You are here: Home /Pedoman /Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian

Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian

by on October 7, 2011 · 24 comments in Pedoman

Assalamualaikum..

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud:

“Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.”

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.”


Gambar dari Google

Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.

Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;

1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.

2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.

3.  Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.

4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.

5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud;

“Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama).”

Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya ‘Bekalan kepada Para Da’ie’ ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian

1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.

2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da’ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah.

3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.

4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.

5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.

6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.

7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.

8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilah Ilallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.

Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya.

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim
Sumber : Portal Mukmin

 Banner

{ 24 comments… read them below or add one }

Pacifista Mozilla Firefox Windows October 7, 2011 at 1:53 AM

dalam hidup ni,kalau takdenya ujian dari Allah swt,takkan ada nikmatnya bila kita dapat rahmat dari Dia.ujian tu pun satu nikmat jugak :D
Pacifista recently posted..Seniman Menangis…My Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows October 7, 2011 at 10:30 AM

tepat sekali tu bro
sehebat mana pun ujian tu,kita kena sabar dan tabah menghadapinya

Reply

luahfikiran MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 7, 2011 at 8:02 AM

SALAM,
TKASIH ATAS PERKONGSIAN INI. KEMEWAHAN DAN KESENANGAN JUGA MERUPAKAN UJIAN !

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows October 7, 2011 at 10:30 AM

Waalaikumsalam
sama-sama

Reply

Denaihati MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 7, 2011 at 12:04 PM

sama2 kite menghadapi ujianNye.
Denaihati recently posted..Budget Malaysia 2012 perhatian untuk @NajibrazakMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:44 PM

Insya Allah…mudah-mudahan dapat kita hadapinya dengan tabah

Reply

zack MALAYSIA Google Chrome Windows October 7, 2011 at 12:35 PM

Hidup yang mewah… masa yang lapang juga adalah ujian daripadaNya :)

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:45 PM

betul tu

Reply

juanita Mozilla Firefox Windows October 7, 2011 at 4:36 PM

Ujian adalah penanda aras kitee..kan cikguuuuu:D
juanita recently posted..Saya sudah tidak tahan……My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:48 PM

betul betul betul

Reply

MDHAFiZ.NET Google Chrome Windows October 7, 2011 at 6:26 PM

tatkala Allah merindui hambaNya maka berkata lah Dia kpd Jibril..
wahai malaikatKu..carilah hambaKu..lalu timpakan lah dia dgn ujian..
karena aku ingin mendengar rintihan hatinya kpdKu….

:)
MDHAFiZ.NET recently posted..Australia Vs Malaysia 2011 (International Friendly Match)My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:45 PM

terima kasih bro :)

Reply

Kerja Kosong Google Chrome Mac OS October 7, 2011 at 8:26 PM

Ujian tu adalah satu step untuk kesuksesan..
Kerja Kosong recently posted..Johor 3-Star Hotel Job Vacancy 2011 as Hotel ManagerMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:45 PM

betul..setuju dengan pendapat bro

Reply

titan MALAYSIA Google Chrome Windows October 7, 2011 at 11:40 PM

setiap hari, pasti ada ujian menanti.. :)
titan recently posted..Kenduri Gol AustraliaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:46 PM

dan kita harus bersiap sedia :)

Reply

Juan Google Chrome Windows October 8, 2011 at 3:04 AM

manusia itu lebih bernilai setelah diuji
Juan recently posted..Nasi Goreng USAMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:46 PM

tepat sekali bro

Reply

ahmad kamil MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 8, 2011 at 12:00 PM

Semoga kita tabah dan sukses mengharungi ujian dari-Nya. InsyaAllah. ;-)

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:47 PM

Insya Allah..
amin

Reply

amirulfaiz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 8, 2011 at 1:03 PM

Seringkali, ujian dalam bentuk kesenangan, kemewahan, itu ujian yang paling susah. “Monyet tak jatuh dari pokok kerana angin kencang, tapi monyet jatuh kerana angin sepoi yang membuatkan monyet tertidur”. Tak pasti dari mana aku dengar kata-kata itu. :)
amirulfaiz recently posted..Rumah Persinggahan di KebunMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:47 PM

menarik kata-kata tu bro

Reply

Hisyam AUSTRALIA Google Chrome Windows October 9, 2011 at 5:38 PM

Allah tidak akan memberi ujian di luar kemampuan kita.
Hisyam recently posted..Dikir Barat Rap La PulakMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 5:47 PM

betul tu
ada hikmah disebalik ujian tersebut

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: