Boy menyintai Girl dengan sepenuh hati. Mereka telah bercinta sejak menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi. Hubungan mereka hampir mencecah 5 tahun.
Suatu hari, Girl bertanya kepada Boy tentang perasaan Boy terhadap Girl.
“Sedalam manakah awak menyintai saya?’ ujar Girl dengan penuh perasaan.
“Saya menyintai awak lebih daripada Jurang Mariana di Filipina,” balas Boy dengan lembut.
Hubungan mereka berterusan sehinggalah Boy menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Girl pula bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka.
Suatu hari, muncul orang ke-3 dalam hidup Boy dan Girl. ‘Dia’ adalah rakan sekerja Girl dan sama-sama keluar jika ada masa lapang. ‘Dia’ mengetahui tentang perhubungan di antara Girl dan Boy tetapi kerana hasad dengki, ‘Dia’ berusaha untuk memutuskan hubungan di antara mereka berdua. Akhirnya, setelah lama memujuk dan termakan dengan pujukan ‘Dia’, Girl berjumpa dengan Boy dan menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan di antara mereka berdua.
Apabila Boy mendapat tahu tentang hasrat Girl, Boy mendapatkan penjelasan daripada Girl.
“Awak terlalu sibuk dengan pengajian awak sampai tidak ada masa untuk saya. Saya amat kecewa dengan perhubungan kita,” keras nada Girl menuturkan ungkapan itu.
“Nampaknya, awak memang sudah melupakan sedalam mana perasan saya terhadap awak. Namun, apakan daya saya jika itu kemahuan awak. Saya terpaksa melepaskan awak, balas Boy dengan lemah.
“Sebelum itu,saya ingin memaklumkan kepada awak, 3 bulan lagi saya akan ke luar negara untuk menyambung pengajian saya lagi, saya harap awak terimalah sejambak bunga ini sebagai kenangan cinta saya terhadap awak”, sambung Boy.
Jambangan bunga pemberian Boy telah diletakkan di atas meja. Kerana Girl terlalu sibuk dengan kerjanya dan kini telah dinaikkan pangkat sebagai eksekutif dan ‘Dia’ masih tetap memujuk Girl untuk menjadi teman wanita nya. Setalah sekian lama dan Boy sudah ke luar negara, jambangan bunga dibiarkan kering di atas meja tetapi ada sekuntum bunga yang tidak kering dan masih kekal dengan warna asalnya.

Girl hairan melihat bunga tersebut dan mencabutnya dari jambangan bunga lain yang telah kering.
“Oh, bunga plastik rupanya, patutlah tidak kering”, getus hatinya.
Di batang bunga tersebut terdapat secebis kertas dan Girl membukanya perlahan-lahan.
Kekasih yang ku cintai.
Bagaikan sejambak bunga pemberianku ini, cinta kita akan pudar tetapi hatiku masih menyimpan sekuntum bunga yang tidak akan mati, sebagaimana matinya bunga yang lain. Itu adalah cintaku terhadapmu biarpun ianya tidak wangi tetapi masih mekar seperti masa dahulu..
Biarpun tidak harum tetapi masih mekar dan cantik seperti dahulu. Hargailah cinta yang telah terjalin dan tidak usah dipersoalkan sedalam mana cinta seseorang terhadap kita kerana ianya tidak dapat diungkapkan melainkan dapat dirasai.











{ 36 comments… read them below or add one }
cinta – makna cinta tidak pernah sama antara satu pasangan dgn pasangan yang lain – rasa cinta itu pun tidak dapat diungkap tepat dgn satu perkataan pun
Kujie recently posted..Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia
betul tu kak jie,lain pasangan lain juga makna cinta di antara mereka,hebat jugak penangan cinta ni
hu..best gak ctr ni.rasa cinta yang mendalam.cinta? sapa yg ada dlm situasinya sja akan dapt merasainya..sukar diugkap dgn kata2 namun berpisah tdk mahu sekali.
cayalah bro
Hehehe terima kasih suri,cerita ni maybe dah lama,cuma hari ni je dapat publish untuk share dengan kawan-kawan
ni yg rs cam nak buat jugak kat ex aku yg tinggalkan aku..hukhuk
x-po recently posted..EGOKAH JIKA TETAP PENDIRIAN
X-po,kau masih tak puas hati dengan ex ker?? alah tak payah dendamlah bro,insyallah jumpa yang terbaik dari dia,amin2
.
betul tu Ayie
erkk rileks x-po,hehehe
kalau kita dok paksa2 utk melupakan seseorg, percayalah, kita tak boleh
Hmm betul tu
Salam,wazy boleh buat cerpen pendek nie, hehehehe
.
waalaikumsalam wbt..
Hehe nanti la aku semak lik cerpen pendek yag aku dah buat sendiri k,nak try publish bagi korang baca
Wa bagus wazy,kan boleh masuk alaf21.. hehehe
.
Hehe aku lom layak kot nak masuk alaf 21,sekadar suka-suka je bro
Sekuntum bunga plastik
didalam jambangan usang
Norasikin recently posted..Resepi percuma – Saya terkena lagi
hehehe nice~
perrrghh..jiwang la polop..hahaha
Hahahaha layan je bro,bukan selalu
waaaa…sedih pun ada…cinta ku putus di tengah jalan…:(
setinggi mana pun cinta ini, jika org tak sudi
takkan nak memaksa pula
betul tak?
mohdisa recently posted..Cuti Cuti Malaysia
Betul3
pergh, romantik giler boy tu. nice story

Eyl recently posted..Response cached until Thu 8 @ 4:36 GMT (Refreshes in 5 Minutes)
Thanks bro
Ni kisah peribadi ke? Hehehe cinta jangan tak cinta…
adamfaiz recently posted..Jaga Ko Sotong-
Ehe bukan kisah peribadi,tiada kena mengena pun ,sekadar cerpen pendek je bro
tak pernah aku bagi bunga kat pempuan walaupun wife sendiri… hahaha apalah aku ni…
Hehehe nanti bagi la satu bro
memang ader niat nak bagi tapi dia pulak yang pelik…. buang tebiat ke aper… hahahaha
hehehe beli time anniversary la bro,kan romantik skit
cinta itu kurniaan Maha Pencipta, hanya DIA yang Maha Mengetahui cinta kita kerana apa.
amirulfaiz recently posted..Ubat gigi- cecair – pepejal
terima kasih bro sebab sudi komen
sedih aku. huhu. btw hargai cinta dngn spnuhnya.
erkk rileks bro,jangan sedih²
Salam bro..Dh lame xsinggah sini…Aku suka tol kalau ader cite2 cm nie…haha..Best2…Cayalah bro..
Waalaikumsalam wbt..
Hehehe layan-layan cerita ni
x pe bro..slow2..yg terbaik kami doakan utk ko, Amin…
Lee recently posted..Review- Semi Final World Cup-
Thanks bro