You are here: Home /Informasi /Southern Wheel Motorsports

Southern Wheel Motorsports

by wazy on February 17, 2010 · 26 comments in Informasi

Assalamualaikum wbt…

Hai semua,kali ni aku nak berkongsi tentang kelab kegemaran aku iaitu Southern Wheel Motorsports.Kepada rakan-rakan blogger yang berada di Johor mesti sudah sedia maklum dengan Kelab Berkereta Southern Wheel Motorsports ni kan ?

Ok..kat sini aku nak ceritakan sedikit mengenai sejarah Southern Wheel Motorsports (SW) ni.

Southern Wheel Motorsports (SW) bermula di Ulu Choh, Pontian dan ditubuhkan pada tahun 1999. Kelab berkereta ni asalnya ditubuhkan hanya untuk suka-suka dan bermula dari geng mat motor. Insan yang mula-mula terlibat dalam penubuhan kelab ini adalah saudara Joe, Gumik, Dol, Black, Londeh dan beberapa nama lagi gagal untuk dipastikan.

Generasi asal yang terbabit dalam penubuhan kelab ini sudah tidak melibatkan diri mereka namun mereka masih lagi sentiasa berhubung dengan kami. Untuk pengetahuan umum, kelab ini hanya mempunyai kira-kira 20 ahli sahaja ketika itu.

Untuk pengetahuan semua, logo sticker belakang Southern Wheel Motorsports (SW) asalnya adalah sticker utama yang dahulunya dilekatkan di cermin hadapan dan warna rasmi Southern Wheel Motorsports (SW) pada ketika itu ialah biru dan merah. Namun pada penghujung tahun 2000, barisan Induk Southern Wheel Motorsports (SW) telah menukar reka-bentuk sticker cermin hadapan kepada yang boleh anda lihat ketika ini di mana-mana kereta ahli Southern Wheel Motorsports (SW) dan juga menukar warna rasmi kepada kuning dan putih sebagaimana kekal hingga kini.

Semenjak itu Southern Wheel Motorsports (SW) semakin berkembang dengan bertambahnya penyertaan ahli sehingga kini lebih 300 keahlian didaftarkan dan akan terus bertambah dan bertambah dari semasa ke semasa dengan hanya keahlian dari seluruh Johor dan kini Southern Wheel Motorsports (SW) mempunyai 8 cawangan utama iaitu Pontian, Batu Pahat, Kluang, Bandaraya, Mersing, Wilayah Iskandar,Pasir Gudang dan Tebrau serta 1 kumpulan kecil yang membabitkan ahli-ahli Southern Wheel Motorsports (SW) yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sepanjang hampir 11 tahun penubuhan Southern Wheel Motorsports (SW) kami telah dipengerusikan oleh 4 orang pengerusi kelab. Bermula daripada Abang, Abang Joe, Abang Dol dan yang terakhir sehingga kini iaitu Abang KJ.

Pada tahun 2002, kelab berkereta Southern Wheel secara rasminya didaftarkan di Suruhanjaya Pendaftaran Kelab di Malaysia dengan nombor pendaftaran 1334 hasil usaha keras Abang KJ dan ahli Southern Wheel Motorsports (SW) pada masa itu.

Southern Wheel Motorsports (SW) ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kami semua. Southern Wheel Motorsports (SW) banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan selain konvoi dan aktiviti sukan setiap tahun. Antara aktiviti wajib Southern Wheel Motorsports (SW) setiap tahun adalah konvoi, kejohanan bowling, kejohanan futsal, Majlis Jamuan Hari Raya dan sebagainya.

Antara orang-orang lama yang masih ada dalam kelab ini sehingga kini ialah Pah, Punk, YB, Ambok, Pejal Rabun, Abang KJ, Ja’o dan beberapa nama yang gagal dikesan.

Alhamdulillah. Walaupun sepanjang 10 tahun ini Southern Wheel Motorsports (SW) telah diduga dengan berbagai cubaan serta permasalahan, namun kerana sayangnya kami pada kelab membuktikan kami mampu bertahan selama tempoh ini. Insyallah, andai diizinkan Allah S.W.T. kami akan mula mengorak langkah dengan menambah keahlian dari seluruh Malaysia. Semoga Southern Wheel Motorsports (SW) akan terus maju dan maju ke hadapan.

Maklumat lanjut korang boleh ke forum rasmi di sini

atau di sini

Southern Wheel Motorsports

Satu Kelab.Satu Persaudaraan.Satu Ukhuwah Yang Erat

 Banner

{ 26 comments… read them below or add one }

oh!dawie MALAYSIA February 17, 2010 at 9:04 AM

hoho..club nie utk warga johor jer ke bro?

Reply

sHaM MALAYSIA February 17, 2010 at 9:13 AM

@oh!dawie, Penyertaan terbuka jika berminat..Lagipun SW dah mula nak berkembang ke seluruh pelosok tanahair..Cuma kami kurang dari segi wakil negeri² lain..

Reply

Wazy MALAYSIA February 19, 2010 at 2:31 AM

@sHaM,
Thnaks bro sebab sudi komen :)

Reply

Wazy MALAYSIA February 17, 2010 at 9:20 AM

@oh!dawie,
yap bro seperti yang di katakan oleh sHaM,kalau bro berminat boleh je join dan aktifkan diri dalam forum :)

Reply

apiih MALAYSIA February 17, 2010 at 11:56 AM

motorsport??? eerrkkk….aku pon nek moto kodi2..jerk ..huhuhu
.-= apiih´s last blog ..Bagaimana Hendak meng’RESUME’kan ‘corrupted/broken download’ menggunakan IDM dari MEDIAFIRE =-.

Reply

Wazy MALAYSIA February 17, 2010 at 12:46 PM

@apiih,
Hehehe kalau nak join forum apa salahnya bro :)

Reply

azizan4444 MALAYSIA February 17, 2010 at 12:04 PM

aku masih kurang berforum..mcm bez..pna join skli tp x aktif…hehehee

Reply

Wazy MALAYSIA February 17, 2010 at 12:46 PM

@azizan4444,
best bro kalau join forum ni,boleh bertukar-tukar idea dan lain-lain

Reply

marki MALAYSIA February 17, 2010 at 12:30 PM

kebanyakkannya pakai kereta apa bro..

p/s: wah..semuanya ada “Abang” didepan..huuhuh

Reply

Wazy MALAYSIA February 17, 2010 at 12:47 PM

@marki,
Kebanyakkan pakai kereta Wira,Satria,Kenari ,semua support kereta buatan Malaysia bro :)

Reply

acapz MALAYSIA February 17, 2010 at 12:51 PM

woo ko join club moto ye?. waa hbt2. ade konvoi r best. hee

Reply

Wazy MALAYSIA February 17, 2010 at 1:04 PM

Aha time ade konvoi la paling best :)

Reply

syin MALAYSIA February 18, 2010 at 2:16 AM

ooo…ingat apa tadi….
dlm kelab ni tak spesfik ke kereta apa…? kira semua blh jalan la….?
hahaha…

Reply

Wazy MALAYSIA February 18, 2010 at 2:19 AM

@syin,
yap bro,semua kereta boleh je join kelab ni sesuai dengan motto kelab ni Southern Wheel Motorsports : Satu Kelab.Satu Persaudaraan.Satu Ukhuwah Yang Erat

Reply

kulanz MALAYSIA February 18, 2010 at 6:29 PM

join kelab kereta juga bro..
bagus juga tu isi masa lapang..
.-= kulanz´s last blog ..Memasang Google Buzz Button di Blogspot =-.

Reply

Wazy MALAYSIA February 19, 2010 at 2:08 AM

@kulanz,
Betul tu bro,sambil mengisi masa lapang,boleh juga bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan kelab :)

Reply

x-po MALAYSIA February 19, 2010 at 7:30 AM

hoho bro ni kaki motor ke kaki rempit? ekekeh gurau je
.-= x-po´s last blog ..AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR =-.

Reply

Wazy MALAYSIA February 20, 2010 at 2:31 AM

@x-po,
Eekekeke ni kelab berkereta bro,best woo kalau join :)

Reply

lizz MALAYSIA February 21, 2010 at 3:17 PM

huhuhu. ape punya warga Johor daa aku ni. tak tahu pun club ni .huhuhu
.-= lizz´s last blog ..4 Perkara Yang Perlu Ada Sebelum Berkahwin. Tak Wajib, Sunat Aje =-.

Reply

wazy MALAYSIA February 21, 2010 at 3:32 PM

@lizz,
Hehe meh la join forun Southern Wheel Motorsports ni sekali :)

Reply

sHaM MALAYSIA February 25, 2010 at 7:24 AM

Meh la join..Kelab ni akan meraikan ulangtahun yang ke 11 nanti..
Insyallah akan ada sambutan yg meriah..
.-= sHaM´s last blog ..Southern Wheel Motorsports Open Autoshow 2010 =-.

Reply

wazy MALAYSIA February 25, 2010 at 7:43 AM

Betul tu,lagi ramai lagi meriah sambutan ulangtahun ke 11 SW nanti

Reply

zamzaha bin samiran MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 2, 2010 at 4:27 PM

alhamdulillah sw semakin berkembang..dah dapat sponser juga……siapa2 yg nak join boleh call no dibawah ni..jao..0177057794

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 2, 2010 at 4:42 PM

Wahh…

Pengerusi SW komen la,hehehe terima kasih bro,
Aku akan cuba promote SW ni sebaik mungkin yer

Reply

zamzaha bin samiran MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 2, 2010 at 10:48 PM

wazy: terima kasih banyak sebab promosi Kelab Berkereta Southern Wheel Motorsports..jasamu tetap di kenang…

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows August 2, 2010 at 11:05 PM

sama-sama bro,hal kecik je ni

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: