Nothing Special About Me
Posts tagged twitter
Terima Kasih Nuffnang Part 2
Jun 9th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Agak lama aku tak update blog ni,maybe dah bersawang sangat kot.Jadi hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua,Sebagaimana entri aku yang terdahulu iaitu Terima Kasih Nuffnang 3 hari lepas aku telah mendapat surat cinta dari Nuffnang dan semestinya aku telah mendapat cek sekali.Di sampul surat tersebut ada label HSBC.Alhamdulillah,walaupun tak seberapa,tetapi cukup la untuk balik modal segala penat lelah yang aku habiskan bersama blog ni.

Aku Kembali
May 19th
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Hai semua,apa khabar,lama juga aku tak update blog kesayangan ni,lebih kurang seminggu camtu la.Mintak maaf sangat-sangat kerana aku menghadapi masalah kesihatan dan ketensionan bekerja.Namun semangat blogging tetap tidak luntur.Sebaik je aku tiba di rumah,aku terus on komputer dan bukak blog ni.So kepada rakan-rakan yang mengunjung ke blog ni,akan aku balas kunjungan korang selagi aku mampu ok.
Untuk pengetahuan korang semua,aku diserang demam panas pada pagi ahad yang lepas dan terpaksa dikejarkan ke hospital kluang,hmm kalau dah sakit tak leh la nak buat apa-apakan.Aku hanya perlu berehat di wad selama 3 hari dan hari ni baru dibenarkan pulang ke rumah.
Semasa aku duduk di wad,aku masih teringat apabila terdengar lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu,kalau tak silap lagu ni wujud pada tahun 2001.Lagu tersebut bertajuk Raihan-Demi Masa.
Contest Hidup Untuk Memberi Dan Menangi Acer Aspire One Percuma
Apr 10th
Assalamualaikum wbt…

Pagi tadi aku on twitter seperti biasa dan menerima tweet dari @Denaihati mengatakan beliau telah menganjurkan Contest Hidup Untuk Memberi Dan Acer Aspire One Percuma.Sempat gak aku tolong retweet.Semoga bro Denaihati dimurahkan rezeki yer.
Dulu aku juga berkesempatan untuk menyertai contest yang juga di anjurkan oleh Denaihati iaitu Hidup Berani Untuk Gagal yang mendapat sambutan hangat di kalangan rakan-rakan blogger.Memang agak menarik la contest Hidup Berani Untuk Gagal ni dulu sebab kesemua peserta contest bersaing untuk mendapat ranking tertinggi di enjin carian Google.
Hadiah Acer Aspire One pertama akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics. Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, mungkin dengan cara menampalkan banner denaihati di sidebar atau sering letakan link denaihati.com dalam setiap entri baru.
Hadiah Acer Aspire One kedua akan dihadiakan kepada PENGOMEN TERBANYAK sepanjang 2010. Bermula Mac PENGOMEN TERBANYAK akan mendapat ruang iklan percuma selama 1 bulan.Kepada blogger yang rajin mempromosi contest ini akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referal. Lebih banyak referalnya maka lebih besar hadiahnya.
Sebagai tanda terima kasih semua blog peserta contest akan disenaraikan di BLOGROLL untuk berkongsi status PR4 yang sedang disandang oleh blog Denaihati.
Menarik bukan contest ni ?
Syarat-syarat penyertaan contest ini ialah :-
1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat Saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog…
Contoh :
saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog wazy84[dot]com
2. Follow @ http://twitter.com/denaihati
3. Follow @ http://facebook.com/denaihati
Tarikh Tutup
Pada jam 11.59 pm, 31/12/2010
Keputusan
Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest
Contest ini disponsor oleh :-
1. Alansarproperties.com : Sedia menjual lot banglo/banglo sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
2. www.xztly.com : Organising or managing communications, campaigns and events.
3. Anisha online Mall : : Pemborong stokin wudhu Malaysia
(Kepada individu dan syarikat yang berminat untuk menjadi sponsor sila berhubung terus seperti tertera dibahagian pertanyaan)
Sebarang pertanyaan boleh terus melalui ruang komen ,twitter @Denaihati, Facebook @Denaihati atau tinggalkan pesanan di contact . Jangan lupa untuk lawat blog Denaihati untuk melihat update terbaru
P/s : Saya dapat tahu contest ” Hidup Untuk Memberi ” dari blog ANARM.NET
Dugaan Seorang Blogger
Apr 8th
Assalamualaikum semua..
Apa khabar ? diharapkan semua rakan-rakan blogger,facebook dan twitter berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Berbalik pada tajuk entri ni yang berbunyi Dugaan Seorang Blogger.Apabila kita tengok perkataan Dugaan tu je ,mesti dah ramai tahu makna dia kan ? .Apa yer kalau dugaan -dugaan yang sering dihadapi blogger ni.haa kalau nak tahu jom sambung baca entri ni.
1. Masalah Internet
Kalau nak berblogging ni memang perlukan connection internet,bab ni aku rasa semua dah merasa masalah berkaitan internet,tak kira la korang menggunkan streamyx,maxis / digi / celcom broadband.Kepada sesiapa yang follow blog ni dan tentu tahu masalah yang aku hadapi di Streamyx oh Streamyx dan juga Streamyx Oh Streamyx Part 2.
Aku pun guna streamyx ni kat cc je,so korang faham-faham la yer,kalau line laju tu memang aku dah balun layan blogwalking.
2. Kekurangan Idea
Kalau ade blog ,tentu kita nak update blog selalu kan ? . Situasi macam ni aku pernah kene gak la.Langsung tiada idea apa aku nak tulis kat blog.Tetapi kalau idea datang mencurah,mesti dalam sehari tu ade 2 atau 3 update.Aku pun tengah cari idea untuk update blog sehari sekali,itupun kalau tak busy dengan kerja.
CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100
Mar 21st
Assalamualaikum semua…
Hari ni aku nak tolong promote satu contest yang di anjurkan oleh salah seorang sahabat baik.Mesti ramai dah kenal kan sape sahabat yang aku maksudkan tu.
Tanpa membuang masa aku akan ceritakan serba sedikit pasal CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100.

Contest ini bermula pada hari ini..Dianjurkan bertujuan suka-suka sambil melihat bakat anda dalam penulisan..Pemenang akan dinilai dari segi cerita yang menarik.
Buffered Earnings Nuffnang Yang Pertama
Mar 17th
Assalamulaikum semua…
Harini aku terlebih rajin pulak check akaun Nuffnang aku,Alhamdulillah dapat juga Buffered Earnings Nuffnang Yang Pertama.Lama gak aku tunggu buffered ni,ye la asyik tengok rakan-rakan blogger lain je kan yang dapat buffered ni,sekali rezeki aku pun ada.Hehe…
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kipas susah mati peminat blog terutama kepada rakan-rakan blogger sebab tak jemu singgah dan meberi komen serta
melalak tinggalkan pesanan di shoutbox.Tak lupa juga kepada pihak Nuffnang,jasamu tetap ku kenang
Ok kat bawah ni aku sertakan sekali printscreen buffered Earning.

Akhir kata,Terima Kasih Nuffnang
P/s : Aku sedang mencari idea untuk membuat contest untuk semua rakan-rakan blogger sebagai tanda penghargaan korang kepada blog ni.
P/s 2 : Bosan lak semakin banyak spam komen masuk kat blog ni,dah takde kerja kot,spam blog je ,isk isk isk
Aina Wedding Contest
Mar 16th
Aku menyahut seruan sahabat untuk menyertai contest dari blog cik aina .Macam Biasa gak la,aku ni kan suka blogwalking,,so sekarang ni nak join la contest ni.Jom kita lihat
Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk aina dan kenapa.?
Hadiah pertama yang aku nak bagi ialah 1 set termos,hehe mesti pelik kan ? kenapa Termos ? Haaa sebab kita boleh simpan air panas dalam termos tu,sesuai la jika berjalan jauh atau camping dan lebih-lebih lagi untuk orang yang akan berkahwin seperti cik aina ni

Manakala Hadiah ke 2 pula,pakej percutian di Pulau Pangkor.Destinasi percutian ni kira menarik juga la bag pasangan yang baru berkahwin.Sambil-sambil bercuti tu boleh la tenangkan fikiran,mandi-manda di pantai dan sebagainya.


Untuk memudahkan lagi cik aina dan pasangan bercuti di sini boleh la rujuk website di sini
Dan yang terakhir,ucapan Selamat Pengantin Baru buat Cik Aina Dan Pasangan,semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Wazy84.com Di Google
Mar 5th
Assalamualaikum Semua..
Hari ni aku terlebih rajin pulak wat search kat Google,dan yang menariknya keywords wazy84.com (semenjak guna self hosting)ni banyak gak bila search kat Google,huhu.
Kat bawah ni aku sertakan sekali printscreen wazy84.com di Google

dalam gambar tu aku ambil sebahagian je kat google,ternyata masih belum cukup mantap blog ni.Maybe satu hari nanti aku akan buat contest ? review blog-blog rakan dan sebagainya.Tunggu je la yer .
Akhir kata aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyinggah ke blog yang tak seberapa ni.Nantikan update seterusya yang berkaitan dengan plug in wordpress






![azizankadir[dot]com](http://www.wazy84.com/wp-content/media/zizan.gif)





















