You are here: Home /Pedoman /MANA LEBIH BAIK MENIPU ATAU DITIPU

MANA LEBIH BAIK MENIPU ATAU DITIPU

by wazy on July 5, 2010 · 39 comments in Pedoman

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditipu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri. Dua perkataan yang bunyi lebih kurang sama. Tetapi yang jelas, kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya. Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita?

width=

KAK PAH TERTIPU

“Sudah dikecek, dikecong pula.”

Peribahasa di atas bermaksud, kena tipu lebih dari sekali. Amat malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalu sebagai panduan pada masa mendatang. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain. Menyalahkan takdir seperti juga menyalahkan Allah. Takdir itu tidak akan berlaku sekirannya, kita mengambil iktibar di atas perkara lepas. John Santayana pernah berkata, “Celakalah manusia yang mengulangi kesilapan yang pernah sejarah ceritakan.”

Kenyataan John Santayana ini disebenarnya telah disuarakan sendiri oleh Nabi Muhammad pada 1500 tahun lalu. Kata baginda, “Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang” (Sahih Muslim). Apakah segnifikannya hadith di atas terhadap diri manusia? Hadith tersebut mengajar manusia bahawa kehidupan seseorang muslim yang mukmin, seharusnya terhindar dari melakukan kesilapan yang sama lebih dari sekali. Kerana ia melambangkan kebodohan dan kecuaian. Sedangkan Islam membawa panji kebijaksanaan dan keberhatian yang membawa kepada kebaikan kepada semua makhluk.

“Orang yang bijak itu nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda, Manakala orang yang jahil itu nampak kecil walaupun umurnya sudah tua.”

Ayat di atas bukanlah hadith atau dalil-dalil yang dapat menghujahkan hukum. Ia cumalah sebuah ungkapan syair yang saya petik dari ribuan syair berbahasa Arab. Syair ini menggambarkan bahawa kebijaksaan itu tidak datang pada yang tua atau muda. Ia bergantung kepada manusia itu sendiri. Sama ada mahu menjadi Bijak atau Jahil. Beruntunglah mereka yang bijak dan mukmin, kerana mereka tidak akan menipu dan tertipu.

SAYA GURAU SAHAJA

“Siapakap senohong, Gelama ikan Duri, Bercakap bohong, lama-lama mencuri.”

Bohong atau menipu adalah dua perkataan yang sama maknanya. Orang-orang Melayu dahulu, sangat kreatif dalam membina peribahasa. Ungkapannya indah, halus bunyinya dan mendalam isinya. Bohong atau menipu, membawa impak besar kepada diri yang menipu dan juga orang sekelilingnya. Kerana menipu bukan sahaja membawa impak negatif diri penipu, tetapi kadangkala memberi kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa jua, adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam.

Sehinggakan Rasulullah menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam. Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith, “Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia.” (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)

Moga kita tidak termasuk dikalangan orang yang menipu dan tertipu. Kerana orang yang bergantung harap kepada Allah, dan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang mukmin, pasti tidak akan menipu atau tertipu. Artikel ini diharapkan dapat memberi teguran dan peringatan untuk kita bersama, termasuklah kepada diri penulis. Kepada Allah segalanya dikembalikan..

Kredit kepada : Yussamir

 Banner

{ 37 comments… read them below or add one }

suri MALAYSIA Internet Explorer Windows July 5, 2010 at 11:49 PM

salam
suri sokong degan peribaha ni“Siapakap senohong, Gelama ikan Duri, Bercakap bohong, lama-lama mencuri.”

dri itu kita kenalah biasakan diri kita bckp benar.kelak kalu dah terbiasa ckp bohong nnti org tak suka dan percaya pd kita lagi.

jgn suka mencipta mslah klak diri ndri yg rugi

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:37 PM

Yer betul tu Suri,sekali kalau dah menipu,orang takkan percayakan kita lagi

Reply

RedBoy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 12:01 AM

alaa bro.. aku baru nak buat post pasal nih.. sumpah tengah hari tadi memang niat nak buat tapi setelah baca ni, alamak tak jadi lah.. nanti sama plak.. takpa la.. huhu :’(
RedBoy recently posted..Memasang Widget Top Post dan Top KomentatorMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:37 PM

erkkk ko pun ada buat entri pasal ni ke

Reply

RedBoy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 7:42 PM

baru nk buat.. takpelah..<- baca dengan nada yang sedih…
RedBoy recently posted..Memasang Widget Top Post dan Top KomentatorMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 11:50 PM

rileks la bro,buat je entri ni erk

Reply

RedBoy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 7, 2010 at 2:41 PM

takpelah.. huhu
RedBoy recently posted..Memasang Widget Top Post dan Top KomentatorMy Profile

Reply

x-po MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 12:17 AM

aku kalau ada org yg tipu aku, mmg lps tu aku dh xkn percaya lg dh..bkn tak percaya lgsg, tp susah nk percaya lg
x-po recently posted..EGOKAH JIKA TETAP PENDIRIANMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:37 PM

betul tu bro

Reply

apiih MALAYSIA Google Chrome Windows July 6, 2010 at 12:18 AM

tak baik menipu..berdosa..ahahaha
apiih recently posted..Perompak Ditangkap Angkara Facebook-nyaMy Profile

Reply

ezany MALAYSIA Google Chrome Windows July 6, 2010 at 1:05 AM

tapi orang kita suka guna istilah tipu sunat.. hehe.. camne tu ek..

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:38 PM

Ermm yang tu tatau la macam mana,tipu bersebab kot ,hehehe

Reply

AyieBlog MALAYSIA Google Chrome Windows July 6, 2010 at 12:36 PM

Salam,bohong sunat ada tak erk?? hehehe

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:38 PM

Waalaikumsalam wbt..

Hehehe xde la bro

Reply

eiyda MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 1:22 PM

pernh gak la menipu kalo da terpaksa…tapi mang pantang la bila orang menipu ni..huhu..
eiyda recently posted..Babai MessiHai2 Fernando TORRES -My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:38 PM

Hehehe sesekali takpe la,jangan selalu ,ye tak ? :cool:

Reply

Thoha MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 3:01 PM

sifat suka menipu ini sati sifat yang dibenci oleh semua orang..semoga kita semua dijauhkan dari mempunyai sfat buruk ini..
dan janganlah pula kita menjadi orang yang bodoh kerana mudah sekali ditipu.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:41 PM

Harap-harap macam tu la bro

Reply

azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 3:24 PM

tipu menipu ni memang x elok..tp kalau dlm keadaan terdesak demi keselamtan diri..tipu pon jalan….
azizan4444 recently posted..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam DilemaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:44 PM

Bergantung pada situasi jugak bro,tu yang tibul tipu sunat

Reply

suri MALAYSIA Internet Explorer Windows July 7, 2010 at 10:40 PM

kiki..hahaha ada sorak apa2 ekk :o :

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 7, 2010 at 10:49 PM

hehehehe sorak pasukan pilihan kat worldcup ek,hik hik hik

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 4:43 PM

Owhh ko ade pengalaman gak eh kene tipu dengan member,hmm sabar je la

Reply

etomyam MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 8:36 PM

bahaya jugak menipu ni…tipu untuk jaga hati pun tak boleh ek hehehe..bohong sunat kita tak der lah tu :)
etomyam recently posted..Kalendar Islam Malaysia Tahun 2011 dan 2012My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 6, 2010 at 11:51 PM

Tu la bro,lebih baik jujur dari menipu kan :D

Reply

aminbeb MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 7, 2010 at 12:12 PM

wah power betul artikel ni. harap2 ramai lah yang tersedar akibat perbuatan yang tak bermoral itu. Menipu itu amalan syaitan :p
aminbeb recently posted..Aku Sedar Siapa Aku – Full VersionMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 7, 2010 at 9:11 PM

salam bro…

Terima kasih sebab sudi komen kat blog ni,rasa terharu lak,hehe,harap-harap macam tu la,dengan adanya artikel ni,semoga ramai yang terhindar dari perbuatan menipu ni

Reply

suri MALAYSIA Internet Explorer Windows July 7, 2010 at 10:40 PM

:p bahaya tu..takut jap..minta dijauhkan le yee

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 8, 2010 at 12:38 AM

tu la,tak baik kalau menipu ni

Reply

RozaniGhani MALAYSIA Google Chrome Windows July 8, 2010 at 12:34 AM

tipu balik orang yang tipu kita. kira 0 – 0.
RozaniGhani recently posted..Percubaan Mengikut Tutorial Etomyam- Floating Social Bookmark Gaya MashableMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 8, 2010 at 12:37 AM

ok jugak tu,sama-sama kene tipu

Reply

mancai MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 8, 2010 at 1:17 PM

kehidupan sekarang amat praktikal… sepengalaman aku orang yang menipu selalu si sanjung orang yang jujur selalu di pijak.. pernah aku tanya kat bos aku dulu pasal apa jadi macam tu… dia kata senang je… orang pandai menipu boleh jadikan dia duit… pasal dia pandai nak pusing2 cerita.. orang yang jujur ni tak makan gajilah korang nanti… eh macam tu pulak….

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 8, 2010 at 5:29 PM

erkk biasanya orang yang menipu ni kira pandai carik makan kan bro,hmm dunia dunia ..

Reply

kulanz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 9, 2010 at 12:03 AM

Banyak manfaat entri ni..
kalau ikutkan, mmg dua2 tak baik..
jadi utk elakkn diri kita atau orang lain ditipun, kena elakkan menipu..
kulanz recently posted..Selamat Jalan Therapy Woo ThemesMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 9, 2010 at 12:29 AM

Betul tu bro,sama ada menipu dan ditipu,memang tak digalakkan,kelak makan diri sendiri nanti

Reply

boboiboy MALAYSIA Google Chrome Windows November 24, 2011 at 1:34 PM

klau mnipu demi kebaikan/keselamatan kite ape pulak hukumnye erk??

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows November 24, 2011 at 3:05 PM

Terpulang pada individu tu tersendiri,tapi kalau boleh tak elok la nak menipu ni

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: