You are here: Home /Informasi /Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3

Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3

by wazy on August 14, 2010 · 45 comments in Informasi

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Hari ni tergerak juga untuk publish entri tentang drama di Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3.Mesti ramai rakan-rakan dah tengok cerita ni kan ? Hehe dah tentu ramai yang ingin melihat aksi lakonan pelakon cilik yang comel yang tidak lain tidak bukan adik Mia Sara Nasuha.Drama Epilog Syurga Cinta ini dilakonkan oleh Fida, Zizan Nin, adik Mia Sara Nasuha dan ramai lagi

Untuk pengetahuan semua,drama ini disiarkan di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang.Drama ini mempunyai 28 episod.

Berikut adalah sinopsis Drama Epilog Syurga Cinta

Sinopsis Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

 Banner

{ 41 comments… read them below or add one }

apiih MALAYSIA Internet Explorer Windows August 14, 2010 at 12:07 PM

bg aku cite ni best la jgk kdang2…ehehehe
apiih recently posted..No More Twitter!My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 2:08 PM

hehehehe
mesti la best sebab ade adik mia =)

Reply

mrnamie MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 1:59 PM

aish.. mak aku je yang rajin nengok drama-drama nih.. keke
mrnamie recently posted..Biar betul Salleh Gregor Samsa niMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 2:08 PM

hehehe
aku belum tengok lagi cerita ni
tapi dari sinopsis,sah best kalau dapat tengok kan

Reply

acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 9:18 AM

haha. sme la ngn mak aku. aku xberapa rajin sngt. hee. tp awek gadis melayu tu lawa. auww :P

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 3:01 PM

hoho ko mesti tengok awek tu je kan :)

Reply

acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 10:44 PM

haha. yup. mesti la bro. ngee. cun pe :P
acapz recently posted..10 Smiley WordPress Plugin Untuk Blog AndaMy Profile

Reply

pawaka19 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 2:02 PM

adik mia berlakon..mesti ramai dok tengok ni
pawaka19 recently posted..Rancangan Menarik Astro Sempena Ramadhan 2010My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 2:08 PM

Tahu xper bro
mesti rating penonton naik ni

Reply

azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 2:54 PM

cter fevret aku ni..setakat ni tgk semua lg episd die..kah2..

ko perasan x sinopsis tu utk filem syurga cinta bro?hahaha…ad name watak lain kan?..aku mula2 artu da perasan tpml nk edit ..copy n bg kredit je…hahhaa
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna BerkumpulMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 2:56 PM

sama la dengan aku,heheh
erkk ye ke sinopsis syurga cinta ni,
nanti aku update lik ek

Reply

azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 3:29 AM

kalau x slp aku la..xtaw klu btol pon kan..redah aje..ahahahah
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna BerkumpulMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 1:16 PM

hehe tu la
mana-mana pun sama gak kan

Reply

lizz MALAYSIA Google Chrome Windows August 14, 2010 at 3:15 PM

first reason tgk sebab adik mia sara!!!!hahaha.tapi,now dah layan cuz not bad lah.sesuai kan sempena bulan puasa cume scene peluk bukan muhrim melawak gak ar.haha
lizz recently posted..Ubah Hidup Jadi Lebih Baik dan Bukan Dengki Sesama Sendiri!My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 3:28 PM

hehehe
ramai juga yang tengok cerita ni sebab ada adik mia sara
ooo bahaya juga adegan tu pada bulan puasa ni yek :)

Reply

PutraMalaya MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 4:32 PM

salam 4 ramadhan 8)

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 11:12 PM

Thanks
Salam ramadhan kembali bro

Reply

kulanz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 11:56 PM

aku jarang dapat tengok drama ni masa ditayangkan.. sebab siaran jam 6.30pm.. waktu maghib dah masuk tu..
kulanz recently posted..Hidangan Berbuka Puasa- Nasi Kerabu- Ayam Percik dan Mee KariMy Profile

Reply

adamfaiz Mozilla Firefox Windows August 14, 2010 at 11:58 PM

sama la…sampai rumah paling awal pun pukul 7.30
adamfaiz recently posted..4 Perkara Mudah- Besar Ganjarannya Di Bulan RamadhanMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 12:13 AM

Huhu
macam tu layan cite ni kat youtube ok gak kan

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 12:12 AM

saya pun lom sempat tengok jugak cerita ni bro

Reply

kulanz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 11:00 PM

nasib baik ada juga online.. kalau ada masa boleh tengok :)
kulanz recently posted..Bunga Mawar Merah Jambu Mula MekarMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 16, 2010 at 3:17 PM

heheh ok bro
jangan ketinggalan tengok kat youtube

Reply

Mr.Z Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 12:30 AM

layan la gak..
tp apa yg ak prasan la..tv3 ni asyik drama pasal orang2 kaya dan korporat je kan.. :)
Mr.Z recently posted..Buang Bayi Hukuman Mati Mandatori!My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 1:17 PM

Huhu sama la
Aku memang dari dulu perasan pasal drama TV3 ni
Asyik cerita pasal orang kaya dan korporat,kalau dalam slot samarinda pun sama gak

Reply

RasaHatiku MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 7:15 AM

Assalamualaikum.
Kalau baca dari sinopsis, boleh tahan gak citer ni. Tapi buat masa nie, tak berkesempatan nak tengok.
Minggu depan nie nak tengok jugak.

Salam Ramadhan.
TQ
RasaHatiku recently posted..Ramadhan CeriaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 1:20 PM

Waalaikumsalam
dari sinopsis memang menggambarkan cerita ni memang menarik
Salam Ramdhan juga untuk bro

Reply

hanif MALAYSIA Google Chrome Windows August 15, 2010 at 11:29 AM

Aku tak pernah tengok lagi..sedihnye..jarang tengok tv,tau pn dalam blog kawan2 jer..
hanif recently posted..VCD Cetak Rompak Pun Ada Dijual di Bazar RamadhanMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 1:22 PM

owhh xpe bro,kalau ada masa tengok al yer cerita ni

Reply

masyhury AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 4:46 PM

acara itu di malaysia ya? wah aq di medan, gk bisa liat dong…
salam kenal ya… :love: :beurk:
masyhury recently posted..Selamat Datang Bulan RamadhanMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 5:48 PM

Rancangan ini memang dari Malaysia
tapi saudara boleh lihat di youtube
salam kenal kembali

Reply

zik Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 5:07 PM

alamak bro tak sempat tengok la…hehe..
zik recently posted..Kibarkan jalur gemilang di bulan kemerdekaan!My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 5:48 PM

Hehehe
sama la dengan aku,lom sempat tengok lagi

Reply

etomyam MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 15, 2010 at 10:42 PM

wah, heroin tu aku suka tu, nampak sempoi jer hehe
etomyam recently posted..Metrojaya Raya Sale@PutrajayaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 16, 2010 at 3:18 PM

hehehe
heroin dia memang sempi bro
cun pulak tu

Reply

ashraf AUSTRALIA Google Chrome Windows August 16, 2010 at 12:35 AM

aku minat hero dia smart je…..heroin dia pun ok gak cuma nampak kampung sikit…hahaha :)
ashraf recently posted..Kisah Rumah BarukuMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 16, 2010 at 3:18 PM

Hehehe
maybe 1st time berlakon la tu

Reply

donha MALAYSIA Google Chrome Windows August 16, 2010 at 5:29 PM

mesti kena tengok ni. tapi tunggu habis dulu kot. download. kasi tengok non-stop.haha

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 16, 2010 at 5:36 PM

Betul tu bro
sekali tengok cerita ni best
mesti boleh addict punya

Reply

bro joe AUSTRALIA Mozilla Firefox Windows August 25, 2010 at 1:31 AM

untuk pengetahuan semua.. semua episod cerita ini boleh ditonton dgn jelas dan tepat di http://www.tv3.com.my

pilih menu catch-up.. dan dalam menu tue pilih drama epilog syurga cinta.. semua drama, cerita, show yg lain turut ada..

layan..

Reply

wazy Mozilla Firefox Windows August 25, 2010 at 1:43 AM

ok gak tu bro
tq tq

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: