Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting

by wazy on June 18, 2011 · 43 comments

in Domain Dan Hosting

Assalamualaikum…

Terdapat banyak perbincangan tentang webhosting di internet. Perbincangan adalah berkisar tentang mana satu hosting yang lebih baik, Linux atau Windows. Ada banyak perbezaan di antara Linux hosting dan Windows hosting yang boleh memberi impak tentang bagaimana website anda akan dihantar ke internet, dan apakah kemampuan website anda nanti. Pemilihan yang tepat adalah perlu agar pilihan yang anda buat benar-benar memenuhi kemahuan anda.

Linux hosting telah sekian lama menjadi pilihan yang agak popular di kalangan webmasters. Ini adalah kerana ia adalah satu sistem yang agak stabil, boleh dipercayai dan efisien. Walau bagaimanapun Windows hosting kini telah mencapai kemajuan yang agak besar dalam bidang ini (hosting). Kedua-duanya sistem (Linux dan Windows) masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh membantu anda untuk memilih hosting yang anda akan gunakan.


Gambar Dari Google

Perkara yang paling ketara tentang Linux hosting ialah harganya. Selain itu ia juga menggunakan sistem operasi open source (sumber terbuka). Kebanyakan aplikasi yang popular dalam pembangunan laman web juga adalah terdiri daripada open source seperti PHP, MySQL dan Python dan kesemuanya boleh digunakan dengan baik menggunakan sistem Linux.

Windows hosting adalah agak mahal kerana ia adalah berasaskan kepada teknologi proprietary. Hosting jenis ini biasanya membenarkan anda meletakkan (host) apa sahaja jenis aplikasi pada server yang sama. Anda boleh menggunakan aplikasi ASP.Net yang mengunakan database MS-SQL dan pada masa yang sama anda juga boleh menggunakan blog berasaskan PHP yang menggunakan database MySQL tidak seperti Linux.

Walaupun agak mahal, tetapi ramai pengguna menggunakan Windows hosting kerana kesesuaiannya dengan produk Microsoft yang lain. Jika anda ingin membina website dengan menggunakan aplikasi ASP atau ASP.Net, server pilihan anda hanyalah Windows hosting.

Akhir sekali, perbezaan ketara kedua-dua hosting ini ialah untuk website jenis apa anda akan menggunakannya. Jika anda bercadang untuk membina website tradisional yang menggunakan grafik, teks, fungsi ecommerce (bisnes) maka pilihan yang paling sesuai ialah platform Linux hosting. Tetapi, jika anda ingin membina website yang agak kompleks, mempunyai ciri-ciri interaktif, maka Windos hosting adalah pilihan yang paling tepat.

Maklumat lanjut mengenai pakej Linux Hosting boleh ke sini

Maklumat lanjut mengenai pakej Windows Hosting boleh ke sini

Kalau berminat,boleh juga lihat Promosi yang fivio beri di blog saya ni,sila ke Promosi Hebat Webhosting Dari Fivio Enterprise

Kredit : lamanwebinfo.com

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: