Nothing Special About Me
Posts tagged Tips
Dugaan Seorang Blogger
Apr 8th
Assalamualaikum semua..
Apa khabar ? diharapkan semua rakan-rakan blogger,facebook dan twitter berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Berbalik pada tajuk entri ni yang berbunyi Dugaan Seorang Blogger.Apabila kita tengok perkataan Dugaan tu je ,mesti dah ramai tahu makna dia kan ? .Apa yer kalau dugaan -dugaan yang sering dihadapi blogger ni.haa kalau nak tahu jom sambung baca entri ni.
1. Masalah Internet
Kalau nak berblogging ni memang perlukan connection internet,bab ni aku rasa semua dah merasa masalah berkaitan internet,tak kira la korang menggunkan streamyx,maxis / digi / celcom broadband.Kepada sesiapa yang follow blog ni dan tentu tahu masalah yang aku hadapi di Streamyx oh Streamyx dan juga Streamyx Oh Streamyx Part 2.
Aku pun guna streamyx ni kat cc je,so korang faham-faham la yer,kalau line laju tu memang aku dah balun layan blogwalking.
2. Kekurangan Idea
Kalau ade blog ,tentu kita nak update blog selalu kan ? . Situasi macam ni aku pernah kene gak la.Langsung tiada idea apa aku nak tulis kat blog.Tetapi kalau idea datang mencurah,mesti dalam sehari tu ade 2 atau 3 update.Aku pun tengah cari idea untuk update blog sehari sekali,itupun kalau tak busy dengan kerja.
Sejarah WordPress
Feb 25th
Salam semua…
Arini saya nak ceritakan tentang Sejarah WordPress,memang dah di akui,ramai antara rakan-rakan blogger sudah pun menggunakan platform WordPress ni kan ? Begitu juga saya.

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya.
b2
b2 merupakan sistem induk yang membawa kepada perkembangan WordPress. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dengan penggunaan MySQL, b2 dibangunkan oleh Michel Valdrighi, yang sekarang masih terus menjadi pemaju sistem perisian WordPress.
Selain WordPress yang merupakan perisian rasmi yang berevolusi dari sistem b2, terdapat projek lain yang masih turut mengalami perkembangan dari induk yang sama, iaitu b2evolution.
Permulaan WordPress
Nama ‘WordPress‘ telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada ‘bapa’ pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).
WordPress MU adalah sistem penerbitan multiblog yang terbina dalam WordPress. Perbezaan utama antara WordPress dan WordPress MU ialah Wordpess MU dicipta untuk membenarkan berbilang blog wujud dalam satu langkah pemasangan sahaja. WordPress MU membolehkan pemilik laman web mewujudkan komuniti blog mereka sendiri,dan mengawal serta melakukan tugas memoderasi semua blog dari hanya satu papan-pemula.Contoh komuniti yang dapat dilihat menggunakan WordPress MU adalah WordPress.com dan Universiti Harvard.
Lajukan Mozilla Firefox 3-30x Lebih Laju
Jan 4th
Salam…
Lajukan Mozilla Firefox korang 3-30x lebih laju!!! (wahh macam best je ni kan ) Khas juga kepada mereka yang suka blog walking
Kalau korang guna firefox macam aku korang patut buat benda ni.
1.Taip “about:config” dekat “address” pastuh tekan “enter“.Scroll tikus korang sampai jumpa benda entries ni:
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests
Biasanya pelayan internet akan satu permintaan dalam satu2 masa.Jadi
kalo korang “enable pipelining” membolehkan pelayan korang membuatkan banyak permintan dalam satu2 masa.
2.Ubah “entries” macam bawah ni:
ubah “network.http.pipelining” kepada “true”
ubah “network.http.proxy.pipelining” kepada “true”
ubah “network.http.pipelining.maxrequests” kepada nombor macam “30“. Bermaksud pelayan akan membuat 30 permintaan dalam satu masa.
3.Ok akhir sekali,”right click” kat mana2 pastu pilih “New -> Integer”
Namakan ia “nglayout.initialpaint.delay” pastu tetapkan “values” kepada “0“.
Ini masa pelayan korang menunggu sebelum bertindak balas dengan maklumat yang diterima.
Kalo korang guna broadband pelayan korang akan muat-turun 2-30x maklumat lebih laju.Harap benda ni berguna untuk korang.
XP – Rahsia Dan Programs Tersembunyi
Dec 21st
Programs tersembnyi dalam Windows XP
1.Private Character Editor
Program untuk cipta icons dan characters
Tekan:start
Pastu:run
Taip:EUDCEDIT
………………………………………….. ………………………….
2.iExpress
Program tukar files jadi EXECUTABLE files
Tekan:start
Pastu:run
Taip:iexpress
………………………………………….. ………………………….
3.Disk cleanup
Program cuci harddisk untuk tambah space
Tekan:start
Pastu:run
Taip:cleanmgr
………………………………………….. …………………………..
4.Dr.Watson
Program untuk baiki masalah dalam windows
Tekan:start
Pastu:run
Taip:drwtsn32
………………………………………….. ………………………….
5.Window Media Player 5.1
Buka pemain lama windows
Tekan:start
Pastu:run
Taip:mplay32
Lain-lain programs…….codes
Character Map = charmap
————————————
DirectX diagnosis = dxdiag
————————————
Object Packager = packager
————————————
System Monitor = perfmon
————————————
Program Manager = progman
————————————
Remote Access phone book = rasphone
————————————
Registry Editor = regedt32
————————————
File signature verification tool = sigverif
————————————
Volume Control = sndvol32
————————————
System Configuration Editor = sysedit
————————————
Syskey = syskey
————————————
Microsoft Telnet Client = telnet
Cara Letakkan URL Blog Anda Di Search Engine
Dec 12th
Free submit url to search engine adalah keyword biasa blogger atau webmaster mencari web yang menyediakan link atau perkhidmatan untuk submit url blog atau web mereka di search engine seperti google, yahoo ataupun msn. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara ini, jadi saya nak berkongsi..

Tekniknya seperti awak siapkan sebuah rumah dimana keluarga anda tinggal di sana. Namun, tak akan ada orang tahu anda tinggal di sana sehinggalah anda beritahu kepada orang. Begitulah web anda. Search engine tidak tahu web dan blog anda sehinggalah anda memberitahu mereka. Macamana nak beritahu? Melalui submit url web atau blog anda.
Selepas anda dah submit url anda, search angine akan menghantar robot berbentuk skript ke web atau blog anda untuk crawl atau merangkak mencai keyword atau niche yang awak fokus untuk web/blog berkenaan. Di sinilah pentingnya anda set keyword, tagline, header dan footer dengan betul supaya robot ini tahu keyword dan niche yang anda fokus dengan betul. Ini semua termasuk dalam SEO atau Search Engine Optimization. Namun, untuk kali ini saya hanya dapat kongsikan cara meletakkan (submit) url blog atau web anda di search engine.
Caranya? Di bawah ini beberapa link untuk anda submit url ke search engine yang berbeza dan ianya percuma. Klik link tersebut, dan isi form di page berkenaan. Web anda mungkin tersenarai 1-7 hari paling cepat bergantung atas niche web anda. Selain search engine, saya sertakan juga page untuk anda submit sebagai backlink kepada web anda di mana ianya penting untuk SEO web/blog anda.
Antara Link-link tersebut ialah :-
1. Google submit URL page : http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl
2.Yahoo submit URL page : http://search.yahoo.com/info/submit.html
3.MSN submit URL page : http://www.bing.com/docs/submit.aspx
4.dmoz submit URL page : http://www.dmoz.org/add.html
5.WhatUSeeksubmit URL page : http://www.whatuseek.com/addurl-secondary.shtml
6.ExactSeek submit URL page : http://www.exactseek.com/add.html
7.WebDirectory submit URL page : http://www.webdirectory.co.in/cgi-bin/add.cgi
8.Web4Url submit URL page : http://www.web4url.com/add.php
9.ScrubTheWeb submit URL page : http://www.scrubtheweb.com/addurl.html
Itu adalah antara web-web untuk korang submit yer,semoga berjaya
Selamat Datang Ke Wazy84.com
Dec 12th
Assalamualaikum semua…
Alhamdulillah…bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menulis di blog baru ni..hehehe.Serba sedikit aku akan cuba mengisi dan mengubahsuai apa yang patut di blog ni .Dari pengalaman berblog ni aku bermula di landasan wordpress percuma,Korang boleh tengok di sini,kemudian aku menggunakan domain dan hosting percuma,blog tersebut boleh di lihat di sini.Bermula dari situ la aku mula mengenali ramai blogger.Kebnayakkan mereka semua peramah dan sudi membantu antara satu sama lain.haa anatar list-list blogger tu korang boleh juga lihat di sini
Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada SepakuHosting kerana menawarkan perkhidmatan domain dan hosting untuk blog ni.Aku memilih SepakuHosting apabila selesai membuat survey di kalangan rakan-rakan blogger yang juga menggunakan perkhidmatan dari SepakuHosting.Harganya pun boleh tahan hehe…
Tidak lupa juga , Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nine (yang sudi borak dengan aku tentang plug in,coding serta tips di dalam wordpress ni),Cik Aina(Pengunjung awal di blog ni),Roslan Nazri (sudi menolong aku untuk memilih theme-theme yang begitu menarik,bagi aku pilih yer lan hehehe),Azizan dan Ezany ( dua orang yang peramah dan suka membuat lawak ),Ultraman_88 (Antara pengomen yang mula-mula aku perkenalkan blog ni),Dilot (Pengunjung awal masa aku baru-baru setup blog ni)Dan tak lupa juga la kepada rakan -rakan blogger lain yang aku tak sebut di sini.Nantikan kemunculan atikel terbaru yer





![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)





















