Salam semua…
Hari ni aku nak tulis tentang Kawan Baik pulak,dah tentu semua rakan-rakan yang sedang membaca entri ni ramai Kawan Baik kan ?..So hargailah Kawan Baik anda tak kira la sama ada senang atau susah yer.

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai Kawan Baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!
Kita kawan kan?










{ 40 comments… read them below or add one }
Ichi tgh pk2, hurm baik ker Ichi ea ? btw nice entri bro i’ll do anything to be a good friend
.-= Ichigo´s last blog ..How To Make Your Pic Rounded =-.
@Ichigo,
yeah bro tanpa kawan siapa la kita kan
saya sayang kawan-kawan saya!
@cma,
hehehe saya sayang gak kat kawan-kawan saya
betul tu…setuju sangat…ada kaitan jugak ngak entry blog aku hehe
.-= enche tomyam´s last blog ..Definisi Semula Perkataan ‘Friends’ Dalam Dunia Blog =-.
@enche tomyam,
Dalam dunia blog ni kita semua dah jadi kawan,sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain..1 Komuniti, 1 Blog 1 Malaysia
kawan baik mmg susah nk dicari,hargai mereka selagi mereka masih ada..ececeeh..haha
.-= apiih´s last blog ..Tengok Youtube tanpa Connection Internet.. =-.
@apiih,
Haaa betul tu bro
sayang semua kawan, tp bila dah baik sangat, ramai pulak yang ambik kesempatan..huhuhu
@yanmie,
Kadang-Kadang ade gak yang ambik kesempatan,biasa la dalam dunia ni kan,kawan makan kawan,kawan tikam kawan,tapi bukan semua kawan macam tu ,cuma kita kene la pandai memilih kawan yang boleh menjadi teman semasa susah ataupun senang
kwn baik ada byk mkna. tak smstinya bila kita takde disamping rakan2 utk support diorg setiap kali diorg tgh ada mslh, kita bkn kwn yg baik.. kan? mgkn masa tak mengizinkn..
yer kita kawan!
.-= arieza´s last blog ..::: Aku Amoi Kacukan Jepun =-.
@arieza,
yap betul tu…
kita kawan
Kita perlu menjadi kawan yang baik sebelum mengharap orang lain berbuat baik kepada kita…
.-= denaihati´s last blog ..Cadangkan HADIAH untuk contest baru. =-.
@denaihati,
Betul tu bro,kita terlebih dahulu perlu menjadi kawan yang baik,semasa entri n dibuat,teringat lak kat kawan-kawan lama sekolah menengah
kawan baik akan hadir dalam apa keadaan atau situasi pun..
InsyaAllah akan memanjangkan naskah tu utk tatapan org lain yg bakal menjadi kawan baik kpd kawan baik..
.-= kulanz´s last blog ..Hilang Dalam Gelap =-.
@kulanz,
Terima kasih bro kulanz sebab sudi komen,tanpa kawan ,dunia ni macam kosong je kan,tiada teman untuk berborak,berjalan-jalan dan sebagainya.Memang seronok apabila mempunyai kawan baik ni.
ramai yang teringin untuk ke rumah kita bila rumah kita mewah, tetapi yang sebenarnya kita harapkan ialah orang akan jenguk kita ketika rumah dalam keadaan sebaliknya..
@zuls,
terima kasih sebab sudi komen bro,yap perumpamaan tu memang tepat sekali
kwn baik adlh kawan waktu senang dan susah…bkn senang nk jumpa kwn yg btol2 boleh percaya…..klu x, xkan wujud pepatah kawan mkn kawan..hehe
@azizan4444,
Hehehe betul tu bro
Assalamualaikum wazy apa yang kau tulis memang betul ayie ramai kawan tapi sahabat hanya sedikit, kerana sahabat time susah + senang sentiasa ada,kalau kawan haram jadah time senang je bila susah senyap tupah bak kata loghat ganu kite tupah… hahahaha,
sorry wazy terover sudah
,hahaha
2lah berlaku pada ayie di kolej mantang kalau perempuan x puasa hati cakap depan-depan jangan nak cakap belakang2 kita face to face…
.-= AyieBlog´s last blog ..Coding widget =-.
@AyieBlog,
waalaikumsalam wbt ayie,wahh komen yang panajng,heheh btw thanks sebab sudi komen,kadang-kadang kawan ni ade yang tikam belakang,depan kita elok je,hahha belakang kita sah mencaci yang bukan-bukan.Itula resam bila berkawan ni
@Wazy, uik ramai je yang tikam belakang,depan,atas dan bawah..hahaha
,salam perkenalan wazy saya budak baru belajar nak berblogging
@AyieBlog,
hehehe tu la,ok salam perkenalan juga
aku kawan baik ko ke tak??
hehehe
@ery,
Hehehe semestinya la ko kawan baik aku
btol btol btol! tp ada jgk yg berpaling tadah, kawan makan kawan..huhu
.-= mello´s last blog ..mushmello dot com? Mustahilkah? =-.
@mello,
huhu kalau kawan makan kawan tu aku dah terkena,sabar je la kan..hehe
kawan bagi aku ialah orang yg sentiasa ada wktu kte susah or sng. secara jjr la. nk kawn camni skng susah mau dpt. time susah dorng rmai wt hl sndiri. huhu. anyways i love my friend =D
.-= acapz´s last blog ..Bagaimana Penggodam Menceroboh Akaun Anda Melalui Kejuruteraan Sosial (Social Engineering) =-.
@acapz,
yeah betul tu bro ^_^
Salam KEnal sahabat, Postingannya Bagus sekali
Thanx
@sonson sebuah catatan,
salam kenal kembali,terima kasih kerana sudi komen
Antara persahabatan Ayyash dengan Umar dan persahabatan Uqbah dan Abu Jahal, mana kita nak pilih? http://tintataghyir.com/2009/12/antara-ayyash-dan-uqbah/
Siapa mahu untung macam Ayyash, siapa mahu rugi macm Uqbah?
Dalam berkawan, pernah tak selalu kita macam Umar atau macam Abu Jahal?
.-= hadjie´s last blog ..Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan =-.
@hadjie,
terima kasih ustaz sebab sudi bagi komen .Kisah yang menarik tentang Ayyash dan Uqbah tu,kita seperti sedia maklum kena la berhati-hati di dalam memilih kawan
betul tu,
.
saya x tau lah saya ni baik ke tak, tapi elaklah jadi yang x baik
wazy memang kawan yg baik dan aktif dgn kwn2nya pun
@shahrul,
ehe tq bro sebab sudi bagi komen
@Wazy, sesama bro. nama pon kawan kan.
tapi artikel ni memang bagus.
@shahrul,
yap artikel ni best dan sesuai untuk semua kawan-kawan
kawan baik. love this entry, i slack bhgn cemburu tu. sometimes eh bukan sometimes tapi selalu cemburu tgk kwn rapat dgn org lain. i should change that attitude.
.-= wana´s last blog ..tekek version 4.0 =-.
thx a lot….it cn help me to be a good friend….