Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.

Pelinciran yang kerap:
Minyak pelincir mengalir turun ke takungan dibahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburetor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap. Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk. Penzoil ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.
Perlindungan daripada asid yang menghakis:
Wap dan gas dihasilkan apabila petrol atau bahanapi membakar. Apabila enjin yang panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis disekeliling lingkaran (enjin), selinder, dan omboh. Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu terhakis atau berkarat. Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan sekiranya ada pelinciran yang kerap.

Menjaga kebersihan enjin selalu:
Pembakaran petrol atau bahanapi juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya tidak terkumpul ditepi-tepi ruang pembakaran sehingga menganggu penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan kuasa.
Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali, harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila minyak enjin ditukar.
Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal didalam enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal itu akan menghakis bahagian enjin.
Apabila ini berlaku, mintalah mekanik anda supaya memasukkan pennzoil kedalam enjin. Kemudian anda saksikan warnanya apabila ditukar nanti. Anda akan mendapati warnanya hitam kerana minyak itu dapat membersihkan bahagian-bahagian yang dilekati bahan-bahan berkenaan. Pembersihan ini hanya dapat dilakukan oleh minyak yang bermutu.
Kredit : http://tipspenjagaankereta.blogspot.com/2011/04/minyak-enjin-apa-yang-harus-diketahui.html





{ 24 comments… read them below or add one }
saya tak pandai bab minyak enjin cuma cukup kilometer saya tukar…saya nak tanya wazy tentang ada orang komen tetapi entri itu tak wujud…contohnya paling baru komen tentang pesta buku antarabangsa tapi kami tak ada “pesta buku antarabangsa”….
azura recently posted..Selamat Hari Ibu Esok
@azura,
owhh ok jugak kalau baut gantian minyak hitam secara berkala
maksudnyer komen macam mana tu yer
@wazy, lebih kurang macam nila…komen dihantar berdasarkan gambar sahaja, contoh saya letak banner pesta buku…so, bila kita klik komen paparan hanya keluar gambar pesta buku dan komen…masalahnya, macam mana hanya berdasarkan gambar boleh hantar komen…yang lagi pelik…komen itu takkan terpapar di mana-mana entri…
azura recently posted..Selamat Hari Ibu Esok
@azura,
owhh macam tu
saya rasa kena asingkan banner dengan komen tu
@wazy, asingkan macam mana yer…
azura recently posted..SMS dari Kementerian Pembangunan Wanita- Keluarga dan Masyarakat
@azura,
boleh print screenkan tak
nanti saya tengokkan
@wazy, saya tak faham macam mana saya nak print screen bagi wazy tengok…nanti wazy kena ajar satu ke satu…menyusahkan pulak…takpelah selagi tak rumit saya let go jela…tq wazy, nanti ada toturial kat blog nih saya belajar lagi k…
azura recently posted..SMS dari Kementerian Pembangunan Wanita- Keluarga dan Masyarakat
@azura,
owhh ok
kalau perlukan bantun saya,boleh send email kat pages http://www.wazy84.com/hubungi-saya
info yg sgt berguna. tp rasanya kalau keep on pakai RON95 pon, mesti enjin payah nak dijaga =(
Ekspresi Ruang recently posted..Ibu Pejabat Nuffnang di Kuala Lumpur Bertambah Besar dan Funky
@Ekspresi Ruang,
Terima kasih bro
tu la ,kena guna yang stabil dan murah
janji kualiti terjamin
@wazy, Kadang2 kena jugak bertukar pakai ron97 untuk bagi enjin bersih sikit.
Hisyam recently posted..Pekerja Fikir Dan Tak Fikir
@Hisyam,
ha ah
betul gak tu
dua jenis minyak ni ada kegunaan tersendiri
info terbaik
sapa pandai jaga enjin, konfirm 100 tahun boleh guna lagi..hehe
syahrilhafiz recently posted..Wallpaper Panorama & Alam Semulajadi
@syahrilhafiz,
sama-sama bro
ha ah kalau pandai jaga
sampai ke anak cucu cicit pun boleh guna lagi kereta tu
wah, info baik bagi mereka yang malas nak check enjin kereta.
ohcikgu recently posted..Fakta- Kebaikan dan kelebihan Jagung yang anda tidak tahu
@ohcikgu,
Thanks
memang info ni amat berguna
menjaga enjin kenderaaan memang perlu dan kalau boleh berkala… info sempoi bro… tq2
@mancai,
sama-sama bro
Tip berguna..

aku tukar minyak hitam bila 80 % hampir pada Km yang dinyatakan
dnoBiz recently posted..Hukum Hudud – Qarinah sebagai ganti 4 Saksi
@dnoBiz,
aha
ok gak tu
yang penting guna minyak hitam berkualiti
saya tak der kereta hee..tapi dok sebelah penumpang adalah heee…
sesekli kita sbg tuan kena gak paham karenah dan keperluan kereta..kku tak sush kita nak jaga ketera kita supaya tahan lama
@suri,
cun gak kalau ajdi penumpang ..hehehe
a ah memang kena jaga elok-elok terutama dari segi minyak enjin ni la
thanks bro atas perkongsian ni. dah bertahun2 drive tapi pengetahuan tentang minyak pelincir takde langsung..
Amirez recently posted..Cuaca Panas Disebabkan Ribut Aere
@Amirez,
sama-sama bro
lepas ni sama-sama la kita jaga minyak pelincir kat kereta ni ek