KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 (B-23) Malaysia mempamer permainan cemerlang untuk menewaskan skuad B-23 Korea Selatan, 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Biarpun pasukan hari ini gandingan antara skuad bawah 21 dan bawah 23 kebangsaan, namun pasukan di bawah bimbingan K Rajagobal itu menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun menyedari pasukan lawan datang dari negara yang sudah tujuh kali beraksi dalam Piala Dunia sejak 1986.
Pada minit ke-empat perlawanan, hantaran satu-dua di antara Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti menyaksikan peluang terbaik untuk pasukan negara membuka jaringan, bagaimanapun ia gagal dimanfaatkan apabila rembatan kaki kiri Mohd Zaquan tersasar di kiri tiang gol Korea Selatan.
Keadaan padang yang basah akibat hujan sebelum perlawanan menyebabkan pergerakan kedua-dua pasukan yang menurunkan skuad yang akan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini, terbatas.
Skuad Korea Selatan di bawah bimbingan Hong Myung Bo yang dikenali dengan corak permainan yang pantas dengan larian pemain yang laju, kemudian menukar rentak dengan melakukan rembatan jarak jauh untuk membolosi gawang Malaysia yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee.
Dalam tempoh 30 minit awal perlawanan, gandingan Mohd Zaquan dan Noshahrul Idlan beberapa kali melepasi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikendalikan oleh Kim Oh Kyu dan Jang Suk Won, namun gawang di bawah jagaan Lee Bum Soo masih tetap kukuh untuk dibolosi.
Korea Selatan memperolehi peluang terbaik membolosi pintu gol Malaysia apabila sepakan percuma yang diambil Jung Woo Young pada minit ke-40, dua meter di luar kotak penalti terkena palang, tetapi bola yang melantun itu gagal dirembat kemas oleh Kim Dong Hee ke gawang Malaysia.
Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan melajukan permainan, dan akhirnya skuad Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-50 hasil rembatan deras Safiq Rahim.
Safiq yang sebelum itu mengambil sepakan percuma dua meter di sebelah kanan di luar kotak penalti lawan, merembat terus ke gawang Korea Selatan namun ia ditampan oleh Lee Bum Soo, dan pemain Malaysia itu tanpa teragak-agak merembat bola itu terus ke gawang lawan.
Tersentak dengan gol itu Korea Selatan melakukan serangan bertali arus ke kawasan Malaysia, namun barisan benteng pertahanan negara yang diketuai Mohd Sabre Mat Abu berjaya menyerap asakan lawan.
Kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran dan Rajagobal pada minit ke-60 mengeluarkan Norshahrul Idlan untuk digantikan Baddrol Bakhtiar, manakala di minit ke-65 Ahmad Fakri Saarani digantikan pula dengan Mohd Khyril Muhymeen.
Kira-kira 30,000 penonton menyaksikan perlawanan persahabatan yang diadili oleh pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia di Afrika Selatan, Subkhiddin Mohd Salleh, itu diadakan sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Skuad kebangsaan Malaysia kini menduduki ranking ke-142 dunia dan ke-26 Asia berbanding skuad kebangsaan lawan yang berada di ranking ke-44 dunia dan ke-3 Asia.
Kali terakhir Malaysia bertemu Korea Selatan ialah pada Pestabola Merdeka 1995, ketika skuad senior negara menumpaskan pasukan Korea Selatan 2-1. – BERNAMA
Sumber Dari Berita Harian











{ 21 comments… read them below or add one }
gud job malaysia

eliana recently posted..The Twilight Saga – Eclipse
Harap ini akan berterusan
Tahniah pasukan Malaysia,
kalau pemain buat sungguh-sungguh, tak mustahil boleh berjaya..
harap prestasi makin meningkatlah kan..
kulanz recently posted..Mampukah Malaysia Menangani Isu-Isu “Panas” Dalam Negara
Tahniah juga buat pasukan Malaysia
Harap-harap lepas ni semakin mantap
wah jauhnya perbezaan pencapaian bolasepak M’sia dgn korea….semoga M’sia semakin maju

etomyam recently posted..Tablet Computer Termurah Di Dunia
Tu la bro
Lepas ni mesti pasukan Malaysia digeruni oleh pasukan lain
sekurang-kurangnya maruah pasukan kebangsaan tak jatuh..

agak-agak lagi sukar la presiden FAM nak letak jawatan
vidsoker recently posted..Malaysia 1-0 Korea Selatan Persahabatan B-23
Hehe
Rasa-rasanya susah la kot presiden FAM nak letak jawatan lepas ni
Skuad remaja Malaysia memang dari dulu agak kuat…tapi bila masuk ke peringkat kelab/negeri, jadi hambar…mana silap agaknya?
fawzana recently posted..LEKAS Highway – Shortest Route To Seremban
Maybe dari sikap pemain sendiri la kan,
bergantung juga persediaan untuk dorang menghadapi perlawanan tu
Sama-sama kita doakan pasukan Malaysia mengekalkan prestasi ni sampai bila-bila
tgk live kat astro arena
ada peningkatan
Wan Perlis recently posted..Ruang Iklan Untuk Disewa
A ah,peningkatan yang memberangsankan setakat ni
harap-harap prestasi ni akan berkekalan
harap-harap begitulah..jgan mula2 jer pastu adehhhhhhh..
yap,
memang kena kekalkan prestasi ni sampai bila-bila
yes..
hehee :8
mALAysia Boleh
boleh….Malaysia Boleh
tahniah… Malaysia kembalikanlah kegemilangan….
Pasukan Malaysia perlu mengekalkan prestasi ni buat selama-lamanya
Wah, tahniah buat Malaysia. Harapnya konsistenlah kemajuan pasukan Malaysia ni.
amirulfaiz recently posted..Petai- Seikat RM1
Ni la yang di tunggu-tunggu,pasukan Malaysia akan mengembalikan zaman kegemilangan macam dulu