FILEM KONGSI – LU LANGSI LU MATI
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAK terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
Pengarah : Farid Kamil
Penulis : Farid Kamil
Lakon layar :Farid Kami
Penulis Skrip :Fadzil Zahari
Cerita Asal : Fadzil Zahari
Lakonan:
Shaheizy Sam : Tumulak (Pelakon Utama)
Fizo Omar : ASP Shariff (Pelakon Pembantu)
Yana Samsudin : Inspektor Olla (Pelakon Pembantu)
Azad : Mikail (Pelakon Pembantu)
Bront Palarae : Kimpedu (Pelakon Pembantu)
Putri Mardiana : Yati (Pelakon Pembantu)
Krew:
Pengarah Seni : Ollynn
Penyunting : Brian Ng (Kang)
Penerbit: David Teo
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 12 Mei 2011
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Kredit : Sinema Malaya
P/S : Nantikan kemunculan filem Kongsi-Lu Langsi Lu Mati ni pada 12 Mei 2011 di pawagam-pawagam berdekatan












{ 26 comments… read them below or add one }
huhu, lu langsi lu mati, konfirm gempak ar lepas ni
syahrilhafiz recently posted..Tips pemilihan nama domain berkesan
@syahrilhafiz,
Aha
tahu xpe bro
kalau tengok The Making cerita ni pun best
tak rugi kalau tengok
nampak macam best jugak ni..
naimulfirdaus recently posted..percuma download novel PDF Antara Dua Bidadari di sini
@naimulfirdaus,
Huhu
memang best pun bro
rasa cam boleh meletup je ni… ala2 YnD … tapi bab komedi tu yang best…
@mancai,
Ha ah
gerenti meletup punya filem ni
pasti terjah panggung wayang nih
azura recently posted..Lewat Kahwin Jangan Dicerca
@azura,
Huhuhu
ok
nanti boleh la review sekali macam entri ni
xsabar nak tengok citer nih.hu3
aleen aiden recently posted..dosa multi levelkau mau
@aleen aiden,
Hehehehe
nanti dah keluar boleh la tengok erk
Assalamualaikum, wah best cerita nie aku tak sabar ada lagu satu KL gengster, best jugak cerita dia
, trailer movie aku selalu tengok kalau mula-mula pawagam nak start movie
, hehehe
AyieBlog recently posted..Setup Shoutcast Server Part 1
@AyieBlog,
Waalaikumsalam
hehehe memang best bro cerita ni
haaa KL gengster pun mantap
tak rugi kalau tengok
Bront Palarae ada. Yess mesti tengok

Mrs.Ayie recently posted..Ini bahasa jiwaku
@Mrs.Ayie,
Heheheh
tahu xpe
ajak ler sekali sidia tengok wayang erk
wah..mcm best je chegitha nih..nak download lh
@MDHAFiZ.NET,
Memang best cerita ni bro
hehehe kalau ank tunggu download lama lagi kot
xpun tengok kat Asro First
Hahaha, carita ni mesti lawak habis. tengok iklan kat tv pun dah semacam je,
Hisyam recently posted..Pekerja Fikir Dan Tak Fikir
@Hisyam,
Tahu xpe bro
memang layan kalau tengok cerita ni
dah ready ni…tak sabar nak tunggu dye launch..kasi review sikit…ahaha..

donha recently posted..Pesanan nabi sebelum tidur
@donha,
Hehehe
ok la tu
skit hari je lagi
alamak skli di aletak pic tengkorak ar…
@suri,
hehehhe
baru la nampak ganas skit ye tak
cerita serius tapi lawak..
memang sempoi
@esempoi,
tahu xpe
best2
Hari Sabtu nk g tengok (:
Lu tak gi Tengok Lu Rugi ;p
nizamghazi recently posted..Cara Menjejaki Rakan Facebook Anda Yang Hilang Unfriend
@nizamghazi,
Huhu
jom kita tengok ramai-ramai