Assalamualaikum Semua
BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.
Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan ‘efek helah’ untuk ‘menghodohkan’ wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.
Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan ‘bantuan penglihatan’ ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.
Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.
Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.
Kepala bulat
Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.
GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.
Kepala petak
Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh ‘melembutkan’ sedikit bentuk kepala anda.
Kepala bujur
Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.
Kepala segi tiga
Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.
Kepala bentuk hati
Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.
Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.
Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.
Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya ‘berapa kuasa cermin mata anda?’
Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.
Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.
Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.
Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.
Kredit : Email





{ 34 comments… read them below or add one }
mujur la den x pakai spek, kalau x pening juga nk pilih, harap dah tua nnt pun x pakai la
suffer8zine recently posted..Jual Aiskrim Susu Badan
@suffer8zine,
Hehehhe
bagus la kalau belum pakai cermin mata
kena jaga elok-elok mata tu
masalahnya kadang-kadang tak sedar muka dengan monitor tu jaraknya hampir 7″ …saja tu yang rabun tuh..apapun bagi apaajanews pergi test kat kedai baru puas hati mana yang sesuai
apaajanews recently posted..NUR KASIH THE MOVIE -19 MEI 2011
@apaajanews,
owhhh
betul juga tu
tapi memang berpuas hati la kalau test kat kedai
boleh tahu power dan reka bentuk yang dorang rekemenkan
dah bertahun aku tak tukar kaca mata yang satu nie…coz susah sangat nak cari bingkai yang sesuai…kalo ada…mahal…
nie pun dah risau..power dia cam dah berkurang lak…huhuhu
Sir Marcello recently posted..Scam Gaya Baru
@Sir Marcello,
Owhh
susah gak eh nak cari bingkai yang betul-betul sesuai
kalau power dah semakin kurang tu memang kena cepat tukar la kan
aku suke cermin mata yg bingkai plastik tebal.. tahan lasak skit.. tp nampak mcm nerd la.. tp, ade aku kesah? haha
:
Anarm recently posted..Bagaimana AnarmNet dapat Google Sitelinks
@Anarm, tu trend skank bro, jangan buat main.hehe.
syahrilhafiz recently posted..Tarik & Tingkatkan Minat Pembaca dengan Hello Bar
@syahrilhafiz,
hehehehe
tahu xpe
@Anarm,
Hehehhe
bagi aku smart je tu
tingat lak adegan cite the mummy bagi orang yg pakai spek..malang kalau main kejar2 kalau jatuh susah haah
mijae recently posted..aku terima nikahnya
@mijae,
hehhehehe
kalau cermin mata mahal
memang la menangis kalau terjatuh dan pecah
aku kena cari spec yang kaki dia tinggi….sebb btg hidung agak tidak kelihatan..tkut spec jatuh je time pakai..keke

fendidahada recently posted..Kembara Kebajikan Putra -UPM-
@fendidahada,
Owhhh
macam tu
heheh
tak tau sy sesuai yg mana sbb tak pernah pakai cermin mata..alhamdulillah, sy dikurniakan penglihatan yg baik stkt ni..

adele recently posted..Pelakon Popular Hina Pakaian Muslimah
@adele,
Alhamdulillah
serupa la kita ni
penglihatan masih lagi baik
woot! nasib aku ta pakai spek, tapi bagi yang pakai spek diorang nampak macam pandai sikit..tu la apa yg aku nampak

syahrilhafiz recently posted..Tarik & Tingkatkan Minat Pembaca dengan Hello Bar
@syahrilhafiz,
huhuhu
antara salah satu sebab jugak tu
dorang selalu study sampai mata pun kena guna cermin mata
setakat ni pakai spek nak layan 3d je… spek gi jalan2 pun tak ada… mungkin tak minat kot… tapi tergerak juga nak pakai satu ari nanti…
kena chek juga mata ni,kita tatau apa yang akan terjadi pada masa akan datang kan bro..kalau buat berjalan tu,guna rayban pun smart dah
Pelbagai cermin mata yang ada di pasaran sekarang ini dan pengguna perlu bijak ketika membeli cermin mata terutama cermin mata yang berpower. Check berkali2 berapa sepatutnya power mata anda jika terlebih power boleh merosakan retina mata juga
cermin mata recently posted..Ray ban VS Oakley
Betul tu bro,memang kena tengok power cermin mata,silap pakai nanti lain pula jadinya
eih…tak paham aku… kenapa ada komen orang tak pakai spek pulak kat atas?
siap syukur ke hadrat ilahi semua pasal tak pakai spek…
pakai spek ni satu bala musibah bencana ke..?
kena la aku tangisi nasib malang ku setiap malam dan berjumpa pakar kaunseling macam ni.
rileks…sekadar komen je tu
macam mne dgn wajah sy ni..? agak2 cermin mata yg mane sesuai dgn saya.. lihat di fb sy shahril7798@yahoo.com..
boleh cari yang simple je tu
pakai cermin mata maintanece tinggi woo.pergi mana2 kedai pun harga dia lebih kurang sama saja.
onlajer recently posted..Puller
Betul tu,tapi ikut bajet yang kita mampu la kan
nasib baik kepala aku jenis yang boleh menerima segala bentuk cermin mata.
hatiputera recently posted..AKU PAKAI CERMIN MATA
Bagus la kalau macam tu bro
nice post, baru la best nk pilih sepek mata
topijerami90 recently posted..Biodata Zizan Raja Lawak
orite,selamat memilih
Saya bercermin mata.
Ada masanya saya berkanta lekap a.k.a. contact lens.
Terima kasih saudara Wazy atas perkongsian yang sangat menarik dibaca apabila menggunakan bahasa melayu tinggi.
Suka baca.

Asyrof Asri recently posted..Ray Ban – Antara Realiti Dan Fantasi
Sama-sama bro,harap panduan dan tips ni berguna