You are here: Home /Coretan Harian /Mimpi

Mimpi

by wazy on January 15, 2010 · 14 comments in Coretan Harian

Hmm dah 2 hari lepas aku bermimpi,persoalan tentang mimpi ni masih terngiang-ngiang kat kepala aku.Adakah petanda baik atau pun buruk bakal melanda .

Di dalam mimpi tu,Aku tersesat di dalam sebuah perkampungan yang terpencil,puas juga aku mencari jalan keluar,tapi masih tak jumpa.Kemudian boleh terjumpa seorang pakcik yang bila aku amati betul-betul,macam aku kenal,tapi siapa ??? Dan boleh pula dia memangil namaku,iskk ….dengan rasa ingin tahu aku terus menuju ke pakcik tu.Kemudian dia hilang begitu sahaja.

Puas juga aku mencari di sekitar kampung tu,masih tak jumpa pakcik tu.Dan tiba-tiba aku di kejutkan dengan suara aneh.Lantas aku pun berlari ketakutan lalu tersadung jatuh ke tanah sebab tak perasan tersepak akar pokok.Bila aku cuba bangun…badanku berasa seperti di pijak oleh seseorang.Ahhh betapa sakitnya masa tu.Aku nak menjerit pun tak dapat,sebab mulut ku ditutup dan aku dibelasah bertubi-tubi.Aku sangkakan ade seorang je pemuda tu,sekali datang lagi 6 orang pemuda.Hanya tuhan je la yang tahu aku keadaan aku masa tu …Last skali aku tersedar dari mimpi…adeh….mengucap panjang aku,nasib baik la tu mimpi je..fuhhh

Kemudian aku wat la research skit pasal mimpi ni.Dan ada yang mengatakan :

Itulah mimpi, hanya khayalan yang bermain disekitar kotak minda manusia semasa tidur. Namun khayalan itu juga boleh jadi suatu petanda, atau juga hanya sekadar mainan orang tidur, semuanya atas keizinan Pencipta Yang Maha Esa.

Kesinambungannya lagi

Dikatakan, mimpi ni berkait dengan Rapid Eye Movement (REM) stage, biasanya dalam tempoh awal pagi sebelum kita bangun tidur. Tapi tu tak semestinya, sebab tidur siang pun ada REM stage dan boleh jugak mimpi, cuma itulah tempoh kebiasaannya iaitu sebelum waktu subuh. Dalam tempoh REM stage ni, long-term memory akan diaktifkan. Tapi semakin tua macam Pak Nik ni, REM stage semakin kurang dalam tidur. Yang paling banyak REM stage dalam tidur ialah baby, sebab otak mereka baru sedang nak develop. Jadi ni saya nak pesan kat anak-anak, kalau balik rumah nanti tengok baby tengah tidur, jangan kacau nanti takut ganggu otak dia nak develop pulak, susah

Dalam kehidupan, kadang-kadang kita akan merasa situasi pengalaman yang sebijik sama dengan yang dalam mimpi kita. Anak-anak pernah merasa, saya pernah merasa, dan kebanyakan orang mengalaminya, tapi keadaan ni masih dianggap pelik bagi kita semua kerana kita manusia normal yang biasa. Dalam ilmu psikologi, ia dibincangkan dalam Teori Déjà Vu. Teori ni sangat popular sampai pernah diadaptasikan dalam filem, pelakon Denzel Washington pun ada berlakon. Tapi teori adalah sesuatu yang tidak sahih, boleh jadi benar boleh jugak jadi salah, jadi memadailah dengan hanya menganggap ia sebagai satu pengetahuan saje

Tapi kalau bercakap pasal mimpi, saya tak suka sangat kaitkan dengan ilmu medik dan psikologi sebab itu hanya berasaskan penilaian manusia yang mungkin kurang tepat. Dulu masa saya belajar medik kat satu tempat tu, seingat saya perihal mimpi ni tak pernah pun disentuh secara langsung. Walaupun sangat banyak saintis yang nak kaji pasal mimpi sebab mereka punya minat yang tinggi pada benda-benda macam ni, tapi sebab otak manusia terhad, manusia masih tak mampu untuk memahami mimpi secara tepat. Pandangan saintis hanya dianggap sebagai teori semata-mata, tidak ada pembuktian yang jelas

Namun kita alhamdulillah, punya Al-Quran dan As-Sunnah yang banyak menceritakan tentang mimpi untuk dijadikan rujukan, dan kedua-duanya tidak boleh disangkal lagi kesahihan dan kebenarannya. Mesti anak-anak ingat lagi satu kisah pasal Nabi Yusuf dalam Al-Quran.
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia”. Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu ta’bir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar). Surah Yusuf : 4-7

Tengok bagaimana Allah mengajar Nabi Yusuf tentang ilmu ta’bir mimpi, dan mengurniakan mukjizat tanda kerasulan Nabi Yusuf. Itu semua melalui mimpi, tercatat dalam kitab suci Al-Quran.”

“Betul, mak selalu cerita kisah Nabi Yusuf,” Ahmad setuju.

“Dalam Islam, mimpi ada tiga macam jenis. Ru’yaa iaitu mimpi baik yang datang daripada Allah, Hulum iaitu mimpi buruk yang datang daripada syaitan, satu lagi adalah mimpi kehidupan seharian yang bermain-main di fikiran kita masa tidur, yang macam sesetengah orang cakap sebagai ‘mimpi mainan tidur’.”

“Saya pun ada sikit kisah dulu-dulu yang nak dikongsi pasal mimpi ni, yang saya rasa macam pelik jugaklah kalau difikirkan. Tapi yang lucunya, sebab time tu zaman budak lagi, sekolah rendah. Time tu, kami adik-beradik selalu main game Hercules kat komputer abah. Pastu sampai satu stage ni, masa nak lawan Centaur (half-man, half-horse), terus takde idea camne nak lawan. Punya la banyak cara guna takleh jugak menang. Hari-hari cuba, kalah jugak. Pada satu malam tu Saya mimpi satu-satunya cara nak kalahkan Centaur. Naik atas blakang kuda tu dan tikam. Pastu esok bangun, Saya ajak abang saya main, dan kami cuba cara tu, tengok terus menang. Heh. Takpelah, selingan saje tu.”

“Ouh macam tu,” kata rakan saya.

“Tapi kenapa macam tak pelik je yang cerita ko kecik-kecik dulu tu?” Ahmad tanya.

“Tu la pasal. Tak pelik malah tak lucu pun,” Ali menyampuk.

“Heh. Dah lewat ni. Awan pun nampak macam dah nak gelap tu. Anak-anak baliklah rumah dulu, nanti risau orang tua nanti. Kirim salam kat kakak ye. Hehe..” Sekian cerita.

Daripada Abu Hurairah Rasulullah bersabda,
Mimpi itu tiga bahagian iaitu berita gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian, dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan”
(Hadith riwayat Ahmad no. 359 Jilid 2).

Daripada Abu Hurairah Rasulullah bersabda,
“Apabila zaman mendekati hari kiamat maka tidaklah mimpi seorang muslim itu dusta”
(Hadith sahih riwayat Bukhari dalam Fathul Bari no. 404 Jilid 12 dan Muslim no. 1773 Jilid 4).

Daripada Abu Hurairah Rasulullah bersabda,
“Janganlah menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim dan orang yang sering memberi nasihat (iaitu orang soleh)”
(Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ad-Darimi dengan isnadnya sahih di atas syarat syaikhain).

Dalam Islam kita diajar oleh Rasululah untuk melakukan seperti berikut jika mendapat satu mimpi yang buruk,
Mimpi baik itu dari Allah dan igauan buruk (termasuk mimpi basah) itu dari syaitan maka barangsiapa yang mendapati sesuatu yang dibencinya dalam tidurnya (mimpi) maka hendaklah meludah tiga kali di kirinya dan berta’auz (meminta perlindungan) dari Allah dari keburukan mimpinya dan sesungguhnya tidaklah mimpinya itu akan memudharatkannya”
(Hadith sahih riwayat Bukhari no. 371 Jilid 12 dalam Fathul Bari dan Muslim no. 1771 Jilid 4).

Itu la serba sedikit pasal research yang aku buat untuk mimpi ni.Kesimpulan yang boleh aku buat,mimpi ni hanya mainan je ketika tidur.Bagaimana pula pendapat rakan-rakan sekalian,sudi-sudikan la bagi komen kat sini yer

 Banner

{ 14 comments… read them below or add one }

cik aina MALAYSIA January 15, 2010 at 10:06 AM

tapi aina suke kacau baby tido..sebab kiuttt bangat!

lg satu..aina ni pantang tido..konpem mimpi..hurm,
mlm tadi mimpi hantu lagi..uwaaaaaaa

Reply

Wazy MALAYSIA January 15, 2010 at 10:15 AM

@cik aina,
Uikss kalau kacau baby tido,dia tak terjaga ok la ,err mimpi hantu ke,isk3
.-= Wazy´s last blog ..Mimpi =-.

Reply

hBz MALAYSIA January 15, 2010 at 1:24 PM

banyak nye.memang betul2 kaji ni. ya. memang lumrah.kala mimpi ni, mesti kita akan jaga2.memang mimpi tu mainan tidur. tapi, kadang2, ada juga yang kata, itu adalah petunjuk.entahlah. doa la banyak2.

dah 99% ok ke bro? tak tanye sampai bila macam ni
.-= hBz´s last blog ..tips untuk naikkan traffic blog di alexa. from newbie. =-.

Reply

Wazy MALAYSIA January 15, 2010 at 2:51 PM

@hBz,
Basalah bro ,kadang-kadang kene gak wat kajian tentang mimpi,nak tahu gak kan baik atau buruk dia.

pasal blog ni alhamdulillah arini ok je
.-= Wazy´s last blog ..Mimpi =-.

Reply

botak u.tiram MALAYSIA January 15, 2010 at 11:34 PM

a`kum

rasanya tak susah nak tafsirkan mimpi….mimpi yang anda kena tuh semua umat islam yang ader 6 perkara asas dalam iman walaupun ader yang tak tercapai dah pernah merasakan nya dalam kata lain kene hempap la menjerit sekuat maner pon takder saper nak tolong….lepas mengaku yang nabi muhamad tuh pesuruh allah dan tiada tuhan melainkan allah baru la tersedar dari mimpi..persoalannya..dapatkah anda bayangkan jikalau itu yang terjadi apabila jasad dan badan terpisah dalam jangkamasa yang amat panjang sebagaimana tuhan menciptakan alam ini dalam hari yang teramat lama dalam kiraan dunia apabila dihitung baik dan buruk setelah kiamat?tak heran la kalau nak kata mimpi tuh mainan tidur ke betol ke..pasal penat ke…sbb mimpi itu penunjuk agar esok hari bukan lah hari penamat untuk segala mimpi2 itu…kita berjuang untuk kearah kiamat dan yang paling penting kita adalah umat nabi muhamad penamat hari kiamat yang mengisi kekosongan syurga dan akhirat..(ya allah ya tuhan ku..ku mohon kau perluruskan jalanku menuju pintu syurgamu…amin)

Reply

Wazy MALAYSIA January 16, 2010 at 2:52 AM

@botak u.tiram,
Waalaikumsalam wbt,terima kasih bro kerana sudi memberi komen yang sungguh lengkap dan panjang ni,diharapkan bro akan sentiasa dilimpahi rezeki yang murah oleh Allah swt

Reply

azizan4444 MALAYSIA January 16, 2010 at 6:49 AM

pnjng nye..bgs info ni..hehe,,org tua ckp, klu mimpi tu sekerat jln,mknye kite terjaga dr mimpi tu,mnurut dorang mimpi tu x akn mnjdi kenyataan..tp klu mimpi kita sempurna akn jd kenyataan…aku pon x taw gak btol ke x.haha
.-= azizan4444´s last blog ..Tips Untuk Lelaki Kurang Hot Tapi Cool =-.

Reply

Wazy MALAYSIA January 16, 2010 at 7:08 AM

@azizan4444,
Hehe bukan selalu beb dapat wat entri panjang ,keke,banyak gak teori tentang mimpi ni,terpulang pada kita la kan kan kan
.-= Wazy´s last blog ..Mimpi =-.

Reply

azizan4444 MALAYSIA January 16, 2010 at 7:17 AM

@Wazy, tu la psl..tp aku x pena mimpi smpai abes..ad je yg mnggngu..br nk dpt feeling da jaga..hahaa
.-= azizan4444´s last blog ..Tips Untuk Lelaki Kurang Hot Tapi Cool =-.

Reply

Wazy MALAYSIA January 16, 2010 at 7:29 AM

@azizan4444,
Hehehe sebab time tu mak ko kejut suh makan tengah hari kot,tu pasal ko terjaga ,hehehe aku dulu cmtu gak la
.-= Wazy´s last blog ..Mimpi =-.

Reply

mohdisa MALAYSIA January 16, 2010 at 7:12 AM

wah, info yg menarik mengenai mimpi. tapi harus diingat mimpi hanya mainan tidur semata-mata. tp aku selalu mengharapkan mimpi menjadi kenyataan. dari mimpi juga terbina satu impian yang membuatkan aku lebih berusaha. :)
.-= mohdisa´s last blog ..Banner Wish Contest – Jom Kenal Apa Itu Banner =-.

Reply

Wazy MALAYSIA January 16, 2010 at 7:19 AM

@mohdisa,
Terima ksih bro sebab sudi bagi komen,dari mimpi tu la sebuah impian menjadi kenyataan kan.kene berusaha untuk mencapai impian tersebut :)
.-= Wazy´s last blog ..Mimpi =-.

Reply

Mr. Cuz MALAYSIA January 16, 2010 at 7:52 AM

lebih kurang mcm mimpi aku gakkan ni bro..ahakz..mimpi ni best klu kene gayanya..yg tak best klu mimpi seram..

ko dah boleh jd bapak ni..ade anak mmg kene jage btl2 la untuk tumbesaran otaknya..wakaka
.-= Mr. Cuz´s last blog ..Financial Management For Student =-.

Reply

Wazy MALAYSIA January 16, 2010 at 7:58 AM

@Mr. Cuz,
HUhuhu dalam mimpi tu aku rase ade maksud yang tersirat dan tersurat la,kalau mimpi seram tu,err jarang gak ,tp mintak dijauhkan la.

Huhu kalau dah kawin ok la :P leh jaga anak betul-betul terutama dari segi tidur dia tu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: