Assalamualaikum
Kali ni nak buat review tentang filem yang di tayangkan serentak bersama filem Hantu Bonceng yang bertajuk Karipap Karipap Cinta (Mula ditayangakn pada 31 Ogos 2011).Memang sesuai la bila dalam suasana hari raya,pelbagai genre filem menarik mula ditayangkan di pawagam.
Sinopsis Karipap Karipap Cinta
Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.
Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.
Pengarah : Othman Hafsham
Syarikat Penerbit : Cinematic Sdn. Bhd.
Lakonan: Gambit Saifullah sebagai Ali (Pelakon Utama)
Melia Aimellia sebagai Sarah (Pelakon Utama)
Eman Manan sebagai Dato’ Razali Bunari (Pelakon Pembantu)
Sani Sudin sebagai Bart Rasta (Pelakon Pembantu)
Rosnah Johari sebagai Ibu Sarah (Pelakon Pembantu)
Patrick Teoh sebagai Uncle Hong (Artis Jemputan)
Chef Wan sebagai Chef Wan (Artis Jemputan)
Ery Zukhairi sebagai Amran (Pelakon Pembantu)
Krew:
Daven R (Pengarah Fotografi)
Azwan Aziz (Pengarah Seni)
Kate James (Penyunting)
Kredit Kepada Sinema Malaysia





{ 6 comments… read them below or add one }
hati teringin nak tengok tapi raya sibuk silap2 kalau ke pawagam boleh tidur kepenatan hehee
puanbee recently posted..WordPress theme magazine style di puanbee.com
hehehehe
rugi la kalau tertidur masa tengok wayang
Ada gambit. aku jadik tension. so malas tengok. hahah
gamep01nt recently posted..HISAP ROKOK JENIS SEMBUR MERATA
Hahahaha
ramai kot yang macam ni sebab kisah lama gambit tu
huhuhu… macam menarik je… raya taun depan mesti kuar kat tv ni…
mancai recently posted..sejarah sistem rangkaian – infografik
Haaa betul tu