Assalamualaikum semua…
Hari ni merupakan Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun,Pada kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bekerja.

Gambar ikhsan dari Google
Kat bawah ni aku ambil petika dari BERNAMA tentang sambutan Hari Perkerja :-
“Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi” Tema Rasmi Hari Pekerja 2010
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — “Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi” dipilih sebagai tema rasmi sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata tema ini dipilih kerana ia mencerminkan betapa pentingnya peranan warga kerja membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“Kerajaan amat peka dan prihatin dalam merangka dasar-dasar dan strategi demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan rakyat khususnya warga pekerja yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara.
“Kita sedar kemakmuran dan keharmonian yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada kerjasama erat antara pekerja, majikan dan kerajaan.
“Justeru, semua pihak wajar mengekalkan persefahaman pintar ini sebagai model terbaik negara untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Dr Subramaniam berkata bagi merealisasikan matlamat itu, tenaga kerja negara wajar menguasai kepakaran, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang agar negara lebih berdaya saing di peringkat global setanding dengan pekerja di negara-negara maju.
“Kementerian akan sentiasa menjadi peneraju kepada pembangunan dan pengurusan negara dan akan sentiasa aktif memainkan peranan dalam usaha membantu membangunkan tenaga mahir, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, menjamin kebajikan, keselamatan dan hak pekerja melalui jaringan keselamatan sosial,” katanya.
petikan dari BERNAMA
Dan satu lagi artikel yang aku terjumpa semasa membuat research tentang Hari Pekerja ni :-
Apakah asal-usul Hari Pekerja ?
Oleh Rosa Luxemburg
Ditulis pada tahun 1894. Diterbitkan buat kali pertama dalam Bahasa Poland, dalam Sprawa Robotnicza. Diterjemahkan mengikut petikan dari Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard (New York: Terbitan Monthly Review, 1971), muka surat 315-316.
Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (2002).
Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dilahirkan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Yang pertama untuk mengikuti contoh pekerja Australia merupakan pekerja Amerika. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Namun, pada tahun 1888, mereka memperbaharui keputusan mereka dan mengambil keputsan bahawa perayaan seterusnya akan diadakan pada 1hb Mei, 1890.
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan cara seperti kilat idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan .
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.











{ 35 comments… read them below or add one }
selamat hari pekerja…huhuhuhu
huhuhu selamat hari pekerja untuk ko gak
huhuhu..tapi aku tak bekerja,,hahahaha
hahaha ko bakal bekerja la tak lama lg
yeah cutiii…yay
.-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis =-.
selamat bercuti bro,hehe
samat hari pekerj..tp saya tetap keje..heheh..(hari cuti br ramai kasteme)..=p

.-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Selamat hari Pekerja pada Yang Tak keje:: =-.
selamat hari pekerja gak,hehehe tahu xpe,time cuti macam ni la paling ramai customer
best bagi yang cuti, yang tak cuti tu gaji triple or double. pun best gak..hehe
Hehe tengok nasib gak la,kalau kene kerja gaji triple tu,alhamdulillah,rezeki tu
selamat hari pekerja juga..
huhuhu selamat hari pekerja jugak untuk bro
Hari pekerja tu dapat cuti tak bro?
.-= kulanz´s last blog ..Mari Bersama Perangi Rasuah =-.
Huhu kene kerja gak bro,hehe =(
selamat hari pekerja bro…kalau boleh biar setiap1hb kira hari pekerja
.-= etomyam´s last blog ..Lima Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Lama =-.
selamat hari pekerja gak untuk bro,tu la kalau setiap 1hb hari pekerja memang best,dengan cara tu pekerja akan sentiasa dihargai
selamat hari pekerja semalam. haha. kerja blk ye arini =P
fuh siap ade info. bgus3. hee =D
.-= acapz´s last blog ..Memasang Butang Facebook Like Pada Setiap Entri Blogspot =-.
Hehehe aku keje gak bro semalam ,tak cuti pun =(
Malangnya hari pekerja jatuh pada hari Sabtu =( Kalau hari Isnin kan best
.-= imran´s last blog ..Umur bukan halangan =-.
Tu la,kalau isnin dapat la sambung cuti lagi
Selamat hari pekerja 2010… senangnya hari cuti…
.-= jawatan kosong´s last blog ..THE BANK OF NOVA SCOTIA RELATIONSHIP MANAGER VACANCY =-.
Selamat Hari Pekerja juga untuk bro
Heheh sekali aku tak dapat cuti la …hua hua hua =(
selamat hari pekerja bro.. .
selamat hari pekerja untuk ko juga yer
selamat hari bekerja kepada kita semua..memandangkan 1 mei lalu cuti pekerja..haku stop berblogging sebagai tanda menyambut perayaan hari pekerja..hhehehe
Huhu sempat gak ko stop jap eh berblogging,tapi oak gak cmtu ambik feeling hari pekerja
blogging umpama kerja..sbb tue kena cuti sat …heheheheh
.-= marki´s last blog ..Konsert cabut nyawa =-.
betul gak tu,semua blogger umpama pekerja gak kan
Selamat hari buruh 2010.. tingkatkan kesejahteraan para pekerja…
.-= lowongan kerja´s last blog ..SOFTWARE DEVELOPER VACANCY MAY 2010 =-.
selamat hari pekerja untuk kamu juga
betul ke kena sambut Hari Pekerja.
Ali ridha recently posted..Sebak lihat Kepala putus dua
kena sambut gak bro
Tarikh lain tak boleh pilih ke.
Ali ridha recently posted..Sebak lihat Kepala putus dua
Tah la
dalam sejarah pun sebut 1 Mei tu