Nothing Special About Me
Kenapa Masa Untuk Keluarga Itu Sangat Penting
Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”
Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,
“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,
“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,
“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”
“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”
“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
” HARGAILAH KELUARGA ANDA “
sumber : dari email
Related posts:


| This entry was posted by wazy on January 31, 2010 at 7:07 AM, and is filed under Pedoman. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |




![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)






















about 6 months ago
wahh amat – amat tersentuh..*mata berair*
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 9:12 AM
@Luth Textile,
ermm kalau sekarang ni duduk kat perantaun,sah esok gak aku balik kampung jumpa famili
[Reply]
about 5 months ago
huhu.. bergenang air mata membaca post ni.
Nasihat yang bagus bro.
amirulfaiz´s last blog ..Kamu dibenarkan bernikah.
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 10:31 AM
@amirulfaiz,
Thnks sebab sudi komen yer ,hargailah setiap saat bersama keluarga
[Reply]
about 5 months ago
mata aku mula berair. dah la aku mmg sedang berdepan dengan masalah keluarga yg sebegini sejak pagi tadi. Ya Allah. Aku buntu
mrkay´s last blog ..Tak pakai seluar dalam bukti cinta sejati?
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 12:56 PM
@mrkay,
uiks sabar bro..semoga bro tabah menghadapai dugaan dengan keluarga
[Reply]
about 5 months ago
nice one bro.. thanks for sharing. Bila Ichi terbaca entri ni terasa sangat2 apakah Ichi meluangkan masa yang cukup untuk keluarga especially mama tersayang. Adakah Ichi pernah menyakitinya dan yang paling penting apakah Ichi perasan kesalahan yang dilakukan.. oh mama, i’m so sorry. btw i din think i’m ever hurting you but i din know …
Ichigo´s last blog ..Pesalah Trafik Terima Saman Dalam Tempoh 48 Jam
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 12:55 PM
@Ichigo,
Tq bro,tak salah kan kalau share sesuatu yang baik dan berguna seperti entri ni
[Reply]
about 5 months ago
artikel yang bagus untuk mengingatkan kita agar menghargai orang di sisi kita. Jangan bila sudah kehilangannya baru kita terasa menyesal.
Kitalah sebenarnya kunci kebahagian diri kita.
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 12:53 PM
@sa,
Terima kasih Sa kerana sudi komen,yer segala-galanya untuk keluarga,tanpa keluarga siapalah kita
[Reply]
about 5 months ago
i’m so touched…family is everything..
rose´s last blog ..resepi breakfast untuk nak cepat (si malas -_-")
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 1:57 PM
@rose,
yap,segala-galanya keluarga =)
[Reply]
about 5 months ago
dengan tibe2 aku rindu mama ngan abah…hurmmmmm….nak balik umah….
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 1:58 PM
@pearl_meera,
Hmm kalau sempat balik k ,
[Reply]
about 5 months ago
teringat orang tua dikampung…buat apa agaknya, harap sihat hendaknya ..isk2…tisu2..
zik´s last blog ..Kenapa Perempuan Suka diet??
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 1:59 PM
@zik,
tak try call kat kampung ke bro,tanya la khabar sekali sekala,mesti terubat rindu tu
[Reply]
about 5 months ago
neh yang rasa nak balik kg neh :’(
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 1:59 PM
@marki,
mintak cuti la bro,balik kampung
[Reply]
marki
Reply:
February 1st, 2010 at 10:38 AM
@Wazy, tu arr bro..dalam pertimbangan..maybe raya cine neh ..huhu
[Reply]
Wazy
Reply:
February 1st, 2010 at 3:55 PM
@marki,
mudah-mudahan ko dapat cuti,heheh leh jumpa family
[Reply]
about 5 months ago
terasa sebak
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 3:45 PM
@arieza,
ermm call la family
[Reply]
about 5 months ago
Sebak siyaall….
[Reply]
Wazy
Reply:
January 31st, 2010 at 5:56 PM
@Ery,
sama la bro,sah teringin nak balik kampung pas baca entri ni
[Reply]
ery
Reply:
February 1st, 2010 at 3:31 AM
@Wazy, masalahnya aku mmg dok kampung… wawawawa…. mak aku dok kat bandar.. huhuh…. tunggu dia datanglah.. hehehe
[Reply]
Wazy
Reply:
February 1st, 2010 at 3:50 AM
@ery,
Hehe tunggu je la dia datang k =)
[Reply]
about 5 months ago
Family first.
juga tak setuju dengan mereka yg terlalu mementingkan kerja/kewangan
masa bekerja lebih dari masa bersama family.adakah patut sebegini?
bebudak ipt berasa gembira bila berjauhan dgn family.berasa bebas.boleh berdikari.
tp tersalah langkah buruk padahnya.
Wan perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut
[Reply]
Wazy
Reply:
February 1st, 2010 at 2:11 AM
@Wan perlis,
betul tu bro,family memang perlu di utamakan,tak kira la di mana pun kita berada sama ada nerantau bekerja atau belajar,sesekali kene la telefon atau balik kampung untuk jengah orang yang tersayang
[Reply]
about 5 months ago
aku sgt sayang family aku…:)
Nine´s last blog ..Color Efek Pro 3.0 Photoshop Plugin
[Reply]
Wazy
Reply:
February 1st, 2010 at 8:37 AM
@Nine,
=) semua orang sayangkan family
[Reply]
about 5 months ago
Ingatkan mula-mula keluhan saudara Wazy sendiri. Garangnya, rupa-rupa keluhan seorang ibu.
Betul, teori orang boleh sebut, praktikal memang susah.
Jangan pula dalam blog kita sopan santun, tapi dengan keluarga, mak ai, macam rimau.
“Anak saleh yang mendoakan ibu bapanyalah pelaburan yang terbaik untuk anak Adam.”
Hadjie´s last blog ..Nilai Kepercayaan Berdasar Pakaian?
[Reply]
Wazy
Reply:
February 1st, 2010 at 8:41 AM
@Hadjie,
kta harus sentiasa bersopan -santun tak kira la dengan keluarga / rakan-rakan dan sedara-mara
[Reply]
about 5 months ago
alhamdulillah..stakat ni aku ng family baik2..mntk duit sng je depa bg..huhu…..tersentuh gak skli bace entri ni bro…kita x pk2 kdg2 kita menyakitkan hati org len wlpon dgn sepatah kate..bg kite semua ok,.tp org, len pikirannya,..btol x bro?
ps; baru dpt komen,.hehe
[Reply]
Wazy
Reply:
February 1st, 2010 at 4:55 PM
@azizan4444,
betul tu,,,aku masa mula -mula siapkan entri ni tersentuh gak bila baca semula,kadang-kadang mulut kita tak lari dari berkata-kata sehingga tak sedar telah menyakitkan hati orang lain,tapi masing-masing dah dewasa,ada pemikiaran sendiri dan boleh membezakan mana yang baik mana yang buruk kan
[Reply]
azizan4444
Reply:
February 2nd, 2010 at 8:52 AM
@Wazy, ya bro..masing da dewasa punya akal yg waras..ley bez mne baik buruk..
[Reply]
Wazy
Reply:
February 2nd, 2010 at 9:21 AM
@azizan4444,
betul tu,terharu gak tgk semua komen dari rakan-rakan yang lain,masing-masing ada yang duk jauh dengan family
[Reply]
about 5 months ago
tersentuh baca entri ni bro…
akupun sanggup lepaskan kerja lain semata-mata tak nak jauh dari ibu bapa.. alhamdulillah skrg masih dekat dgn diorg wlupun ibu dah xda..
[Reply]
Wazy
Reply:
February 1st, 2010 at 4:57 PM
@kulanz,
Sama la kita bro,aku pun ade tolak tawaran kerja yang jauh dari keluarga 3 tahun lepas,bial fikir kembali,tak kisah la aku tak dapat pekerjaan tu yang menjamin masa depan dan yang penting sekali dapat bersama-sama keluarga tercinta setiap masa
[Reply]
about 5 months ago
Sedih aku baca kisah ni..
air mata aku hatuh lagi..
aku tak faham kenapa aku senang menangis lately ni..
hurm..
[Reply]
Wazy
Reply:
February 2nd, 2010 at 9:44 AM
@Jaws,
ermm rileks² bro,jangan di ikutkan sangat perasaan tu k
[Reply]
about 5 months ago
Assalamualaikum,apa yang saudara tuliskan memeng betul dan ianya terjadi kepada ayie..zaman kecik-kecik dah besar sikit lain making matang,,masih mencari erti kedewasaan yang sebenar
AyieBlog´s last blog ..theme cun 
[Reply]
Wazy
Reply:
February 2nd, 2010 at 2:08 PM
@AyieBlog,
Waalaikumsalam wbt,entri ni ade makna tersurat dan tersirat bagi saya,kalau la di hitung,entah berapa banyak dosa kita terhadap ibu bapa dan juga keluarga
[Reply]
AyieBlog
Reply:
February 2nd, 2010 at 2:11 PM
@Wazy, yeep betul 2 wazy… banyak2 muhasabah diri
AyieBlog´s last blog ..theme cun 
[Reply]
Wazy
Reply:
February 2nd, 2010 at 2:31 PM
@AyieBlog,
hehehe sama-sama la kita muhasabah diri yer
[Reply]
about 5 months ago
huhu tiba2 aku jadi sebak plak..huhu
[Reply]
Wazy
Reply:
February 2nd, 2010 at 2:11 PM
@x-po,
rileks² bro,mesti terkenang mak dan ayah kat kampung halama kan,kalau cuti atau ada waktu lapang ,balik la kampung jumpa mereka
[Reply]
about 5 months ago
keluarga adalah keutamaan, matlamat, pendukung dan penting bro
[Reply]
Wazy
Reply:
February 3rd, 2010 at 3:40 AM
@shahrul,
Betul tu,tanpa keluarga macam kosong je kan hidup kita ni
[Reply]