 19 Ogos lalu di Kuala Lumpur bagi mengesahkan perkongsian itu.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke berkata, termeterainya perjanjian itu membuktikan komitmen Maxis untuk memiliki rangkaian terbaik di negara ini dalam usahanya menyediakan perkhidmatan masa depan yang akan meningkatkan kualiti gaya hidup masyarakat.

“Rangkaian Internet berkelajuan tinggi generasi depan ini sebahagian daripada komitmen Maxis untuk menyediakan kepada lebih 12 juta pelanggan dengan pengalaman lebih baik terutama ke atas produk dan perkhidmatan seperti perdagangan, pendidikan, kesihatan, hiburan dan sebagainya,” katanya.

Di bawah perjanjian itu, Huawei akan bertanggungjawab menyediakan pakej perkhidmatan siap guna dari awal hingga akhir yang termasuk peralatan aktif dan pasif, reka bentuk jaringan pengagihan optik menyeluruh dan pengurusan pembinaan bagi pembinaan jaringan Internet Berkelajuan Tinggi Generasi Akan Datang Maxis.

Sebaik projek itu disiapkan, satu rangkaian rumah di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru akan dihubungkan berasaskan batuan terakhir menggunakan teknologi gentian optik ke rumah (FTTH).

Sumber : Harian Metro

 Banner

{ 10 comments… read them below or add one }

hafidz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 30, 2010 at 3:24 PM

Nampaknya maxis melangkah ke satu tahap lagi~ 8) hafidz recently posted..Minggu Ketiga RamadhanMy Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Fedora Linux August 30, 2010 at 6:10 PM

Itu la…
harap-harap mutu perkhidmatan internet dari maxis akan bertambah baik :)

Reply

acapz Mozilla Firefox Windows August 31, 2010 at 5:40 AM

sama2 la. harap dpt mengatasi masalah internet ku yg lmbt skit skng ni.huhuu
acapz recently posted..Wallpaper Hari Merdeka Yang Ke-53My Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 31, 2010 at 10:43 AM

yeah
lepas ni mutu perkhidmatan dorang terbaik

Reply

syahrilhafiz MALAYSIA Mozilla Firefox Ubuntu Linux August 30, 2010 at 8:24 PM

nampaknya macam tu la..
celcom pun patut ikut langkah macam ni…
syahrilhafiz recently posted..Blogger Kita- Penulisan RojakMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 30, 2010 at 10:52 PM

yess tepat sekali
Celcom pun perlu juga buat perubahan macam ni

Reply

mancai MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 31, 2010 at 1:25 AM

ntah kenapa aku tak gemar betul dengan maxis ni… namun satu usaha yang memberi persaingan menjadi sihat

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 31, 2010 at 10:46 AM

owhh
tahun ni maxis banyak buat perubahan demi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka

Reply

suri MALAYSIA Internet Explorer Windows September 1, 2010 at 10:18 PM

setakat ni mash ok lagi tapi harap2 akan datang perubahaan yang lebih baik akan berlaku lagi..

satu persaingan ynag sihat heee

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows September 1, 2010 at 10:25 PM

harap-harap macam tu la
hehehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: