Khasiat Kurma

by wazy on August 5, 2011 · 26 comments

in Informasi

Assalamualaikum…

Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat.

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis tumbuhan palma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya

“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin. Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix danctylifera , dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskanotak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran

**Jom baca entri menarik di sini Teringat zaman kanak-kanak

Sumber : Seven 2 You

{ 26 comments… read them below or add one }

RerameUngu MALAYSIA Google Chrome Windows August 5, 2011 at 4:04 PM

yup..mmg bnyk kebaikan kurma ni.ada yg tau elok mkn time pose jek..hehehe

boleh kata semua nutrisi diperlukan badan ada dalm tu kan..boleh la buat menu diet jugak ni..hehehe
RerameUngu recently posted..Ramadhan 1432H: Aktiviti Hujung Minggu #1My Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 5, 2011 at 4:14 PM

Betul tu
jus kurma pun elok juga buat minum sekali

Reply

RerameUngu MALAYSIA Google Chrome Windows August 5, 2011 at 4:19 PM

hehe..tu ler..ada je kan bnyk jus kurma jual skang..
even HPA pun mmg lama ada jus kurma.. (ni bukan nak pomot HPA tw..just for info..heheh )

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 6, 2011 at 10:22 AM

Hehehe
kat area sini pun ada jual :)

Reply

kopisoda MALAYSIA Google Chrome Windows August 5, 2011 at 4:13 PM

yup memang tak dinafikan lagi khasia kurma ini.
cuma kadang aku terkilan la peniaga-peniaga yang suka amek kesempatan jual kurma dengan harga yang tinggi melampau.
geram & emo pulak tetiba huhu :P
kopisoda recently posted..Album Review : Pesawat Take OffMy Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 5, 2011 at 4:15 PM

Ada jugak jumpa kurma yang mahal
ikut gred jugak tu

Reply

JMR MALAYSIA Google Chrome Windows August 5, 2011 at 4:46 PM

sama2 amalkan makan kurma semasa bbuka dan bsahur..byk khasiatnya..:-)
JMR recently posted..4 Ramadhan 1432HMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 6, 2011 at 10:22 AM

yup betul tu

Reply

FD Google Chrome Linux August 5, 2011 at 6:04 PM

mcm pernah kulihat artikel ini tapi di mana ya? ^.^
FD recently posted..#EksperimenAsas – Membuka & Memasang LibLime KohaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 6, 2011 at 10:23 AM

Ramai dah kot rasanya letak artikel ni kat blog masing-masing

Reply

ohcikgu MALAYSIA Google Chrome Windows August 5, 2011 at 10:45 PM

emm..takpe ke makan kurma banyak-banyak?
ohcikgu recently posted..Lirik lagu dan Video Aku Suka Dia.. – Ainan TasneemMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 6, 2011 at 10:23 AM

Ok je saya rasa
untuk manisan pun tak apa

Reply

Juan FRANCE Mozilla Firefox Windows August 6, 2011 at 10:40 AM

dulu aku x minat kurma, sekarang aku suker giler kurma, memang kurma ni banyak khasiat
Juan recently posted..Delete the Undelete FilesMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 7, 2011 at 2:29 PM

sama la kita bro
dulu masa kecik-kecik memang tak minat sangat makn buah kurma
tapi sejak tahu kelebihannya,terus suka makan kurma

Reply

puteri kasih AUSTRALIA Google Chrome Windows August 6, 2011 at 4:45 PM

suka sangat makan kurma..dan bukan hanya time puasa je :)
puteri kasih recently posted..Ayam Masak Lemak Cili ApiMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 7, 2011 at 2:30 PM

owhh
bagus la macam tu :)

Reply

fieza MALAYSIA Google Chrome Windows August 7, 2011 at 11:17 PM

rebus kurma dgn gule batu dgar cite dpt buat muke berseri seri..eheheheh
fieza recently posted..Kesan DNA babiMy Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 8, 2011 at 11:35 AM

haaa
ada jugak dengar petua macam tu :)

Reply

Sugel Mozilla Firefox Windows August 8, 2011 at 3:04 AM

Kebaikan buah kurma memang sudah diakui sejak zaman Rasulullah SAW lagi..Sabda Rasulullah s.a.w. Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar bersopan santun serta cerdas pemikirannya. .Apa itu Buah Kurma?.Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Buah kurma boleh di makan sama ada yang masak atau yang mentah..Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kurma. Ada kurma safawi mariami ajwa kurma nabi kurma yang masih lagi bertangkai kurma rotab ni manis seperti madu dan banyak lagi.

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 8, 2011 at 11:36 AM

terima kasih :)

Reply

nizamghazi Google Chrome Windows August 8, 2011 at 7:14 AM

Artikel yg panjang dah betol2 ilmiah pasal kurma.
Baru tau yang Kurma juga dikenali sebagai “Phoenix danctylifera”
nizamghazi recently posted..6 Bulan Fasih Berbahasa InggerisMy Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 8, 2011 at 11:36 AM

yap
lengkap sekali artikel ni

Reply

kulanz AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows August 9, 2011 at 1:16 AM

time puasa ni buah kurma jadi juadah pilihan sama ada untuk sahur atau buka puasa..
kulanz recently posted..Adakah Memberi Informasi Secara Percuma Itu Teruk?My Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 9, 2011 at 11:33 PM

sama la kita bro
kalau tak ada kurma ni macam tak lengkap je kan
selamat berpuasa bro kulanz

Reply

jj Mozilla Firefox Windows July 30, 2012 at 2:57 PM

kenapa kebanyakan antara kita hanya amalkan makan kurma bila bulan puasa. bila bulan puasa, ingat kurma. sedangkan kurma dijual sepanjang tahun. diharap dapat amalkan memakan kurma sebagai rutin harian. kdg2 tu ade yg simpan dlm peti sejuk smpai stahun. kurma yg tahun lepas punya dimakan utk puasa tahun ni.. so, amat berharap agar kita memashyurkan pemakanan kurma di malaysia.

Reply

Oh! budu MALAYSIA Google Chrome Windows July 31, 2012 at 11:15 AM

aku sangat x suka kurma. haha.. jahat kan. tp, memang x dpt nak dinafi memang kaya dgn khasiat even kalau amik 1 pun, dah macam nk kenyang. haha
Oh! budu recently posted..jom join bloglist oh! buduMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: