Nothing Special About Me
Sejarah WordPress
Salam semua…
Arini saya nak ceritakan tentang Sejarah WordPress,memang dah di akui,ramai antara rakan-rakan blogger sudah pun menggunakan platform WordPress ni kan ? Begitu juga saya.

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya.
b2
b2 merupakan sistem induk yang membawa kepada perkembangan WordPress. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dengan penggunaan MySQL, b2 dibangunkan oleh Michel Valdrighi, yang sekarang masih terus menjadi pemaju sistem perisian WordPress.
Selain WordPress yang merupakan perisian rasmi yang berevolusi dari sistem b2, terdapat projek lain yang masih turut mengalami perkembangan dari induk yang sama, iaitu b2evolution.
Permulaan WordPress
Nama ‘WordPress‘ telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada ‘bapa’ pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).
WordPress MU adalah sistem penerbitan multiblog yang terbina dalam WordPress. Perbezaan utama antara WordPress dan WordPress MU ialah Wordpess MU dicipta untuk membenarkan berbilang blog wujud dalam satu langkah pemasangan sahaja. WordPress MU membolehkan pemilik laman web mewujudkan komuniti blog mereka sendiri,dan mengawal serta melakukan tugas memoderasi semua blog dari hanya satu papan-pemula.Contoh komuniti yang dapat dilihat menggunakan WordPress MU adalah WordPress.com dan Universiti Harvard.
Walaupun begitu, seseorang pengguna WordPress masih boleh memiliki lebih dari satu blog WordPress di dalam satu pelayan dan pangkalan data yang sama, iaitu dengan meletakkan fail-fail pemasangan WordPress dalam direktori yang berlainan. Terbitan perisian baru WordPress selalunya dinamakan sempena pemuzik jazz yang terkenal, contohnya Mingus dan Ella (Ella Fitgerald).
Perubahan / Penstrukturan Movable Type
- Pada tahun 2004, penstrukturan semula pelesenan Movable Type telah dilakukan oleh Six Apart, dan kebanyakan pengguna sistem blog ini telah berpindah dan beralih kepada penggunaan WordPress. Ini meninggalkan satu impak yang hebat dan berterusan untuk populariti WordPress.
- WordPress mula dilancarkan kali pertama sekitar tahun 2003. Ia hanya menggunakan bit kod tunggal bagi meningkatkan tipografi untuk penulisan harian.
- WordPress MU 1.0 dan bbpress dilepaskan (23 oktober, 2006) : http://wordpress.org/development
Pemaju
Pemajuan dan perkembangan WordPress diketuai oleh Ryan Boren dan Matt Mullenweg. Mullenweg dan Mike LIttle merupakan pemula bersama untuk projek ini.
Pemaju yang turut menyumbang termasuk:
- Dougal Campbell
- Mark Jaquith
- Alex King
- Donncha O’Caoimh
- Michel Valdrighi
- Walaupun komuniti WordPress lebih banyak menyumbang kepada kemajuan binaan WordPress, tetapi ia sering berkait rapat dengan Automattic.
- Komuniti WordPress membantu perkembangan perisian dengan terlibat menguji WordPress, iaitu satu kumpulan yang sukarela dalam membantu menguji setiap versi dan prototaip. Mereka memiliki akses yang awal terhadap versi Beta WordPress dan perisian penguji. Segala log ralat dan pepijat akan dilaporkan kepada satu senarai log khas, dinamakan sebagai alat Projek Trac.
Ciri-Ciri
- Menghasilkan kod XML, XHTML dan CSS yang standard dan diterima pakai umum.
- Pengurusan pautan web bersepadu
- Struktur pautan individual yang mesra-mesin pencari
- Sokongan perisian-tambah masuk (plugin)
- Kategori dalam kategori,dan kategori berbilang untuk artikel
- Trackback dan pingback
- Sistem penapisan tipografik untuk pemformatan dan visualisasi teks.
1. Versi WordPressWordPress 0.7.1 (Mei 2003)

Gold” Versi pertama WordPress dan mempunyai banyak prosedur pemasangan secara manual yang mesti diikuti dan banyak juga perkara yang perlu di edit. Landing page untuk wp-admin akan terus ke mukasurat untuk anda menulis artikel atau pun ‘Write Post‘. Tiada dashboard, tiada kemudahan untuk menguruskan komen pada blog dan anda hanya boleh menulis artikel dalam satu kategori sahaja. Antaramuka yang ringkas, menu yang ringkas tanpa sub-menu. Mukasurat untuk menguruskan pengguna anda pula (subscriber/contributor) pula di panggil “Team”.
2. WordPress 1.0.1 (Januari 2004)

“Miles” – Miles Davis. WordPress telah mengorak langkah dengan versi 1. Perubahan yang paling ketara pada versi ini ialah kewujudan fail wp-config.php sepertimana sekarang. Keseluruhan antaramukanya menggambarkan apa yang akan terjadi pada tahun-tahun akan datang dan pada masa ini anda boleh menambahkan kategori pada artikel.
3. WordPress 1.2 (Mei 2004)

” Mingus“- Charles Mingus. Tidak banyak perubahan pada rekabentuknya, namun terdapat pembangunan pada ‘coding’ script ini. Dan lihat pada admin menu. Terdapat satu penambahan yang menambahkan keseronokan WordPress iaitu ‘Plugins‘.
4. WordPress 1.5 (Februari 2005)

Disebarkan untuk umum pada pertengahan Februari 2005 dan dilabelkan dengan kod nama “StrayHorn” bersempena nama Billy Strayhorn, versi 1.5 telah menambah julat dan kepelbagaian fungsi untuk WordPress. Satu daripadanya ialah kemampuan untuk mengurus dan mengemaskini laman statik. Ini membenarkan kandungan halaman web dicipta dan diuruskan di luar kronologi blog yang normal. WordPress telah melangkah dari sebuah sistem blog yang mudah kepada Sistem Pengurusan Kandungan (CMS-Content Management System) yang lebih kompleks dan berkepelbagaian dari segi fungsi.
Seperkara lagi merupakan sistem template/tema yang baru, yang membenarkan pengguna untuk mengaktivasi atau menyahaktivasi templat untuk laman web mereka. Ia dilengkapi dengan templat tema terbina dalam yang terkini(dilabelkan dengan kod nama Kubrick bersempena mendiang Stanley Kubrick). Ia direka oleh Michael Heilemann. Tahun yang sangat baik bagi wordpress. Versi yang julung2 kalinya ini telah dimuat turun sebanyak 900,000 kali. Lalu wordpress.com pun telah diwujudkan.
Versi ini memperkenalkan menu logic iaitu top level links dengan submenu.Perubahan yang ketara ialah bukan sahaja menu ‘Posts’ tetapi juga ‘Pages’.Versi ini juga memperkenalkan ‘dashboard’. Beberapa bulan kemudian, WordPress 1.5.1 dilancarkan dan mengubah layout WordPress. Tiada logo WordPress dengan latarbelakang warna kelabu.
5. WordPress 2.0 (31 Disember 2005)
Disebarkan untuk umum pada Disember 2005 (kod nama “Duke” bersempena pemain piano Jazz juga penggubah Duke Ellington), fungsi versi 2.0 telah ditambah dengan ruang pemproses kata bergrafik, sistem perngurusan yang lebih baik, kemampuan untuk memindahnaik imej, penerbitan artikel dengan lebih pantas, sistem import yang diperbaiki dan seterusnya mengubah wajah akhir sebahagian besar antara muka WordPress.
WordPress 2.0 juga menawarkan variasi peningkatan untuk pemaju perisian-masukan (plug-in). Bermulalah era baru wordpess yang dipanggil ‘big blue header’. Paparan antaramuka ‘Write Post’ mendapat perubahan yang besar. Editor WYSIWYG dan kemudahan anda membuka atau membuang item supaya anda selesa dengan meletakkan perkara yang penting di bahagian atas (sebelah kiri) semasa menulis artikel untuk blog.fiture baru pada rich editing, sistem administration yang lebih baik, upload image, pengembangan untuk import system, posting yang lebih cepat, perkembangan yang lebih baik untuk developer plugin.

Lihat gambar diatas. Terdapat juga menu ‘Import’ untuk anda import artikel anda dari Blogger atau MoveableType ke blog WordPress korang. Adakah WordPress mahu menguasai dunia? Dashboard pula mendapat lebih suntikan AJAX untuk menambahkan kelajuan semasa ‘loading’.
Pada tahun 2006 pula blogware WordPress di download sebanyak 1,545,703 kali, dan 371 plugin unik yang di download sebanyak 191,567 kali.Pada tahun ini juga pertama kali diadakannya WordCamp di San Fransisco.
6. WordPress 2.1 (Januari 2007)

WordPress 2.1 dashbord (atas)

Pada 22 Januari 2007, WordPress menyebarkan satu lagi versi perisiannya yang terbaru (dilabelkod sebagai versi “Ella“, bersempena nama vokalis jazz Ella Fitzgerald). Versi 2.1 ini merupakan satu evolusi WordPress yang besar, memperbaiki isu sekuriti, merekabentuk semula antaramuka dan memperkemaskan alat-alat mengedit (termasuk semakan ejaan bersepadu dan auto-simpan), menaiktaraf opsyen untuk pengurusan kandungan web, dan pelbagai variasi kod juga optimisasi pangkalan data.
7. WordPress 2.3 (September 2007)

“Dexter” – Dexter Gordon. Dibawah ialah gambar pada main text area. Anda boleh lihat ‘Tags’ telah di masukkan. Versi ini banyak memberi kesan kepada Database dan pada satu ketika mengakibatkan kemusnahan kepada beberapa ‘themes’ semasa upgrade ke versi ini.Namun versi ini mempunyai native tagging, system task baru untuk bahagian kategori, notifikasi yang mudah untuk diupdate dan sokongan penuh untuk atom 1.0.
Pada tahun 2007 ini engine WordPress telah di muat turun sebanyak 3,816,965 kali. dan terdapat 1,384 plugins juga telah di download sebanyak 2,845,884 kali .Peningkatan 15 kali dari tahun sebelumnya. pada tahun 2007 ini juga WordPress mengadopsi sistem release regular terjadual. Release future major dijadualkan akan berlaku setiap 3 – 4 bulan, atau 3 kali dalam setahun.
8. WordPress 2.5 (Mac 2008)


“Breker” – Micheal Breaker.Versi ini lebih di kenali sebagai ‘DO NOT WANT RELEASE’. Ini hanyalah pendapat2 bloggers dari Eropah. Admin links terbahagi kepada 4 tempat yang berlainan di merata tempat. Kebanyakan dari bloggers Eropah tidak menyukai versi ini. (Blogger2 Malaysia macamana?) Bagaimanapun bahagian dashboard telah mula menampakkan kemajuan. Lebih tersusun kemas dan mudah dikendalikan.
9. WordPress 2.6 (Julai 2008 )

“Tyner“- McCoy Tyner. Terdapat 2 perubahan kecil pada versi ini iaitu terdapat ‘Word Count’ pada ‘Write Post’ interface dan juga ‘Turbo’ Link.
10 . WordPress 2.7 (Disember 2008)

WordPress 2.7 dashbord (atas)

WordPress 2.7 “Coltrane”. Perubahan yang amat2 ketara dalam versi ini.Ianya merupakan versi yang paling diminati. Pasukan pembangunan platform WordPress telah bertanya kepada para bloggers dari serata dunia bagaimana versi yang mereka inginkan. Hasilnya adalah mempunyai dashboard yang lebih friendly dan merupakan sokongan utama untuk bloggers berinteraksi dengan blog mereka. Terbaik dan mempunyai apa yang dipanggil ‘real menu’ dimana bloggers boleh akses ke mana-mana mukasurat dari mana-mana mukasurat sekali pun. Perubahan paling ketara boleh dilihat pada design bahagian dashboard yang telah diberi nafas baru. Cuba anda klik pada apa-apa menu di sebelah kiri, anda akan perasan satu anak panah yang akan memaparkan kesemua submenu yang lain – ternyata memudahkan.
Hampir kesemua bahagian dalam dashboard boleh diubahsuai. Sekiranya korang tak beminat dengan bahagian Other WordPress News, anda boleh minimize ia atau sembunyikannya terus, begitu juga dengan bahagian-bahagian yang lain.Dengan WordPress 2.7 ini juga, anda mungkin tidak perlu lagi membuka klien FTP. Ini kerana proses upgrade WordPress kini sudah boleh dilakukan secara automatik, begitu juga dengan pemasangan plugin.
11. WordPress 2.8 ( Jun 2009)

Dinamakan sebagai “Baker” direalisasikan dari pemain trumpet dan penyanyi Chest Baker.Faktor kelajuan adalah ciri utama versi2 WordPress. Ciri penambahan themes secara automatik diperkenalkan tanpa melalui ftp, Widget berwajah baru dengan kelebihan drag and drop.Melalui versi WordPress 2.8, kebanyakkan kod telah diperkemaskan, sekaligus membawakan kelajuan pelayaran yang lebih pantas berbanding sebelumnya. kepelbagaian masalah yang telah dikenal pasti dalam versi sebelumnya juga telah diselesaikan, selain membawakan lebih kawalan keatas widget Dashboard mereka, dan halaman lain di kawasan pentadbir. Cara komen diuruskan juga diubah pada WordPress 2.8 dimana para pentadbir boleh melihat komen ketika mengubahsuai sesuatu artikel.Tema dan Plugin yang lama masih disokong pada WordPress 2.8, selain masih mengguna-pakai antaramuka dashboard yang sama seperti WordPress 2.7. Versi upgrade yang stabil adalah WordPress 2.8.6.
12. WordPress 2.9 ( Januari 2010)

“Carmen” diambil bersempena dari nama Penyanyi magical jazz – Carmen McRae.
- Fungsi Trash dan Undo – Kini, setiap perkara yang anda padam, seperti artikel dan komen, ianya akan dimasukkan kedalam Trash, dimana anda boleh mengembalikannya kembali dengan mudah sekiranya diperlukan kelak.
- Editor Imej Asas – Anda kini boleh memutar, mengecilkan, dan membuat beberapa perkara asas pada imej atau gambar yang dimuat-naik oleh anda dengan mudah melalui WordPress.
- Kemaskini Plugin Dengan Mudah – Kini anda boleh mengemaskini kesemua plugin pada masa yang sama tanpa perlu kliknya satu-satu seperti sebelum ini.
- Masukkan Video Dengan Mudah – Kini, anda hanya perlu memasukkan URL video sahaja, dan ianya akan dimasukkan secara automatik, dimana buat masa ini, ianya menyokong laman-laman video terkemuka seperti YouTube, Daily Motion, Flickr, Viddler, Google Video dan banyak lagi.
Selain daripada itu, sokongan SEO juga menjadi lebih baik dalam WordPress 2.9 dengan sokongan rel=canonical. Korang juga juga boleh menambah beberapa perkara pada kotak pendaftaran dengan mudah sekali.Versi Stabil WordPress 2.9.1. Sumber: http://amanz.my
13. WordPress 3.0 (Under Development)
Antara ciri2 terbaru yang akan di letakkan di dalam wordpress versi 3.0:
- Themes Kubrick digantikan dengan bentuk yang baru dengan ciri2 yang lebih kemas dan menarik.
- Fungsi admin kemungkinan diubah dengan nama2 lain
- Kemungkinan juga fungsi gears akan diganti dengan HTML5
Sumber :
http://amanz.my/2009/12/wordpress-3-0-bakal-membawakan-pelbagai-perkara-baru
http://amanz.my/2009/12/wordpress-dan-wordpress-mu-akan-di-integrasikan
http://hairilhazlan.com/sejarah-wordpress/
Related posts:
- Kelebihan WordPress 3.0
- WordPress 3.0 Thelonious Pilihanku
- Lajukan Mozilla Firefox 3-30x Lebih Laju
- Cara Letakkan URL Blog Anda Di Search Engine
- [Khas] Blogger We Care – Adik Ammar
- Dugaan Seorang Blogger


| This entry was posted by wazy on February 25, 2010 at 6:44 AM, and is filed under Wordpress. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed. |




![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)






















about 5 months ago
nice info bro..baru haku tau sejarah wordpress mcmana.. kalau tak disebabkan penstrukturan moveable type tue, rasanya wordpress xpopular seperti hari ini..huhuu
[Reply]
wazy
Reply:
February 25th, 2010 at 9:02 AM
ehehe aku saja nak berkongsi pasal sejarah WordPress ni,sebab yang utama aku memilih WordPress ni,senang sikit nak handle theme,editor,widget dan plugin
[Reply]
about 5 months ago
nice info…bru ku thu cmner WP wujud..uhuuhuhuhu,,
versi mula2 tue nmpk simple jerk..huhu..
aku pengguna tegar WP..haahahaha
apiih´s last blog ..Perjalanan Hidup Sebuah Laman Bergelar FaceBook
[Reply]
wazy
Reply:
February 25th, 2010 at 11:41 AM
yap sama la kita pengguna tegar WordPress ,aku pun dulu guna yg free je,pastu ambik free hostng ,last sekali sambar self hosting ni,ehehe syok gak layan wp
[Reply]
about 5 months ago
kelebihan wordpress berbnding blogspot sbb die slalu updte..tu yg bez..lg 1 wordpress ni mesra google skit…hehhee
[Reply]
wazy
Reply:
February 25th, 2010 at 11:42 AM
a ah betul tu memang selalu update dan secure,wordpress ni best guna SEO,fuhh
[Reply]
about 5 months ago
thanks bro..
honestly, 1st time baca sejarah wordpress ni sampai abis.. hehe
alangkah senang klu awal 2002 dulu sya dah kenal wordpress.. taklah susah-susah buat blog pakai front page n dreamweaver..
[Reply]
wazy
Reply:
February 25th, 2010 at 12:03 PM
sama-sama bro,huhu saya guna wordpress ni pun kira baru gak,dari penghujung tahun 2007,itupun yg free,heheh sampai la sekarang ni ade self hosting,banyak dah beajar dengan wordpress ni
[Reply]
about 5 months ago
salam wazy,
yea akak sma cam bro kulanz, 1st time baca ttg sejarah wp nie…hehee, mmg bestlah wp nie selalu update…akak mmg dh 200% suka ngan wp…jatuh hati gitu…
[Reply]
wazy
Reply:
February 26th, 2010 at 9:22 AM
Owhh ok la tu,hehehe dengan erti kata lain semua benda kita boleh buat dengan wordpress ni,cuma kene rajin mencuba try n error
[Reply]
about 5 months ago
hidup wordpress.. wordpress terbaik.. saya suke wordpress..
Anarm´s last blog ..Aku seorang jurujual buat Direct Selling 
[Reply]
wazy
Reply:
February 26th, 2010 at 9:40 PM
Yaya betul tu memang WordPress platform yang terbaik untuk mendalami dunia blog
[Reply]
about 5 months ago
wordpress nampaknya makin berjaya… tambahan bro untuk wordpress bahasa melayu boleh dapatkan di sini http://ms.wordpress.org/
mancai´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 2010
[Reply]
wazy
Reply:
March 1st, 2010 at 8:31 AM
ok bro thanks for da info
[Reply]
about 5 months ago
Alhamdulillah, blog pertama terus guna WP
[Reply]
wazy
Reply:
March 2nd, 2010 at 2:36 AM
[Reply]
about 4 months ago
Hebat penulisan ini, siap disertakan rujukan. Ooo.. ingatkan wordpress ni baru-baru lagi, rupanya dah 7 tahun dah..
amirulfaiz´s last blog ..Saya Terima Nikahnya.
[Reply]
wazy
Reply:
March 3rd, 2010 at 8:57 AM
Hehe tu la bro,kene wat rujukan juga,yap dah berusia 7 tahun dah wordpress ni ,bro tak nak cuba wordpress ke
[Reply]
about 4 months ago
Artikel mengenai sejarah wordpress ni berguna betul la. Hari da dapat satu ilmu sejarah mengenai wordpress =)
[Reply]
wazy
Reply:
March 4th, 2010 at 5:29 AM
Terima kasih Satelitku sebab sudi komen,yer memang berguna artikel Sejarah WordPress ni,Boleh dibuat rujukan pada masa hadapan
[Reply]
about 4 months ago
sungguh complicated..uhuh
ery´s last blog ..Dah Sampai Ipoh?
[Reply]
wazy
Reply:
March 5th, 2010 at 11:29 PM
yap bro,semua ni memang complete,khas untuk rujukan pada masa hadapan
[Reply]