Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Saban tahun,setiap 16 Mei,kita akan meraikan Hari Guru,tanpa guru,siapalah kita pada ketika ini,pengorbanan seorang guru amat bermakna buat kita semua.Aku ambil sedikit perutusan Hari Guru 2011 dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,harap-harap ianya dapat memberi manfaat buat kita semua.

Gambar dari http://mynewshub.my/
Betapa mulia darjat guru sehingga 16 Mei setiap tahun dikhususkan sebagai hari menterjemah rasa penghormatan yang amat tinggi kepada tuan-puan warga pendidik sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua warga guru atas jasa bakti yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.
Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi.Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru.
Sehubungan itu, amat wajarlah pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Peranan dan fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.
Lagu Tema Hari Guru 2011
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN
PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA
LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM
Lirik Dan Video kredit kepada : kulaijaya.net/v2
SELAMAT HARI GURU 2011
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA





{ 8 comments… read them below or add one }
selamat berbahagia diucapkan kepada guru-guru yang mengajar dengan ikhlas..
naimulfirdaus recently posted..punca hilang semangat
@naimulfirdaus,
dan juga tak maudah rasa jemu dalam mendidik anak-anak bangsa
selamat hari guru… jasanya yang tidak boleh kita balas dengan wang ringgit
zik recently posted..Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!
@zik,
selamat hari guru
yer betul tu,guru adalah insan yang amat berjasa kepada kita semua
selamat hari guru kepada semua guru-guru yang comel. :8
sayacomel recently posted..Comel Serius – Belajar tulisan jawi
@sayacomel,
Selamat Hari Guru juga
errr sayacomel ni cikgu jugak ke
hehe
kakak suri byk dpt hadiah tahun nie…
untung jdi guru sb sllu di ingati spjg tahun
ups:
@suri,
Owhh ok la tu
Selain berbakti kepada anak-anak bangsa,
tugas seorang guru kaalu ikutkan 24 jam ni memang tak cukup
bila ada hari macam ni ,mereka memang patut dihargai oleh semua