Assalamualaikum
Di sini saya ingin memberitahu bahawa pada 12 dan 13 Februari 2011 KD Seri Medini akan mengadakan Pengambilan PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (PSSTLDM) Sesi 2011.Jika anda seorang yang inginkan cabaran dan berminat mendalami ilmu berkaitan laut,anda boleh pergi ke KD Seri Medini.Sebelum itu saya sertakan sekali maklumat tentang PSSTLDM supaya rakan-rakan yang lain faham tugas dan skop PSSTLDM.
PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
PENGENALAN
PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam PSSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.
SEJARAH
Sejarah Angkatan laut kita bermula sejak Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Ketika itu, Kerajaan Melaka telah menghantar armadanya untuk melindungi kapal dagang. Antara Panglima dan pelaut terkemuka pada masa itu ialah Laksamana Hang Tuah dan Bendahara Tun Perak yang berjaya menangkis serangan tentera laut Siam keatas pelabuhan Melaka. Semangat patriotik ini terus membara sehingga dijelmakan sebagai Straits Settlements Royal Navy Reserve (SSRNVR) iaitu sebuah pasukan simpanan yang ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer, Reserve (MRNVR). Bagi mempertahankan perairan Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke-2, pihak inggeris telah menubuhkan pasukan Malay Navy dan anggota MRNVR diserapkan ke dalam pasukan tersebut.
Selepas Perang Dunia ke-2, Pasukan Tentera Laut Malaya ditubuhkan. Pada tahun 1952, pasukan ini ditukar namanya menjadi Tentera Laut Diraja Malaya setelah dianugerahkan taraf Diraja oleh Queen Elizaberth II. Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963 dan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) maka pasukan simpanan tentera laut dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia(PSSTLDM)
PASUKAN PSSTLDM
PSSTLDM distrukturkan semula dalam komponen berikut :
- Simpanan Pilihan (PALAPES/PLAS)
- Simpanan Pakar (Pelabuhan/Perkapalan)
- Simpanan Khusus (Perikanan/Perubatan/Jabatan Laut)
- Simpanan Sukarela Biasa
- Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP TLDM)
KEANGGOTAAN
PSSTLDM dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam PSSTLDM pada masa lapang. Anda boleh memilih mana-mana pasukan yang sesuai untuk berkhidmat di dalam PSSTLDM.
KELAYAKAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran MalaysiaPenerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.
LATIHAN
Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.
Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.
Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.
Latihan Tahunan.Latihan ini dijalankan secara berterusanpada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.
Latihan Anggota Pakar. Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan tahunan selama 15 hari setahun.
KEMUDAHAN
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM?
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
- Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
- Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.
- Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.
- Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
- Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.
- Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
- Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
- Boleh dikerahkan untuk berkhidmatsepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.
- Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
- Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
- Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
- Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
- Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma dimana-mana hospital kerajaan jira kemalangan berlaku semasa bertugas.
ELAUN SEMASA LATHAN
Elaun Latihan Tempatan – Dibayar mengikut jam latihan.
Elaun Latihan Berterusan – Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
Elaun Tahunan (Bounti) – Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun.
KEPAKARAN DALAM PSSTLDM
Pegawai dibahagikan kepada Cawangan Eksekutif, Cawangan Bekalan dan Cawangan Kejuruteraan manakala LLP dibahagikan kepada;
- Cawangan Pelaut ( PPP dan KMR)
- Cawangan Bekalan ( KNA, KNG dan STN)
- Cawangan Teknikal (TLR, TLS dan TMK )
ANDA BERMINAT DAN INGIN MENYAHUT CABARAN ?

Sesi pengambilan PSSTLDM bagi unit KD SRI MEDINI akan diadakan seperti di ketetapan berikut:
Tarikh: 12 & 13 FEBRUARI 2011
Masa: 8.00 pagi
Tempat: KD SRI MEDINI
Pakaian: Baju T-Shirt putih berkolar lengan pendek (bagi lelaki), Baju T-Shirt putih berkolar lengan panjang (bagi wanita)
**Sila bawa bersama sijil-sijil akademik yang berkaitan, untuk keterangan lanjut boleh hubungi terus ke unit KD SRI MEDINI di talian 07-3541088
Untuk pengetahuan semua sesi pengambilan ini juga berlangsung di unit-unit berdekatan anda, sila hubungi unit berdekatan untuk mengetahui tarikh pengambilan diadakan. Berikut adalah Alamat Unit PSSTLDM
Kawasan Lembah Kelang
Markas Tentera Laut
Cawangan Simpanan
Kementerian Pertahanan
50634 KUALA LUMPUR
Tel:03-20714799
KD SRI KLANG
Pulau Indah
42009 Pelabuhan Klang
Selangor
Tel:03-31694525
Kawasan Selatan Semenanjung
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau
80990 JOHOR BAHRU
Tel:07-3541366
Kawasan Utara Semenanjung
KD SRI PINANG
Jalan Akuarium
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel:04-6583021/RNO: 04-2622308
KS SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM
32100 Lumut
Perak
Tel:05-6802117 / 05-6802656
Kawasan Timur Semenanjung
PSTL CHENDERING
Jalan Pantai Pandak
21080 Chendering
Kuala Terengganu, Terengganu
Tel:09-6175380
PSTL KUANTAN
Pangkalan TLDM
Tanjung Gelang
25990 Kuantan
Pahang
Tel:09-5833601 samb 2194/2288
Sabah
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 JalanPutra
90000 Sandakan
Sabah
Tel:089-772857
PSTL TAWAU
KD SRI TAWAU, Jalan Tanjung Batu
91000 Tawau
Sabah
Tel:089-772857
Sarawak
PSTL KUCHING
Lot 322, Seksyen 64 KTLD
Jalan Datuk Abang Abd. Rahim
93450 Kuching
Sarawak
Tel:082-370469
Sumber dari Royal Malaysian Navy





{ 76 comments… read them below or add one }
BMI tu dah kalah tu.. Aku 27 …
lepas tu mata kureng. heheheh..
@zool,
Owhh BMI tu kalau terlebih skit masih ok lagi
bagi mata tu yang susah skit
SLM…sy nk bertanya kpd pihak tuan…adakah sy boleh menghadiri temuduga ini..sy sedang menunggu keputusan spm 2011…sy amat berminat untuk memasuki nya…harap mendapat maklum balas dari pihak tuan..terima kasih…
@farha,
Waalaikumsalam
Insya Allah boleh je menghadiri temuduga ni
memandangkan saudari lepasan SPM ,lagi bagus,
tetapi kalau ada pengambilan untuk perajurit TLDM (LLP),saya sarankan saudari mencuba nasib jika ada pengambilan tersebut
,kalau berminat,boleh cuba nasib di PSSTLDM
fuh, memang best
sayanng ar pak tak bagi..hehe
syahrilhafiz recently posted..Info Tentang Masakan Makanan Barat
@syahrilhafiz,
owhh xpe bro
bagitahu la kat akwan-kawan lain yang berminat ek
slm.sya nak tanya nie.klau gagal spm tapi sya ada sijil plkn.umur sya bru 18 thun nie…..boleh msuk ke tue….
@riyanz,
Waalaikumsalam
saudara dari mana yer
jika saudara berminat apa salahnya mencuba nasib
@wazy,
sye orang sabah.mnetap d sndakan.sye ada call pstl sandakan.sye tnya dorang.tntang pengambilan PSSTLDM sesi 2011 nie.Tapi kata dorang x ade pun…..
@riyanz,
owhh
iklan ni pengambilan di KD Seri medini,Johor sahaja
tapi sentiasa la telefon area sana
mana tahu ada pengmabilan juga
SALAM…SAYA NAK TNYA TNTANG SYARAT FIZIKAL PSS TLDM NIE TERUTAMA MATA,BERAT TINGGI………………….
@faREZ,
KELAYAKAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
Penerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.
SLM
Sy dh ditauliahkn sbg LT Muda Wataniah tpi sbnarnya sy lbih brmint myertai palapes laut. Mmndangkn Universiti ditempat saya tiada palapes laut sy trus join palapes darat. jika sy ingin menyertai psstldm perlukah sy ditauliahkn or kena pergi kursus officer semula.
@POziE85,
Waalaikumsalam
saya rasa saudara boleh apply untuk pegawai di PSSTLDM ni
sebelum tu ,saudara dari mana yer
Sy org johor
tpi msih berada di swk
kerana masih study di sini
sekaligus melapor dlm rej AW disini selepas
ditauliahkn
@POziE85,
owhh macam tu
saudara boleh try hubungi :-
PSTL KUCHING
Lot 322, Seksyen 64 KTLD
Jalan Datuk Abang Abd. Rahim
93450 Kuching
Sarawak
Tel: 082-370469
Salam,
Kalau BMI terkurang sikit boleh ker? Rasanya berat 55, tinggi 170 kot… klu ikut kira2, baru 19, tapi klu berat naik sikit, dan tinggi kurang sikit, ngam2 cukup…
@Jas,
Kalau BMI kurang tu rasa-rasanya masih boleh dipertimbangkan
mase sekolah menengah dlu saya ada trlibat dgn PKBM Laut . sepanjang sye berada dlm kadet tu , sye ade belajar skit2 tentang ilmu pelaut ni…jdi agak2 mcmane ek kalau sye nk join PSSTLDM ni ??
@wanzie,
sebelum tu saya nak tahu,saudari/ saudara berada di mana yer
kalau betul-betul berminat,boleh cuba hubungi markas yang berdekatan,rujuk entri penuh artikel ni
sye berada area taiping perak ,
@wanzie,
kalau di Taiping ,Perak boleh je pergi terus ke :-
KS SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM
32100 Lumut
Perak
Tel:05-6802117 / 05-6802656
salam…
saya masih belajar di universiti.ingatkan cuti semester nanti ingin menyertai pasukan sukarela tentera laut. tapi tak pasti bila pengambilan akan dilakukan. sekarang berada di selangor. macam mana cara latihan dijalankan?? adakah berterusan selama sebulan atau pada hari minggu saja??
terma kasih kerana menjawab persoalan ni!!
@juan,
Waalaikumsalam
kalau di Selangor boleh rujuk di KD Seri Klang :-
KD SRI KLANG
Pulau Indah
42009 Pelabuhan Klang
Selangor
Tel:03-31694525
Latihan ada berperingkat,ada latihan mingguan,boleh rujuk seperti di atas,pada kebiasaanya pada hari minggu sabtu dan ahad
salam..sya bekas pelatih khidmat negara…adakah sya mmpunyai kelebihan utk mnyertai psstldm or angkatan tetap tldm or mna2 unit pertahanan lain?sya amat2 berminat mnyertai ATM…tq
@budie,
Waalaikumsalam
boleh je jika saudara berminat
kalau nak jadi perajurit pun digalakkan
sy dh g fitness test, medical check up pss tldm..tp nk tnggu intvw je..ape ek biase yg d tnye nnt?snng nk lulus invw nye?
@tomato,
Tahniah
anda dah hampir berjaya
untuk interview,boleh cari info di web http://www.navy.mil.my/
semua ada di situ
semoga anda berjaya
“SEDIA BERKORBAN”
@wazy,
tq..aritu sy g dlm bln 3 n diorg ckp bln 4 intvw..sy dh dpt surat intvw tp last minit diorg ckp postpone..smpai skrg sy lum dpt ape2 pnggilan lg..
@tomato,
sama-sama
ermm dah try call team pemilihan kat sana tak
salam…sy nak tau…elaun pegawai pss sekarang brp ye sejam….sy cr merata2 tp xjumpa plak…tq…
@momo chan,
Waalaikumsalam
boleh rujuk di kem berhampiran atau di laman web http://www.navy.mil.my/
Salam.. sy brminat utk sertai PSSTLDM ni, cuma confuse samada masih ada pengambilan dalam bulan Jun atau cuma ikut masa yg ditetapkan. tq.
@alonk,
Waalaikumsalam
Pengambilan biasanya dihebahkan melalui suratkhabar utama
rasanya dalam setahuna da sekali je pengambilan,
kalau nak maklumat lanjut boleh hubungi kem yang berdekatan
askum…sy pnh g tmudga navy thn 2009 n lulus ujian fizikal tp diowg ckp sp berjya akn dpt waren…tp sy xdpt….bole sy mohon navy simpnanan plak?sy mmg mint sgt…skunk dh umo 24…xbole msk navy dh…..ble pngmbilan trbru ek?bg sesi 2011 nie….
Waalaikumsalam
kalau tak dapat waran perjalanan untuk ke pemilihan akhir tu nampak gaya saudari tak terpilih.
Macam ni la,kalau saudarai berminat untuk menyertai pasukan simpanan,boleh cuba hubungi markas TLDM yang berhampiran dengan tempat saudari
askum….
saye berminat untuk menjadi PSSTLDM
adakah saya sudah terlepas untuk temu duga tersebut
Waalaikumsalam
Ha ah dah terlepas,pengambilan ni pada bulan februari yang lalu
tapi boleh tunggu tahun depan
mana tahu saudara bernasib baik,rajin-rajin la tanya markas TLDM berdekatan
assalamualaikum, saya dah lama nak menyarung baju TLDM tapi tak capai lagi. Saya kini berkhidmat sebagai guru dan umur saya 32 tahun, masih bolehkah saya menyertainya. Bila lagi pengambilan akan dibuka. Saya tinggal di Pasir Gudang.
waalaikumsalam
boleh je nak masuk PSSTLDM ni
jika ada pengambilan,saudara boleh terus ke KD Seri Medini.Johor
salam..saya ingin bertanya pada pihak tuan pengambilan untul pasukan simpanan tentera laut diraja malaysia untuk sesi ogos 2011 tidak diadakan ke??saya berminat sangat ,,diharap kan pihak tuan dapat membantu saya mendapatkan kerjaya dalam bidang ketenetraan ini …
waalaikumsalam
kebiasaannya pengambilan psstldm ni setahun sekali
saudari boleh rujuk di markas atau kem berdekatan
kaalu tak pun call direct je,lagi satu,jika ada pengambilan,ada iklan di akhbar-akhbar utama
saya g tmuduga bulan 3…tgu surat…bila mau sampai eh…
Temuduga macam mana tu ? pemilihan awal atau akhir ?
saudara dah cuba hubungi kem atau markas terdekat ?
salam ,, tak ada kelebihan ke untuk anak kepada bekas navy ,,, sy da intrvw 5 kali ,, tp gagal ,, spm sy kureng skit ,, tp sy mmg minat ,,,,
Waalaikumsalam
sama je,semua kena lalui sesi pemilihana wal,jika berjaya ke sesi pemilihan akhir pula
jika betul-betul berminat,saya cadangkan saudara cuba lagi di epngmabilan PSSTLDM pada tahun hadapan.
tahniah la ashriq tak kenal erti kegagalan jangan putus asa.
tpi sekarang sy berkerja sbgi crew kitchen di sebuah hotel ,,, jadual kerja saya bermula 1o pg hgga 11 mlm ,, kdg2 3 ptg hgga 1 pg ,,,, cuti sy pula smggu sekali ,,, mcm mne ea ???? maksud sy ,, mcm mne sy nk ke latihan psstldm ?? mcm mne pula sekira sy x di lepaskn untuk ke latihan psstldm oleh pihak tmpt sy berkerja ??? sy berminat sgt2 jd navy ,,,
Jika saudara terpilih menyertai PSSTLDM di pemilihan akhir,nanti dornag akan bagi surat kebenaran kepada pihak majikan,tapi bagi saya la,kalau saudara betul-betul berminat,saudara boleh tolong diri saudara sendiri (sekadar dari pengalaman )
assalamualaikum dan selamat berpuasa, saya nak tanya mcm ni saya dalam proses nak kuruskan badan saya 32 thn tinggi 157 dan berat 67. saya layak tak untuk memohon. saya amat berminat sebab tu saya dalam proses mengurangkan berat badan.
Waaalaikumsalam
boleh je tu kalau nak mohon,cuba la pergi ke kem terdekat jika ada pengambilan baru
Assalamualaikum…..saya bekas pegawai muda PSSTLDM.tauliah tahun 2003 .saya ingin kembali bersama PSSTLDM.bagaimana encik boleh membantu saya?
Waalaikumsalam,
pasal tu saya syorkan saudara ke kem berdekatan jika ada pengambilan baru
Hello,May i known that the new intake date,i’m interested to become an PSSTLDM,i hope i can get that information as fast as possible ,thanks you
Hi…
Thanks for visit my blog,if u in Johor Bharu,u can contact :-
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau
80990 JOHOR BAHRU
Tel:07-3541366
asalamualaikum….. sy nk tnya bla tarikh temuduga tldm yg berhampiran shah alam?
Waalaikumsalam
saudara boleh rujuk pada akhbar-akhbar utama jika ada pengambilan nanti
atau boleh hubungi
KD SRI KLANG
Pulau Indah
42009 Pelabuhan Klang
Selangor
Tel:03-31694525
aAssalamualaikum… sya nk tnya ada lg pgmbilan kha bulan ne???? sya nk mgikuti latihan ni jika berpeluang… dsabah ada kha pengambilan???? macam mana nk taw ada pgmbilan ka x???
Waalaikumsalam
Maklumat lanjut,boleh hubungi di :
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 JalanPutra
90000 Sandakan
Sabah
Tel:089-772857
PSTL TAWAU
KD SRI TAWAU, Jalan Tanjung Batu
91000 Tawau
Sabah
Tel:089-772857
salam tuan admin, saya ingin bertanya: saya adalah bekas anggota LLP TLDM dan telah berkhidmat selama 13 tahun dan telah bersara tetapi dalam jiwa saya masih lagi berminat untuk menyarung semula uniform TLDM. Persoalannya, adakah saya layak utk menyertai Pegawai PSSTLDM dengan berbekalkan Diploma dan Ijazah yang telah saya miliki sekarang sedangkan dalam angkatan tetap saya hanya LLP sahaja?
Waalaikumsalam,
saudara boleh terus rujuk di kem berhampiran
salam…saya nk tya..rasanya dh byk kali saya try kol number PSSTLDM Sarawak 082-370469 utk tya psl kemasukan PSSTLDM. Rsanya nombor tu diorng dah xpakai lagi kot..sbb setiap kali kol..jwbnya sama je…nombor tiada dlm perkhidmatan…so kira frust gakla. Dah byk kali try kol dlm tahun ni..mlh sepanjang tahun.. Please tolong inform yang terkini utk pengambilan PSSTLDM di Sarawak especially Kuching.. TQ
Waalaikumsalam
saudara boleh datang terus ke
PSTL KUCHING
Lot 322, Seksyen 64 KTLD
Jalan Datuk Abang Abd. Rahim
93450 Kuching
Sarawak
Maklumat pengambilan,kebiasaannya ada di dalam akhbar-akhbar utama
salam,sy ni rabun,agak2 lepas x utk fitness required utk psstldm?sy ni kerja kapal(merchant ship,4th eng),boleh ker sy apply?perlukah sy nerhenti kerja kpl,cuti sy lama dlm 2 3 bln,tpi jrng2.mntak nasihat plz.tq
Waalaikumsalam
hmm kalau rabun tu susah nak cakap bro,tapi kalau betul-betul ebrminat,boleh pergi ke kem berdekatan jika ada pengambilan,dapat tak dapat tu lain cerita
ASSALAMUALAIKUM BILAKAH TARIKH UNTUK PENGAMBILAN UNTUK TAHUN 2012. KALAU TUAN ADA MAKLUMAN
Waalaikumalam,boleh rujuk akhbar-akhbar tempatan jika ada pengambilan
Salam,
Semasa g interview terbuka pakaian ape yg perlu pakai? adakah formal? dan perlu bw pakaian utk latihan fizikal ker? TQ
Waalaikumsalam
Semasa pemilihan awal tu pakai pakaian sukan je untuk ujian fizikal
boleh saya tau bentuk ujian fizikal yg dijalankan, adakah sama dgn peserta lelaki?
tq
Ujian fizikal sama je dengan lelaki,kena bersedia je la dengan arahan dorang nanti
ne nk tnya skit je… lepasan latihan vokasional MLVK pringkat asas boleh kah menyrtai… Sya amt brminat tpi PMR gantung diri…. klu MLVK hehehe lah……..
assalam..tgh bersedih kerana nama digugurkan ..sy dah pegi utk saringan medical dan xray..x tahu atas alasan apa sebab medical ok,bmi 22,spm ok..cuma yg x sedap di dgr kerana sy isteri anggota..mgkin sedikit x adil jika dr segi kelayakan sy semuanya ok tp digugurkan kerana sy isteri anggota.. ada hati juga nak g kdsl nak tanya betul2 apa sebab nama sy tiba2 xde tp nampak mcm x terima kenyataan lak huhu
asslmkum..sya nk tanya..sya minat aktvti lasak.sya tringin nk masok tentera darat.mcam mana nk tau tarikh temu duga untuk tentera darat untuk pengambilan bulan 11/2012 ni…ada panggilan kdua kan???????????tempatnya>??
salam sye nk masuk pss navy nie tpi msih ade lgi ke tahun 2013 nie..
waalaikumsalam,untuk intake tahun 2013 ni saya tak tahu bila dorang ambil,kena rajin baca di surat khabar utama untuk dapatkan maklumat lanjut