You are here: Home /Sinopsis Filem /Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster

Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster

by on October 8, 2011 · 13 comments in Sinopsis Filem

Assalamualaikum

Rasanya filem ni masih baru lagi,pada minggu lepas berkesempatan la juga singgah ke panggung wayang untuk menonton Bini-Biniku Gangster.Filem ni mula ditanyangkan pada 22 September 2011 lepas. Boleh dikatakan jalan cerita ni memang terbaik dan menarik disamping adanya pelakon yang hebat-hebat belaka seperti Shaheizy Sam,Yana Samsudin,Intan Ladyana dan ramai lagi.Bagi yang belum berkesempatan untuk menonton filem ni,saya menyarankan agar mencari peluang untuk menonton filem hebat ni.

Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Trailer Filem Bini-Biniku Gangster

Pengarah : Ismail bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Penulis : Yana Samsudin
Scriptwriter : Yana Samsudin dan Fadzil Zahari
Cerita Asal : Yana Samsudin dan Fadzil Zahari

Lakonan:

Shaheizy Sam : Herry (Pelakon Utama)
Yana Samsudin : Manja (Pelakon Utama)
Intan Ladyana : Reanna (Pelakon Utama)
Zalif Sidek : Mat Saja (Pelakon Utama)
Zul Handyblack : Muza (Pelakon Pembantu)

Krew:

Pengarah Fotografi : Mohd Shahreel Bin Abu Bakar
Pengarah Seni : Ollynn
Pembantu Pengarah : Kartika @ Sugirah bt Mohammad
Penyunting : Brian Ng (Kang)
Penerbit: David Teo

Kredit Kepada : SinemaMalaysia

 Banner

{ 13 comments… read them below or add one }

titan MALAYSIA Google Chrome Windows October 8, 2011 at 3:30 PM

bila aku tengok disebalik tabir hari tu..memang best rasanya cerita nih. hehe..
titan recently posted..Komisen pertama dari LelakiSubur.comMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 4:49 PM

Hehehe
dah tengok kat panggung ke belum tu ?

Reply

Lizz MALAYSIA Google Chrome Windows October 8, 2011 at 5:09 PM

rasanya, konsep cite ni macam drama korea. tak tahu kenapa tapi rasa macam ada drama korea ke japan xingat dah yang ala-ala macam ni.
Lizz recently posted..Download Drama Stanza Cinta Full EpisodeMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 4:50 PM

Betul gak eh
jalan ceritanya lebih kurang sama

Reply

cikYana Mozilla Firefox Windows October 8, 2011 at 5:47 PM

Salam ziarah wazy :)
cikYana recently posted..Feveret SnackMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 4:51 PM

hehehe
terima kasih kerana melawat blog ni :)

Reply

Pacifista Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 12:33 AM

tak tengok lagi citer ni.tunggu download je la :p
Pacifista recently posted..External Hard Disk, Pen Drive & TopupMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 9, 2011 at 4:51 PM

Hehehehe
kalau internet laju best gak download tu

Reply

SS MALAYSIA Mozilla Firefox Windows October 14, 2011 at 2:30 AM

hehe. dah boleh download la citer ni >.<
SS recently posted..#FF Review Laman Freelancentral.myMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux October 15, 2011 at 11:11 PM

Hehhhehe
ok la tu kalau dah download :)

Reply

acapz Mozilla Firefox Windows October 15, 2011 at 5:56 AM

lawak cite ni. haha. dah tngok wyng n siap download lagi. ngee
acapz recently posted..mostSMS Program Sedia Untuk Dimuat TurunMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Linux October 15, 2011 at 11:11 PM

hoho
terbaik,dah tengok kat wayang jugak :)

Reply

Mejuez MALAYSIA Google Chrome Windows October 16, 2011 at 3:55 PM

Aku dah tengok cerita ni…

komen mengenai cerita ni rasanya filem ni tak berapa nak best bagi aku.. Jalan cerita nya tak pape jee.. menyakitkan hati bila tengok.. satu lagi filem ni yang menjadi hairannya boleh dapat keuntungan tinggi.. mungkin sebab trailer dia gempak padahal jalan cerita macam hareemmm.. tak best langsung..

aku dah setkan dalam hati ni, malas nak tengok filem keluaran Devid Teo da sebab filem keluaran dia semuanya gimik lebih, trailer gempak tapi jalan cerita tah pape… rugi………..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: