You are here: Home /Coretan Harian /Selamat Hari Bapa 2010

Selamat Hari Bapa 2010

by wazy on June 20, 2010 · 47 comments in Coretan Harian

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Hari ni 20 Jun 2010 adalah tarikh untuk kita menghargai bapa/ayah/papa/abah dan sebagainya.Kerana hari ini adalah sambutan Hari Bapa.Hari ini juga adalah merupakan hari ahad ketiga di dalam bulan Jun.Anatara negara-negara yang menyambut serentak Hari Bapa ni adalah seperti Malaysia,Amerika Syarikat,Afrika Selatan,Bahamas,Filipina dan sebagainya.Korang boleh rujuk di wikipedia.

Dan pada kesempatan ini juga ,Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa 2010 terutama kepada Abah,jasamu tetap ku kenang selama-lamanya,walaupun anakmu ini terlalu degil dan keras hati.Tanpamu Abah,aku tak berada di sini(adeh sebak la pulak).

Di sini juga,aku terjumpa sajak-sajak khas sempena Hari Bapa :-

Ayah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda…

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau….
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal …
…..Gagal kami temui dalam setiap dakapan
…..Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
…..Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami….
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Little Mike
Jun 2007

Ayahanda Tercinta

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati…..

ya..pergorbanan ayah tercinta tidak dapat digambarkan..betapa besarnya pengorbanan ayah..tanpa ayah tiada ana di dunia..

airmata mengalir lagi..tak dapat dibendung…

ayah…
adik terlalu merinduimu..bilakah kita dapat bersua..

ayah…
adik sayangkan ayah..Kenapa kita dipisahkan??
Kenapa kita tak dapat bersama seperti mereka2 yang lain..terlalu dalam kerinduan ini pada mu ayah…

ayah…
diri ini ingin mengucup pipimu..mengucup dahimu…
diri ini bersama meluangkan masa denganmu..
tapi…
apakan daya…jarak memisahkan kita..

ayah…
ketahuilah diri ini terlalu merindui diri mu..rindukan belaianmu..kasih sayangmu
setiap malam diri ini berdoa agar dapat bertemu denganmu..

ayah..adik menyanyangi mu!!

abid 19
Jun 2007

p/s : sajak ni sesuai untuk mereka yang telah merantau jauh dari kampung halaman


Selamat Hari Bapa Kepada Abah Wan….

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah wan…

Syazwan
June 2007

Kredit khas kepada Nukilan Jejari Azhad

 Banner

{ 43 comments… read them below or add one }

x-po MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:49 AM

selamat hari bapa bro..nnt kita akan bapa..hikhik
x-po recently posted..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?My Profile

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:51 AM

Huhu selamat Hari Bapa gak untuk ko,hehehe Insya Allah ada rezeki kita jadi bapa lak ek :)

Reply

acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 9:08 AM

selamat hari bapa bro. ko bila nk jadi bapa?. hee
acapz recently posted..Menghantar Sms Percuma Dengan Aplikasi FacebookMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 9:59 AM

Selamat Hari Bapa,Heee Aku erk,ade rezeki kang jadi la bapa ,hehehe

Reply

azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 10:06 AM

selamat hari bapa ..ko bila lg bro?heheh.

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 10:09 AM

Hahaha adoiyai,semua tanya aku cmtu,isk isk ,tunggu je la :)

Reply

azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 11:01 AM

haha..semua org x sbr kot nk tgk ko kawen….apo hadiah thn ni bro?hehehe
azizan4444 recently posted..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada NuffnangMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:39 PM

Hadiah pada tahun ni aku bagi simple je bro,nak wat suprise skit la :)

Reply

jawatan kosong MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 10:41 AM

selamat hari bapa…. kerja mesti lebih hai para bapa.. :D
jawatan kosong recently posted..Mulpha International Property Development Vacancies PJMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:40 PM

selamat hari bapa juga,bapa kena terus mencari rezeki,tak kira siang dan malam
betapa besar pengorbanan mereka untuk anak-anak

Reply

amirulfaiz MALAYSIA Google Chrome Windows June 20, 2010 at 11:01 AM

Selamat hari bapa kepada bapa-bapa dan bakal-bakal bapa seluruh Malaysia.. :)
amirulfaiz recently posted..Profile Pic di FB, hitamMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:41 PM

Selamat hari bapa jugak bro
Hehehe ramai gak bakal-bakal bapa ni :)

Reply

AyieBlog MALAYSIA Google Chrome Windows June 20, 2010 at 12:29 PM

Selamat hari bapa.. kepada bapa-bapa 1 malaysia, ada soalan bonus buat wazy,bro bila nak nikah?? :love:

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:41 PM

Selamat hari bapa,erkkk aku nikah,hehehe

Reply

AyieBlog MALAYSIA Google Chrome Windows June 20, 2010 at 12:44 PM

wazy jangan malu-malu kau nie, mcm dah sampai seru je.. muhahaha

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:48 PM

hehehe ade rezeki nanti aku kawin la

Reply

eiyda MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:52 PM

selamat hr bapa jugak buat abh awak..n semua abah2 didnunia…nnti giliran kamoo lak jd abah kn..eekek :) :)
eiyda recently posted..Selamat Hari Bapa & Selamat Hari Jadi Abah!!My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 12:58 PM

hehe selamat hari bapa juga kepada semua bakal-bakal bapa :)

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 3:13 PM

sama-sama bro,aku bagi hadiah gak tahun ni,wat suprise skit la hehe,Insya Allah semoga bapa kita sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat di samping isteri tercinta

Reply

suri AUSTRALIA Internet Explorer Windows June 20, 2010 at 7:54 PM

salam..
selamat hari bapa..

erm rasa cam nak call ayah jer :)

Reply

AyieBlog MALAYSIA Google Chrome Windows June 20, 2010 at 8:32 PM

suri call jangan tak call.. muhahaha

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 8:43 PM

Hehehe betul tu ayie :)

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 8:43 PM

waalaikumsalam wbt suri

call la ,jangan tak call,wish sekali yer

Reply

apiih MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 9:54 PM

selamat hari bapa…ko bile nk jadi bapa gak???hehehe :)
apiih recently posted..Aku Penggila Twitter ClientMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 10:20 PM

Selamat Hari Bapa….erksssssss…hahaha,macam ner la aku nak jawab soalan ni erk

Reply

adamfaiz Mozilla Firefox Windows June 20, 2010 at 10:56 PM

Selamat Hari Bapa untuk semua bapa…ucapan dari isteri dan anak-anak dah cukup menggembirakan hati ..
adamfaiz recently posted..Gambar Awek Separuh Bogel?My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2010 at 2:52 PM

yap,dengan ucapan je dah cukup menggembirakan hati bapa kita

Reply

etomyam MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2010 at 12:04 AM

wah begitu banyak penghargaan untuk bapa-bapa, selamat hari bapa untuk semua ;)
etomyam recently posted..Filem Melayu: Kapoww!! Ulasan PeribadiMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2010 at 2:52 PM

selamat hari bapa juga untuk bro dan bapa-bapa di seluruh Malaysia

Reply

lazaac MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2010 at 12:33 AM

selamat hari bapa, abah, daddy, ayah dll… 8) lazaac recently posted..Response cached until Sun 20 @ 18:31 GMT (Refreshes in 60 Minutes)My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2010 at 2:52 PM

hehehe selamat hari bapa gak :)

Reply

Thoha MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2010 at 6:18 PM

Selamat hari bapa untuk bapa2 yang ada di malaysia.. :)
Thoha recently posted..Cara Mudah Untuk Memendekkan UmurMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2010 at 7:01 PM

Selamat Hari Bapa juga bro ,hehehe :) :D

Reply

suri MALAYSIA Internet Explorer Windows June 22, 2010 at 3:54 PM

dah call ayah smlam.tapi dpt tahu kt fb anak sdra kata ‘atok’ sakit.
maknanya ayh surilah..huhu..

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 22, 2010 at 4:17 PM

erkk ye ke,dah pergi tengok ayah lom tu

Reply

Nadri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 23, 2010 at 11:53 PM

singgah sini untuk cari info ttg hari bapa…selamat hari bapa semua…
Nadri recently posted..SePetang di Pejabat Perhubungan Perusahaan JohorMy Profile

Reply

Che Daisy Mozilla Firefox Windows June 24, 2010 at 10:55 AM

Actually Hari Bapa ni memang 20/06 yek..byk sgt sambutan konpius jadinya,,huhu..: :D

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 24, 2010 at 6:24 PM

yap kena tengok kalendar jugak ,hehe

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 24, 2010 at 6:24 PM

terima kasih bro =)

Reply

mus MALAYSIA Internet Explorer Windows July 5, 2010 at 9:37 PM

Aku ada teman sorang bapa dah 50an…. tapi mcm 30an… apa rahsianya?
katanya kopi radix tiap pagi & petang….
mus recently posted..Memilih paparan terbaikMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 5, 2010 at 10:25 PM

owh petua awet muda tu

Reply

nizamghazi MALAYSIA Google Chrome Windows June 19, 2011 at 10:05 PM

Selamat hari bapak.
Eh semoga hari ini bapa2 seluruh M’sia merasa bahgia disamping ank tersyg

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 19, 2011 at 10:22 PM

Hehehe betul tu bro
ni entri tahun lepas,kalau entri hari ni (19 jun 2011)
ada je tu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: