Salam semua ..

Adeh hari ni hilang minat aku nak update blog,padahal dalam draft ade la sedikit entri yang berkaitan dengan ilmu blogging ni,haishh sabar je la…

Nak tahu kenapa,sejak dua hari lepas,Streamyx kat area sini problem,tengah sedap-sedap buat kerja online,dengan tiba-tiba boleh lak terputus kaki talian,huihhh leh turun menjunam bisnes kat Cyber Cafe ni.Maklumlah 80 % daripada pelanggan semuanya menggunakan internet.Apabila Internet tiada,jenuh gak la nak menjawab “Internet takde la bang/kakak/makcik/pakcik”.

Dengan ketiadaan internet aritu,hahaha budak-budak hingusan main game je la,dengan aku sekali layan game ,hahaha (sabar je la)

Ok kat sini jom kita berkongsi pengalaman dengan masalah Streamyx ni,jeng jeng jeng.Sebelum tu aku ade ke blog Kak Yan,beliau pun menghadapi masalah yang sama denagn streamyx ni.

Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila Streamyx mula menunjukkan masalah dia :-

  1. Satu hari tu waktu hujan lebat,aku pun tengah ponteng khusyuk kerja,kemudian guruh kuat,apa lagi,terputus bekalan elektrik buat sementara waktu,apabila periksa suis utama ,alhamdulillah belakan elektrik kembali pulih,tapi Streamyx ??? mendukacitakan
  2. Pernah pada satu malam ,dengan tiba-tiba bekalan elektrik terputus,pehh bergelap la jawabnya,aku pun tak boleh buat apa-apa,jadi kene la tutup kedai dan pulangkan kembali duit pelanggan yang baru je masuk ke Cyber Cafe (rugi-rugi)
  3. Kalau Streamyx dah down terputus talian,mesti kene report kat TM la kan,memang aku akui ramai operator yang mesra pengguna,kadang-kadang siap bantu aku dari a-z untuk settlekan masalah dan ada juga macam nak tak nak je tolong pelanggan tetap Streamyx macam aku ni.Tapi aku nk wat feedback,sejak kebelakangan ni perkhidmatan pelanggan TM ni agak memuaskan,tak amcam dulu,ada operator yang sombong
    Tapi apa nak buat nak tak nak terpaksa gak buat ,terpaksa gak layan sebab Cyber Cafe ni memerlukan Perkhidmatan Streamyx.

haa,yang ni pulak pasal tadi la,waktu pagi ok je Streamyx ni,pehh laju berdesup,last-last,terputus kasih talian.Ada la dalam setengah jam aku duk restart modem,on off dan macam-macam lagi la,fuhh Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,dan dapatla aku buat entri Streamyx Oh Streamyx ni.

Ok sampai kat sini je la ek pasal Streamyx Oh Streamyx ni.Kepada rakan-rakan yang lain tu,mari la berkongsi pengalaman korang yer kat ruangan komen di bawah ni.

Related posts:

  1. Streamyx Oh Streamyx Part 2
  2. Stabil Atau Tidak ??
  3. Dugaan Seorang Blogger
  4. TAG By Nina
Denihati