Assalamualaikum…
Hampir setahun Ramadhan 2010 meninggalkan kita, dan bersyukur ke hadrat ilahi, kita masih dikurniakan umur dan kesihatan yang baik. Dan diharap juga, sepanjang bulan Ramadhan 2011 ini, Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita untuk menunaikan ibadah berpuasa dengan sempurna.
Berikut adalah tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan atau bulan puasa 2011. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 2011, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan – Bulan Puasa Dan Syawal 2011.
Tarikh yang diumumkan untuk melihat anak bulan ramadhan adalah seperti berikut:
- Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011
- Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011
- Tarikh mencerap anak bulan Zulhijjah 2011 adalah pada 24 Oktober 2011.

Berdasarkan kalendar islam 1432H/2011M yang telah dikeluarkan juga, tarikh awal puasa atau 1 ramadan diramalkan pada 1 Ogos 2011 manakala tarikh 1 syawal pula bersamaan 30 Ogos 2011. Tarikh 10 Zulhijjah atau hari raya aidil adha pula pada 6 November 2011.
Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan dan bergantung kepada hasil cerapan dan melihat anak bulan seperti yang dijadualkan di atas.
Boleh juga baca di Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa 1432H/2011M
Sumber : Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Melvister.Com
MySembang.Net












{ 20 comments… read them below or add one }
ramadhan hampir tiba..semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaatnya..
naimulfirdaus recently posted..15 tip blogging terbaik untuk dimanfaatkan
Insya Allah…
sambil tu kita lipat ganda pahala sempena kedatangan bulan yang mulia ni
makin singkat tarikh menjelang Ramadhan, makin tebal rindu di dada
Amirez recently posted..Nisfu Syaaban dan Fatwa Mengenainya
Tahu xpe
sekejap je setahun berlalu,kini Ramadhan bakal menjelma lagi
dah berzaman..aku tak tahu camana rupa anak bulan ni..
titan recently posted..Komisen ke 5 dari Says.my
hehe xpe bro
kita tunggu je kat depan tv nanti
Alhamdullilah, akhirnya masa yg ditunggu telah tiba. Mari kita semua berpuasa. Masa yg sesuai untuk berhenti merokok kali ini

nizamghazi recently posted..Animasi Ringkas dari NizamGhazi
Insya Allah…
Tak sabar pulak aku nak sambut puasa ngan raya tahun ni dengan org baru..he3
Jai recently posted..Video KFC Kotor | Perasa Spicy Kain Buruk
owhh ye ke
tahniah la yer
Harap dapat meningkat amalan beribadat sepanjang bulan Ramadan
akubiomed recently posted..Tip blogging terbaik untuk mendapatkan trafik tinggi
Insya Allah
mudah-mudahan begitu la hendaknya
best bila tengok pemohor besar raja-raja tu berucap bila puasa dan raya…time 2 tertunggu2
azura recently posted..Komen yang berbeza dari orang yang sama
Betul tu
kira saspen skit la kan
sudah mula terasa kemeriahan ramadhan
mancai recently posted..pengesahan sumber bahan halal
tu la
kat tv pun dah ada iklan kurma yusuf taiyob
dah kena ready simpan stock maggi ni..
al maklum bujang..
tinggal pun di kolej sekarang..tiada sape nak masakkan..huhu
fendidahada recently posted..Cara Download Mp3 dan Video Dari Youtube
xpe bro
janji kita puasa jugak kan
aku dulu macam tu la ,buka puasa dengan sahur makan maggi je
arrayah.info – Lokasi Lihat Anak Bulan Bukan Rujuk Hanya di Malaysia Sahaja
terima kasih untuk info ni