Assalamulaikum..
Saban hari kita menggunakan pelayar web untuk melayari laman web untuk menyemak email,laman sosial seperti Facebook,Google Plus dan juga Twitter untuk memnyelesaikan kerja atau berinteraksi bersama rakan-rakan atau keluarga.Tetapi tahukah anda,setiap pelayar web seperti Mozilla Firefox,Google Chrome,Opera dan Safari mempunyai keistimewaan tersendiri dalam melaksanakan pelbagai tugas seharian.

Sebelum itu,apa kata kita kenali dulu apa itu Pelayar Web , Browser atau Internet Browser.
Pelayar Web , Browser atau Internet Browser adalah sejenis software aplikasi yang digunakan untuk menterjemahkan data-data daripada WWW dan lain-lain web server ke dalam bentuk laman web, imej, video dan lain-lain kepada pengguna internet.
Data-data di dalam WWW dan lain-lain web server adalah dalam bentuk bahasa pengaturcaraan masing-masing. Di seluruh dunia terdapat beribu-ribu bahasa pengaturcaraan. Contoh bahasa pengaturcaraan yang biasa kita dengar ialah html, php, asp, jsp, java, perl dan lain-lain.
Contoh pelayar atau web browser yang terkenal sekarang ialah Firefox, Chrome, Safari dan Opera. Secara umumnya sesebuah web browser mempunyai beberapa ciri utama seperti tempat meletakkan URL, button-button penting seperti back, next, refresh, search, stop dan ciri asas seperti bookmark, feeds, pop-up blocker dan sebagainya.sumber dari LamanSesawang
Setiap web browser bersaing di antara satu sama lain untuk menarik pengguna internet. Setiap tahun mereka menaiktaraf web browser mereka dengan cara menambah ciri-ciri tambahan yang sesetengahnya dipanggil sebagai plug-ins ataupun add-ons.
Di sini saya akan ceritakan serba sedikit tentang pelayar web untuk kegunaan dan rujukan rakan-rakan sekelian.
Mozilla Firefox

Mozilla Firefox ialah pelayar web percuma dan sumber terbuka yang diturunkan dari Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation.Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD , OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS dan kini juga Windows XP Professional x64 Edition.Maklumat lanjut tentang Mozilla Firefox boleh rujuk di sini
Salah satu pelayar web kegemaran,dengan Mozilla Firefox yang terdapat lebih 6,000 add-ons untuk kemudahaa pelbagai fungsi dan kerja.Setakat ini tiada masalah untuk digunakan melayari laman web,email dan lain-lain.Dapatkan versi terkiniMozilla Firefox hanya di http://www.mozilla.org/en-US/firefox/new/
Google Chrome

Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit. Chrome pada julung kalinya dikeluarkan sebagai versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008, disusuli keluaran stabil awamnya pada 11 Disember 2008. Namanya berasal dari bingkai antara muka pengguna grafik pelayar web yang dipanggil “krom”. Tepat pada 1 November 2009, Chrome ialah pelayar web keempat terbanyak penggunaannya, dengan mencatat 3.6% dari penggunaan pelayar web seluruh dunia.
Chromium adalah projek sumber terbuka di sebalik Google Chrome dan dilepaskan atas kebenaran lesen BSD.Ia melaksanakan himpunan ciri yang sama, tetapi mempunyai logo yang sedikit berbeza.Sumber selebihnya boleh rujuk di sini
Terkenal dengan kepantasan yang memberangsangkan terutama jika kita menggunakan versi terkini.Menggunakan Extension untuk melengkapkan pelbagai fungsi bagi memudahkan melayari web dengan lebih pantas.Ramai pengguna menggemari Google Chrome ini.Dapatkan versi terkini Google Chrome hanya di http://www.google.com/chrome
Opera

Penggunaan pelayar web seperti Opera masih sedikit lebih baik. Hal ini terutama bila kita menilainya dari aspek keselamatan dan keselesaan. Sejak September 2005, versi percumanya telah bebas sebarang dari iklan (sebelumnya tergolong Adware).
Di samping memiliki ciri seperti Tabbed-Browsing, dukungan RSS dan sebuah pop-up blocker, Opera juga menawarkan identifikasi gerakan mouse (mouse gesture) untuk navigasi cepat, kemaskini automatik, menyimpan sesi pengguna serta satu e-mail client percuma.
Opera selalu menampilkan jendela ‘Transfers’ pada setiap download. Apabila anda merasa terganggu dengan jendela tersebut, buka jendela transfer melalui “Tools | Transfers”.
Klik toolbar ‘View’ pada jendela tersebut untuk memilih, apakah Opera hanya membuka jendela ‘Transfer’ di latar belakang atau sama sekali tidak menampilkannya pada saat ia memuat-turun sebarang fail.
Apabila anda ingin mengawasi mana-mana muat-turun, klik toolbar ‘Panels’.Seterusnya, klik tombol ‘Transfers’ untuk menampilkan jendela keterangan (sidebar) di sampingnya.Sumber dari Bro Zulkbo.Dapatkan versi terkini Opera di http://www.opera.com/
Safari

Ia menjadikan laman web pada kelajuan yang amat memberangsangkan. Safari juga sesuai dugunakan pada iPad, iPhone, iPod Touch, Mac, dan juga PC. Ia membawa anda ke laman web kegemaran anda dengan pantas.Ternyata prestasi pelayar web seperti Safari juga amat memberangsangkan.Dapatkan versi terkini Safari di http://www.apple.com/safari/
Sebagai kesimpulannya,setiap pelayar web seperti di atas mempunyai kelebihan tersendiri.












{ 46 comments… read them below or add one }
chrome yg kt ubuntu x masukkan sekali ke wazy..isk3..
wann recently posted..apa itu SOPA
hehehe
ni semua review untuk windows la
I’ve been using Chrome for quite some time now. I guess this is the best and lightest browser I ever used. What browser do you like the most?
Thanks for sharing all these stuff too!
-Ruben
Ruben P. recently posted..how to get a girlfriend
i like to use mozilla and chrome
peh…power la bro…
sampai kat komen pun ada tunjuk windows and browser ape bro guna…
guna plugin ape?
TopiJerami90 recently posted..BORANG PERMOHONAN POLITEKNIK 2012 BAGI LEPASAN SPM
guna plug in Comment Info Detector
http://hieudt.info/wp-plugins/comment-info-detector/
Info yang bagus. Personally aku suka Safari kerana UI nya yang terbaik. Dari segi fungsional, aku pilih Firefox. Untuk kepantasan, bertukar kepada Chrome
terima kasih bro..
tu la..setiap satu pelayar web ni ada kelebihannya
chrome. laju sikit banding firefox.
titan recently posted..Perangai macam Nobita.
terbaikk
lebih suka guna musang ekor berapi sebab banyak add-on nya tapi terpaksa guna chrome bila mozilla tak boleh digunakan..
iza recently posted..Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah.
ooo sama la ,kadang-kadang guna mozilla,bila hang ,tukar kepada chrome plak
dulu beria beria aku condemn Google Chrome selalu hang dok syor kan orang pakai FF, nah amik bagaikan meludah di langit kena kat muka sendiri..sekarang rasa selesa pakai GC..haha
syahrilhafiz recently posted..Mati Hidup Kembali
Heheheh
masa awal-awal kerap jugak hang guna google chrome tu,tapi bila dah keluar versi stabil memang best la kalau guna
masih dengan mozilla… yang lain kadang2 atau jarang2 sekali… tapi manapun yang kita guna pastinya paparan dan persembahan mempunyai kelebihan yang tersendiri… yang penting kepuasan si penggunanya… sekadar pendapat
mancai recently posted..menghadapi cabaran 2012
Betul tu bro..
==’ hurmmm…. kenapa tak all-in-one je, senang !
http://www.lunascape.tv
3 layout engine dlm satu browser, pilih je mana satu nak activate lol.. ada trident, webkit dengan gecko. Js engine tak tahu dia pakai aper.
btw, aku bencikan firefox pada sebahagiannya kerana nak install addon, kena restart browser. lagi satu, ia tidak laju pada startup. Kalau chrome, ia laju dna install addon mudah tapi kalau silap tweak dekat flash, mau sampai hanging satu PC…
Aizan Fahri recently posted..Aizan Explains : Reply Notification ? What The Fish ?!
terima kasih bro… menarik juga all in one tu
wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work!
terima kasih
Kalau kat Ubuntu, aku rasa firefox aku lagi laj. tp kalau kat windows, senang kena virus, aku pakai COMODO DRAGON. JYEAH! nama dia style. dia based on chrome tp disertakan sekali security tweaks dr comodo
gamep01nt recently posted..Poster SNSD Punya Movie
dah guna juga Comodo tu,boleh tahan juga la prestasinya
It has been two years since I’ve used mozilla and chrome and I think they are very useful. Although sometimes I prefer to use chrome, I also like mozilla very much. Which do you think is better?
Thanks for sharing.
Lea Dee
Lea Dee recently posted..How To Get A Girl To Like You
I think mozilla still the best one
saya selalu guna mozila firefox, dah terbiasa kot dari dulu..huhu kdg2 pun guna chrome

Wan Gerrard recently posted..Gambar Carlos Tevez di Mellwood
oo hehe sama la sesekali tukar jugak guna chrome
aku hanya minat firefox dan chrome sahaja
Juan recently posted..ServerFreak.com Realiti @ Mitos
Bagus la macam tu,sennag nak layari web
selalunya guna chrome dan mozilla aje. yang lain malas. IE just backup.
ohcikgu recently posted..Be there for you – Amirul Izwan
mozilla dan chrome memang terbaik,IE plak ,banyak guna kat laman web agensi kerajaan
Can any one help me? My firefox always prompt me to enable my JavaScipt! But I have already enable it! huhuhu I don’t know what to do!
Jewell T. Alamo recently posted..Apple TV 2 Jailbreak
Hmm,try uninstall then install back your mozilla firefox
my choice. mozilla first. chrome second. opera no answer. haha

acapz recently posted..ANON SMS BOMBER (Malaysia ONLY)
Hahaha nanti cuba la opera pula ek ,hehe
haha. opera slow la. aku pkai mmng slow gle. lawa2
acapz recently posted..ANON SMS BOMBER (Malaysia ONLY)
Aku masih setia ngan FF. Chrome guna utk produk Google je… yang lain memang pakai FF jelah…
shraqs recently posted..Wilayah Persekutuan
owhh sama la
kadang-kadang tukar angin jugak guna chrome
yg ade dlm lptop aku skrg- Mozilla, Chrome, Opera, Flock dan xlupa juga Internet Explorer..ngeh2
Haru recently posted..Servis Design & Printing Business Card
hehehe Internet Explorer aku dah jarang guna
aku guna gak…time bile aku terklik icon die..haha..

Haru recently posted..Servis Design & Printing Business Card
aku skg ni gemar pakai chrome, smooth je. tp kalau nak wat seo checker aku suka pakai mozilla lagi…lengkap…chrome masih lemah…opera plak…bg aku cam pemberat je…safari aku tak reti…sbb mmg takda dalam lappy aku..hehe
Mohd Isa recently posted..Ebook Teknik SEO Blog Percuma
mozilla memang best kalau kita nak semak seo
saya masih setia menggunakan FF, akses cepat!
software akuntansi laporan keuangan terbaik recently posted..ANTI VIRUS TERBAIK 2012
Bagus la kalau macam tu
google chrome juga baik, dan add on juga banyak,,
stmik banjarbaru recently posted..SOFTWARE AKUNTANSI LAPORAN KEUANGAN TERBAIK
yap betul tu,setanding juga dengan mozilla