ROM – Syarikat pengeluar motosikal terkenal dunia, Harley-Davidson menjual syarikat motosikal berkuasa tinggi MV Agusta yang pernah dibeli oleh syarikat Proton dari Malaysia pada harga satu euro (RM4.01), lapor majalah dalam talian, Motorcycle.com.
GAMBAR menunjukkan Claudio Castiglioni (kanan) dan anak lelakinya, Giovanni Castiglioni yang kini mengendalikan semula jenama MV Agusta.
Menurut majalah itu baru-baru ini, Harley-Davidson menjual MV Agusta kepada Claudio Castiglioni dari Itali.
Majalah itu melaporkan, ia bukannya kali pertama syarikat MV Agusta dijual pada harga satu euro.
Pada 2005, syarikat pengeluar kereta Proton yang memiliki saham majoriti Lotus menjual pemilikan MV Agusta kepada sebuah syarikat kewangan Itali, GEVI SpA pada harga sama.
Pengumuman penjualan itu didedahkan pada awal bulan ini tetapi harga penjualannya cuma didedahkan baru-baru ini.
Keluarga Castiglioni sebelum ini pernah memiliki MV Agusta.
Harley-Davidson telah membelanjakan AS$109 juta (RM342.42 juta) untuk memiliki MV Agusta termasuk AS$70 juta (RM219.90 juta) untuk melunaskan hutang yang wujud.
Syarikat itu telah menumpukan perhatian untuk memotong kos dan memperkemaskan perniagaannya.
Pada Oktober tahun lalu, Harley-Davidson pernah mengumumkan bahawa ia merancang untuk menjual MV Agusta. – Agensi
Sumber : Kosmo











{ 18 comments… read them below or add one }
laarrr..aku ingatkan arbustus jam mahal tu..hu3
ChuyRy recently posted..Bulan Puasa Ada Toyol Jugak Rupanya
Hehehehe
ni motor la bro
bila la aku boleh sebut perkataan juta-juta neh! teringin juga. :8
DonHa recently posted..Permainan orang kafir
heheheh
ada rezeki ade la tu bro
tunggu jer
satu euro??? mau angkat sepuluh lah .itu mcam ..hehe
zik recently posted..Mengapa sahur itu penting
Hehehehe
ok gak tu bro
walaupun bertukar tangan namun motor ni tetap mengeluarkan produk…
Yup betul tu
produk terlaris dipasaran sekarang ni
La kalau aku tau… dah lama aku pergi beli… huh rugi.. rugi…
hehehh
sekarang pun sempat beli lagi bro
apa tunggu lagi
1 euro?. murah bukn??. btul ke ni.hahaha
acapz recently posted..Wallpaper Hari Merdeka Yang Ke-53
Hoho
tu la mula-mula amcam tak percaya je
tapi 1 euro tu
wah, tu mengalahkan harga lelong tu..
kulanz recently posted..Kekuatan sebenar terletak pada hati
tu la bro
harga dia tak munasabah,hehe
murah2…bila la pulak nak buat jualan longgok.. haha…

sanggup beli 10..
MR.Z recently posted..Kenapa Model MacBook Terlalu Mahal
Hahahha
kalau murah tu sesekali je ni
tak pe..beli buku cerita pun dah blh buat ku aman..
heheheh
ok gak tu suri