You are here: Home /Pedoman /Tidurlah Dalam Senyuman

Tidurlah Dalam Senyuman

by wazy on June 25, 2010 · 35 comments in Pedoman

SETIAP orang berhak untuk bahagia! Ingin tahu bagaimana menjadikan hidup anda lebih ceria? Ikuti beberapa tip di bawah. Mungkin ia dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Buka hari anda dengan sebuah senyuman! Senyumlah, anda akan berasa lebih segar. Sebaik anda buka mata, senyumlah pada yang tersayang. Mungkin dia juga menunggu untuk senyum kepada anda. Atau, bukalah tingkap dan pandanglah pada mentari yang sedang menanti anda. Ukirlah senyuman manis di bibir anda apabila melihat sinarannya.

Pastikan hari anda lebih indah daripada sebelumnya. Anda berkuasa sepenuhnya bagaimana untuk mencorakkan hari anda. Jadi, pilihlah untuk mulakan hari anda dengan sedikit gerakan pada bahagian bibir. Biasanya, sesuatu yang bermula dengan baik akan berakhir dengan lebih baik!

• Hadapi semua masalah dengan hati terbuka. Kemudian, barulah bertindak. Mungkin hari ini anda sedang menghadapi detik-detik sukar dalam hidup anda. Sekalipun kita tidak mampu mengelak daripada masalah tersebut, kita mesti berjaya berdepan dengannya. Yakinilah, jika anda telah berusaha keras untuk menanganinya, hasilnya juga pasti berbaloi. Anda hanya perlu bersabar sahaja menunggu ganjaran itu datang kepada anda. Ia tetap datang. Cepat atau lambat sahaja. Hidup ini memang begitu! Dan sebenarnya, kehidupan kita pada hari ini hasil daripada apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.

• Hulurlah tangan kepada sesiapa yang memerlukan. Meringankan penderitaan seseorang akan dapat meringankan hati anda. Andainya anda terlihat seekor rama-rama terkapai-kapai di permukaan air dengan badannya yang terbalik ke atas, ambillah sedikit masa untuk menyelamatkannya. Jika tergerak naluri anda untuk menyelamatkan seekor rama-rama yang hampir kelemasan, tentulah anda tidak sampai hati membiarkan seorang manusia seperti anda menanggung kesusahannya seorang diri.

Paling tidak, berilah sokongan kepadanya sekalipun anda tidak mampu menghulurkan bantuan yang lebih dari itu. Hari ini seseorang memerlukan anda, tapi pada hari esok anda pasti memerlukan seseorang. Oleh itu, patuhilah fitrah alam bahawa kita saling memerlukan.

• Belajarlah untuk berkata benar. Kebenaran itu indah. Tapi harus berpada-pada. Pastikan kebenaran itu tidak melukai sesiapa. Mungkin kebenaran itu bermakna bagi satu pihak, tapi menyakitkan bagi satu pihak yang lain. Letakkan diri anda di tempat pihak tersebut dan cubalah fahami situasinya jika berdepan dengan kebenaran yang bakal anda bentangkan. Tidak salah berkata benar, malah memang anda dituntut untuk berbuat demikian. Tapi, nyatakannya dengan berhemah agar tidak melukai hati sesiapa.

• Cuba hadkan keinginan harian anda. Keinginan yang terlampau banyak dan tinggi hanya akan menambahkan tekanan dan kerisauan. Janganlah dalam sehari itu anda mengerah segala tumpuan dan usaha untuk memiliki rumah besar, kereta mewah dan wang berjuta. Semua ini boleh menyebabkan anda tidak senang duduk.

Jangan sesekali membebankan hidup dengan memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan semua itu serentak, pada hari itu juga. Penuhi keperluan asas anda dan keluarga terlebih dahulu. Kemudian, barulah fokus kepada kehendak tersebut satu per satu.

• Hargai dan fahamilah bahawa Tuhan merupakan pemilik yang agung. Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanyalah milikan sementara. Tiada yang kekal. Hari ini anda disayangi keluarga, rakan-rakan, teman sepejabat, tidak mustahil suatu hari nanti situasi akan berubah. Mungkin hari ini anda mempunyai kereta yang cantik atau rumah yang besar tapi belum tentu anda akan memiliki benda yang sama pada hari esok.
Anggap saja ia sebagai amanat yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan kepada anda. Dan suatu hari nanti, anda akan memulangkannya kepada yang hak iaitu Tuhan. Hargai dan syukuri apa yang ada dalam genggaman anda hari ini dan biarkan ia pergi jika memang itu yang telah dilakdirkan.

• Sekiranya anda berjumpa seseorang yang lebih baik daripada anda, jangan sesekali biarkan perasaan dengki menyelubungi diri anda. Kagumi kejayaannya. Dalam masa yang sama, fikirkan orang lain yang jauh lebih teruk berbanding anda. Anda sebenarnya bernasib baik jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang terpaksa hidup, dalam penderitaan dan kesengsaraan. Jika anda fikirkan anda manusia malang, ketahuilah bahawa di luar sana ramai lagi yang lebih malang.

• Berani mengakui kesalahan sendiri. Ketepikan sejenak ego yang ada dalam diri, hati anda akan lebih tenang. Tiada sesiapa yang dapat lari daripada membuat kesilapan. Itulah fitrah manusia seperti kita.

• Sebelum melelapkan mata, insafilah semua rahmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada anda sepanjang hari itu. Ingatlah semua yang telah anda lakukan pada hari ini. Bermohonlah kepada Yang Maha Kuasa supaya anda akan kekal dalam rahmatnya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana menjadikan diri anda seperti anda pada hari ini. Setelah itu, pejamkan mata dengan bibir yang tersenyum serta hati yang bersih dan ceria.

Kredit kepada : ymsagasama

 Banner

{ 34 comments… read them below or add one }

AyieBlog MALAYSIA Google Chrome Windows June 25, 2010 at 1:29 AM

salam dalam banyak2 perkata ayie suka yang ini gerakan pada bahagian bibir, hehehe,selamat beramal wazy,muga hari esok adalah hari terbaik buat anda dan hari yang lepas berlalu pergi meninggalkan :) .
AyieBlog recently posted..Baikkah Aku????My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 4:49 PM

waalaikumsalam wbt,terima kasih bro,bermakna gak ayat ko ni,heheheeh

Reply

kulanz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 3:26 AM

memang satu kepuasan dan kesyukuran kalau sebelum kita tidur dapat selesaikan banyak perkara penting dlm hidup.. maknanya dah xda hutang lepas tu.. kira tu persediaan juga kan kalau kita tak bangun lagi lepas tidur tu..
kulanz recently posted..Senarai A-Z 53 Webhosting MalaysiaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 4:51 PM

a ah betul tu,kepuasan macam tu memang sukar nak dapat,dan kalau esoknya kita tak bangun,tak da la menyusahkan sesiapa nanti pasal hutang dan sebagainya

Reply

jawatan kosong MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 26, 2010 at 3:10 PM

betul tu.. mulailah hari ini dengan hati yang senang dan senyum di muka :)
jawatan kosong recently posted..SAP Basis Administrator Kl VacancyMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 26, 2010 at 3:20 PM

sesuai juga dengan pepatah kurangkan gula dalam minuman,tambahkan manisan di dalam senyuman

Reply

ezany MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 8:11 AM

entri yg sungguh bermakna..

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 4:51 PM

sama-sama bro

Reply

^lurve_purple^ MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 12:36 PM

thanxz 4 da sharing wazy…

akan dijadikan panduan untuk senyum dalam tidur… ^_^

psst.. leh x share kt fb??

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 4:51 PM

sama-sama,nak share macam mana tu eh,kan ade button share untuk fb kat atas tu,klik je ,hehehe

Reply

^lurve_purple^ MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 11:42 PM

tue lah kan..

dah submit comment baru perasan.. hehehe.. sorry wazy..

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 11:53 PM

hehehe it`s ok =)

Reply

apiih MALAYSIA Google Chrome Windows June 25, 2010 at 2:06 PM

snyuman dlm tido sggh bermkna..hehehe ;)
apiih recently posted..Patung Gergasi Sempena World CupMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 4:52 PM

Heheheh betul3 :)

Reply

Frantz-Senpai Google Chrome Linux June 25, 2010 at 2:55 PM

mse nak tidoq tuh.. lupakan dan maafkan segala kesilapan dan hutang orang.. esok tuh bukak balek file2 hutang tuh
Frantz-Senpai recently posted..Linux is Sexy! and the HypothesisMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 4:53 PM

Insya Allah harap-harap begitu la hendaknya :-|

Reply

suri MALAYSIA Internet Explorer Windows June 25, 2010 at 4:38 PM

sematkan dlm diri kita mmg tak pernah tleps dri mlakukan kesilapan desama manusia.maafkan pada pkra yang lepas sb ia sdkit sbyk bisa mmbuatkan hati kita merasa teang dan damai..

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 4:53 PM

betul tu,semoga hari ini lebih baik dari semalam

Reply

donnyien MALAYSIA Google Chrome Windows June 25, 2010 at 7:22 PM

Salam Wazy,
Thanks bro,hidup perlukan motivasi.
donnyien recently posted..Italy,hero to zeroMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 25, 2010 at 11:58 PM

Waalaikumsalam wbt…

sama-sama bro,mudah-mudahan kita semua dapat manfaat dari entri ni

Reply

asmira MALAYSIA Internet Explorer Windows June 26, 2010 at 1:29 PM

asalamualaikum…hai wazy..sehatker?rasanya macam terpangil pula nak komen blog wazy neh..tidurlah dalam senyuman..ok kan..tapi lagi ok bile setiap masa senyuman tu terukir di bibir..tak kisah lah dalam aper jua keadaan betul tak wazy..kerana senyuman itu adalah pengubat hati yang duka…tapi pastikan senyuman tu bukan berseorangan….. :)

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 26, 2010 at 3:08 PM

Waalaikumsalam wbt,Alhamdulillah sihat jer,terima kasih eh sebab sudi komen kat sini 8)

Reply

suri MALAYSIA Internet Explorer Windows June 26, 2010 at 2:19 PM

eh..tu macam bby baru lepas dilahirkan lagi laaaaa..hehehe

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 26, 2010 at 3:08 PM

hehehe tahu xpe

Reply

Thoha MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 26, 2010 at 2:22 PM

mulakan hari kita dengan senyuman..semoga hidup kita ceria selalu..
Thoha recently posted..Melahirkan Keikhlasan Dalam DiriMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 26, 2010 at 3:08 PM

Insya Allah bro

Reply

che daisy Mozilla Firefox Windows June 26, 2010 at 8:22 PM

Apa pun kita ENJOOY dengan apa yang kita ada..no regret..keep smiling..always…!!! :)
che daisy recently posted..Lagak si Bossy-My Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 27, 2010 at 12:12 AM

Terima kasih che daisy,hehehe yap betul kene selalu enjoy :)

Reply

adamfaiz Mozilla Firefox Windows June 27, 2010 at 2:28 AM

Kalau tidur malam jumaat memang selalu senyum..heppp..18sx!! :o :
adamfaiz recently posted..Abang Sasa Takde Budi BahasaMy Profile

Reply

acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 27, 2010 at 7:14 AM

tu dah tntu. lol. hahaha
acapz recently posted..Shiny Search : Mengubah Halaman Carian Mengikut Cita RasaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 27, 2010 at 11:02 AM

kekekeke layan jek la :D

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 27, 2010 at 11:01 AM

Hahahah ni dah lari topik,adeh :)

Reply

acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 27, 2010 at 7:14 AM

bila kte buat sesuatu yg baik. sure dpt tdo ngn lena. hehe :D
acapz recently posted..Shiny Search : Mengubah Halaman Carian Mengikut Cita RasaMy Profile

Reply

wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 27, 2010 at 11:02 AM

Haaa betul-betul :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: