Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Apa khabar rakan-rakan sekalian ? Semoga semua sihat walafiat di samping keluarga dan blog tersayang.Oklah pada hari ni aku nak ceritakan tentang Kehidupan Seharian Blogger.Mesti ramai dah tahu dan belum tahu apa seorang blogger lakukan dalam sehari 24 jam kan ? Jom kita baca sampai habis entri ni.

Dalam masa 24 jam di dalam kehidupan blogger ni,macam-macam dorang boleh lakukan,antaranya selepas masuk kerja pada waktu pagi,benda yang mereka semak adalah blog masing-masing,sama ada membalas komen-komen para pengunjung blog .Sambil tu kene la cover ,takut boss pula marah sebab syok layan blog tapi tak buat kerja.Kalau dah ada masa terluang memang kena gunakan secukup-cukupnya untuk blogwalking ke blog rakan-rakan yang lain,tak kira la sekadar meninggalkan jejak atau membalas komen.Secara tidak langsung dapat juga tolong-menolong menaikkan traffic blog.
Bila dah masuk waktu untuk makan tengah hari,slow-slow log out blog,sebab perut dah berkeroncong menandakan kena mencari sesuatu untuk di makan,jangan pula asyik duduk di depan pc dan leka layan blog sampai terlupa untuk makan dan minum.Kalau sakit sapa juga yang susah nanti.

Apabila sudah selesai makan dan minum,dah duduk depan pc,buka twitter (benda ni aku rasa ramai dah addict) sembang-sembang dengan rakan-rakan blogger lain,tak kira la sekadar merapu atau membincangkan sesuatu topik pilihan.Tak mustahil aku bagitahu blog dengan twitter sekarang ni menjadi benda wajib untuk dibuka bagi seorang blogger,sebab ramai rakan-rakan yang boleh kita kenal dan secara tidak langsung menambah kenalan tak kira di mana jua mereka berada.Sembang-sembang di twitter tu sambil buat kerja jugak kan,kalau aku la,time bz memang tak online blog dan twitter pun(mesti ramai yang pernah lalui situasi ni).
Benda yang sama juga ,kalau ada masa terluang time petang,blogwalking serta membalas komen rakan-rakan.Kalau ada idea,terus buat entri terbaru di blog.Apabila sebut membuat entri baru ni,ikut mood blogger tu juga,ada yang suka update pada waktu pagi,petang dan malam,dan yang penting blog update juga.Sampai di sini ada yang dah bersiap-siap untuk balik kerja,dalam otak masih terfikir-fikir apa yang nak buat pada blog,hehehe.kebiasaannya ramai blogger mencari idea untuk mencantikkan lagi blog agar tersusun rapid an kemas (kira buat housekeeping juga la).
Sampai di rumah,kena rehat dulu,kalau otak serabut dengan kerja,memang kena rehatkan otak tu,tak kira la tidur ke atau sebaliknya.Dan yang penting jangan lupa menunaikan kewajipan kita sebagai orang islam iaitu solat.Bagi blogger yang masih bujang,memang terus on computer dan mengadap blog dan twitter sekali lagi.Blogger yang telah mempunyai keluarga mesti meluangkan dulu masa kepada anak-anak atau isteri.

Kira-kira pukul 10 atau 11 malam,kebiasaaanya ni time yang baik untuk sembang-sembang dengan rakan-rakan blogger di twitter.Kalau yang rajin tu mesti buat draf atau publish entri terbaru.masa ini juga digunakan untuk blogwalking dan membalas komen di blog.Apabila mata dah tersangat mengantuk dan tak tahan lagi untuk sembang dan blogwalking,kena la tidur pula,bagi blogger yang bekerja pada keesokkan hari ,ramai yang offline lebih kurang pada pukul 1 pagi.Sebagai seorang blogger pun kena tahu untuk cukup tidur demi manjamin mata yang segar pada esoknya untuk bekerja.
Sampai di sini sahaja aku coretkan pasal kehidupan seharian Blogger ni,kepada rakan-rakan yang melawat blog ni,sila la ceritakan pengalaman korang sebagai blogger yer











{ 46 comments… read them below or add one }
aku sejak duk menganggur ni, selalu duk on9 24 jam..sampaikan bapak aku asik duk membebel je, tak ada benda lain ke nk wat, asik duk mengadap laptop je hari2..huhu
x-po recently posted..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE
tau takpa. sejak menanam anggur yang berjaya aku duduk dalam bilik dan mengadap komputer. masuk waktu, solat pastu ngadap lagi pastu masuk waktu solat mengadap sampai la aku letih dan tido. makan pon depan pc. nasib mandi ngn berak je tak depan pc
Encik Luth recently posted..Apa yang best kalau OVERNITE kat Penang
@Encik Luth
Biasa la kehidupan macam ni,lebih-lebih lagi sebagai seorang blogger,pagi petang siang malam mesti ingat blog je
samalah kita..aku dah alam tanam anggur ni..tapi heran buah anggir tak dapat di makan hehehe
@x-po
Hoho aku kalau tak kerja sama la macam ko duk mengadap komputer je
Diakui memang itulah kehidupan yang aku sedang lalui sebagai seorang blogger. Lagi2 sekarang takde keje, hanya menjaga kedai runcit sahaja. Lagilah aku aktif berblogging dan berblogwalking. Tapi, banyak masa dihabiskan untuk blogwalking, mendapat ilmu dan info baru, kemudian lepak di twitter,bergurau senda dengan rakan2 sambil berkongsi maklumat baru. Ahaaaa~ Blogging memang best dan happening!

Cik Nass recently posted..Si dia akan minta putus jika…
Yeah betul tu
Dunia blogging ni memang best,hehehe
kena lak kita dapat kenal kawan-kawan sekepala
Kalau kat sekolah,aku memang selalu online guna laptop.Tapi waktu2 free jela

Loq recently posted..Orang Tua Berbual Semasa Khutbah
hehe
Kira ok la tu,dapat jugak online kan
hahaha pagi petang siang malam mesti nganga depan laptop.. tak abis2 :p
Fitrihadi.com recently posted..Contest Duit Raya Fitrihadicom
Heheheheh
betapa kompleks nya hidup sebagai blogger ni
duduk mengadap laptop / laptop je manjang
Salam bro wazy,
yang dalam entri tu, cerita bro ke? hehe
Aku kalau time kerja, dari jam 08.00 am – 05.00 pm tetap akan menghadap pc,, sbb memang tu dah kerja aku. tapi kalau tak busy sangat atau tengah, menyempat juga kadang menghadap blog.. sampai rumah, rehat kejap dan buat apa yg patut, lebih kurang jam 9.00 malam, menghadap blog lagi.. selalunya berakhir sehingga jam 2-3 pagi..
hujung minggu aku jarang blogwalking.. kalau on9 pun, tulis draf entri je.. masa tu mmg kena bagi tumpuan pd keluarga.. tapi setakat ni aku memang tak pernah sembang dekat twitter atau facebook..
Waalaikumsalam bro,
Hehehe dalam cerita tu ade juga berkaitan dengan saya dan semua rakan-rakan blogger,bila kira balik memang tak cukup 24 jam ni kalau kita dah jadi blogger kan..
anak isteri mesti diutamakan!!
Mus recently posted..Setahun Hampir Berlalu- Kau Pergi Meninggalkan Kami
Aha betul tu,kalau yang dah berkeluarga anak dan isteri memang wajib di uatamakan
Tak cukup lah 24 jam boleh tambah lagi jam dalam sehari nak ber blogging ni.
denaihati recently posted..Kopitiam tipu logo HALAL berdepan hukuman lebih berat
Saya rasa kalau 30 jam ok kot bro ,hehe
hohoho topik yg besh nie
hurm sllu suri sarapan sambil taip blog hohoho..tapi apapun tgok pada kje pjbat dulu.klu kje penting masa sarapan skli masa buat keje pjbat sama jalan serentak.
mlm slu on9 tapi tak lama.tgok kdaan gak klu dia bz, si kecik tdo maka waktu tu akan bermula.
klu hujung mgu pas masak slu on gak tapi kena pastikan si kecik tado dlu bru kadan akan aman hehehe..
klu soknyer tak kerja maka malam tu mesti on line sampi pagi hehehe..
btw twinter mmg tak pernah aktif.akaun ada tapi ntahle cam mals je nak guna huhuhu..
Hehehe…
Apa-apa pun kerja kat pejabat kena la pentingkan dulu ye tak ?
Lepas tu kalau free boleh la jengah blog
hidup blogger ni selalu padat dengan aktiviti
.
ST recently posted..Chromium BSU nostalgia permainan arked
Ha..betul tu,tu sebab seronok jadi blogger ni
huhuhu… jadi blogger memang sentiasa peka, aktif dan kreatif… elok jugak tu melatih minda berfikir dan bergerak… cuma kalau dah dapat tidur tak hingat dunia… eh ya ke?
Hehehehe
Selepas kepenatan blogwalking,tidur memang wajib bagi seorang blogger
oleh kerana PC kongsi2 (dan bercadang nak pakai lappy), sekejap je online-nya…
Qamar Munir recently posted..Siapa lawan kejahatan
Owh..biasa la kalau pc kongsi ni,
Janji dapat online jugak kan walaupun sekejap
Sejak ade blog, FB dah tak layan..
fawzan recently posted..LEKAS Highway – Shortest Route To Seremban
Ramai jugak blogger yang menumpukan 100% pada blog,tapi fb ni boleh jadikan tempat untuk promosi update blog yang terbaru
Betul-betul, memang seronok jadi blogger ni, tapi tak cukup masa nak blogwalking.

amirulfaiz recently posted..Petai- Seikat RM1
Kalau ada masa kena la gunakan sepenuhnya ye tak bro
jadi blogger kompem tgk laptop 24 jam..sampai orang pun naik heran..haha
aizuddin recently posted..Intro – Advertlets Bayar Blogger Atau Tidak
Hahaha
Biasala ,dalam kepala ingat kat blog je kan
tu sebab mengadap laptop je
susah oh, jadi blogger. org ingat mcm sng, byk komitmen kne ade, lg yg byk client & reader :aie:
naz recently posted..Bagaimana Cara Menggoda Pengunjung Untuk Klik Iklan Kita
Dari segi komitmen memang kena pandai ambil masa,
Lebih-lagi lagi kalau bekerja,mesti kena utamakan kerjaya dulu la kan
Aku pun same bro..balik kerja trus je ngadap laptop,pergi minum kat kdai mamak pun ngadap laptop..kwan2 aku sampai tak boleh cakap ape dah, aku dah ketagih internet tahap gaban ni huhu…
hanif recently posted..This Is MyKad
Ni la yang dikatakan addict terhadap internet,
heheh aku pun macam ni jugak la,kalau xde internet dalam sehari,sah tak leh duduk dengan selesa
aku sekarang xley online lame2…cepat bosan..xtaw la masalah pe.huhu..tgk blog lagi la bosan,sampai nak update pon mls..tp pe yg bro katakn tu semua btol kot..klu da blogger tegar..24 jam nk tgk blog.hehe
azizan4444 recently posted..Tips – 7 Cara Mudah Atasi Kekecewaan Putus Cinta
Biasa la tu bro,
Kadang-kadang jemu juga online lama-lama,
Macma aku sesekali offline,g luar jalan-jalan ambik angin jap baru la frsh skit
Betul tu bro
bila dah jadi blogger ni,jumpa ramai kawan-kawan sekepala,
then bertukar-tukar pendapat sambil perbincangan tentang blog.
tido tu memang wajib la kan bagi blogger macam kita ni
wah.. kipas susah mati hidup seorang blogger nie.. tapi yang part time nie.. dapatla sikit2 curi masa..hehe

zik recently posted..Sumbangan myjazmaniecom ke zikrihusainicom melalui alexa
Ala bro,kalau dapat curi masa tu pun ok gak kan daripada tak jengah blog
jadi blogger ni memang best..
mana tak nya..ada je benda dia nak buat drpd buat benda tak berfaedah..
sambil2 sy bro nak update blog tak lepas2 lagi disebabkan masa suntuk sgt..
blog tinggal la dulu, just balas komen pun jadilah..
kang internet laju baru update dgn BW..
p/s BB bapak slownya, pakai wireless poli erm boleh tahan la ni…nasib blog ni tak diblock..kihkih
hehehe patut la lama tak nampak ko blog walking
btw memang kehidupan sebagai blogger ni seronok
habis detail citer. hidup sebagai blogger bukanlah suatu perkara mudah. ahaks~
@aman,
hehehe tahu xpe
syabas… tak hairan kalau anda sekarang semakin popular. cara macam ni jugak yang aku buat satu ketika dulu… masa tu masa bujang. jadi banyak masa terluang. sekarang ni memang susah nak blog walking. tambah plak kijer pon banyak perlu diberi kosentrasi.
tahniah untuk anda. selamat maju jaya
Kreuger recently posted..“Bro… gua tengok lu rileks jer walau ade masalah… ape rahsianya…”
@Kreuger,
Terima kasih bro
tak la popular mana pun
sebab masih lagi tercari-cari gaya penulisan,
tambahan lagi waktu kerja yang tak menentu ni,sekali kalau dapat update dan puaskan hati pembaca setia blog,memang seronok
niche blog pun dah bercampur ni
blog bro pun apa kurangnya,boleh tahan hebat jugak
tak rugi kalau baca semua entri di blog bro
nice to meet you bro
{ 2 trackbacks }