Nothing Special About Me
Posts tagged SEO
Terima Kasih Nuffnang Part 2
Jun 9th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Agak lama aku tak update blog ni,maybe dah bersawang sangat kot.Jadi hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua,Sebagaimana entri aku yang terdahulu iaitu Terima Kasih Nuffnang 3 hari lepas aku telah mendapat surat cinta dari Nuffnang dan semestinya aku telah mendapat cek sekali.Di sampul surat tersebut ada label HSBC.Alhamdulillah,walaupun tak seberapa,tetapi cukup la untuk balik modal segala penat lelah yang aku habiskan bersama blog ni.

Buffered Earnings Nuffnang Yang Pertama
Mar 17th
Assalamulaikum semua…
Harini aku terlebih rajin pulak check akaun Nuffnang aku,Alhamdulillah dapat juga Buffered Earnings Nuffnang Yang Pertama.Lama gak aku tunggu buffered ni,ye la asyik tengok rakan-rakan blogger lain je kan yang dapat buffered ni,sekali rezeki aku pun ada.Hehe…
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kipas susah mati peminat blog terutama kepada rakan-rakan blogger sebab tak jemu singgah dan meberi komen serta
melalak tinggalkan pesanan di shoutbox.Tak lupa juga kepada pihak Nuffnang,jasamu tetap ku kenang
Ok kat bawah ni aku sertakan sekali printscreen buffered Earning.

Akhir kata,Terima Kasih Nuffnang
P/s : Aku sedang mencari idea untuk membuat contest untuk semua rakan-rakan blogger sebagai tanda penghargaan korang kepada blog ni.
P/s 2 : Bosan lak semakin banyak spam komen masuk kat blog ni,dah takde kerja kot,spam blog je ,isk isk isk
Sejarah WordPress
Feb 25th
Salam semua…
Arini saya nak ceritakan tentang Sejarah WordPress,memang dah di akui,ramai antara rakan-rakan blogger sudah pun menggunakan platform WordPress ni kan ? Begitu juga saya.

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya.
b2
b2 merupakan sistem induk yang membawa kepada perkembangan WordPress. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dengan penggunaan MySQL, b2 dibangunkan oleh Michel Valdrighi, yang sekarang masih terus menjadi pemaju sistem perisian WordPress.
Selain WordPress yang merupakan perisian rasmi yang berevolusi dari sistem b2, terdapat projek lain yang masih turut mengalami perkembangan dari induk yang sama, iaitu b2evolution.
Permulaan WordPress
Nama ‘WordPress‘ telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada ‘bapa’ pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).
WordPress MU adalah sistem penerbitan multiblog yang terbina dalam WordPress. Perbezaan utama antara WordPress dan WordPress MU ialah Wordpess MU dicipta untuk membenarkan berbilang blog wujud dalam satu langkah pemasangan sahaja. WordPress MU membolehkan pemilik laman web mewujudkan komuniti blog mereka sendiri,dan mengawal serta melakukan tugas memoderasi semua blog dari hanya satu papan-pemula.Contoh komuniti yang dapat dilihat menggunakan WordPress MU adalah WordPress.com dan Universiti Harvard.
Contest Baru Pulak
Feb 4th
Salam semua….
Malam ni aku tergerak nak join contest pulak,hehehe.Saja nak cuba sebab sebelum ni aku belum pernah join contest yang melibatkan gambar yang cun-melecun dengan erti kata lain sudah di edit baik punya dengan photoshop.
Kat mana aku dapat tahu contest ni ek,tadi aku ke blog Nine,ade lak update terbaru dia dengan tajuk “Contest Baru Pulak”.Cepat-cepat la aku baca entri dia tu.
Contest ni di anjurkan oleh http://kameraxburuk.blogspot.com/.Korang boleh la tengok syarat² contest ni di sini
TAG By Nina
Feb 4th
[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar
Jan 27th
Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik ini baru berusia 2 tahun!
Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza : Ammar Oh Ammar
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada
Adik Ammar
Rumah a.k.a Hosting Baru
Jan 27th
salam…
Alhamdulillah dapat juga akhirnya blog aku up kembali.Jutaan terima kasih buat rakan-rakan terutama Roslan Nazri,Nine,Azizan dan juga Ichigo.Tanpa sokongan dari mereka maybe blog aku ni asyik merajuk tak boleh buka page langsung.
Seperti pada entri aku yang bertajuk Sepaku Hosting aku memuji-muji mereka,maklum la pertama kali beli domain dan hosting sendiri.Pada permulaan aku menggunakan khidmat Sepaku Hosting semua berada di dalam keadaan baik,dan selepas 2-3 minggu mula dah tunjuk kekwat kelemahan ,blog kesayangan aku ni down ,kene suspend dan sebagainya la.
Terima Kasih Nuffnang
Jan 7th
Salam semua…
Heheh.. hari ni aku dapat cek pertama dari Nuffnang,wahhh betapa gembiranya hati aku,balik kerja pukul 7.00 malam tadi aku tengok kat meja ade sampul surat berlabel HSBC,weww dah sampai akhirnya cek yang aku tunggu-tunggu ni ,walaupun tak sebanyak mana pun,kira ok gak kan.Kiranya segala hasil blogwalking aku ke blog rakan-rakan seperjuangan membuahkan hasil .
Ok kat bawah ni aku sertakan gambar cek tersebut sebagai bukti yang aku dapat cek dari Nuffnang ni
Macam mana dengan korang semua ? mesti dah 2 / 3 kali cash out dari Nuffnang kan ? Hehehhe Kalau sudi komen-komen la pengalaman semasa 1st time dapat cek ni yer
P/s : Semoga semangat blogwalking di antara kita semua tidak akan hilang begitu sahaja k,sama-samalah memajukan industri blog di Malaysia ni








![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)





















