Assalamualaikum Semua
Kali ni aku nak berkongsi Tips Menjaga Laptop Anda.Laptop memang senang untuk di bawa kemana-mana ,jadi perlu juga menjaga perkakasan dan kebersihan laptop tersebut agar sentiasa boleh di guna tanpa sebarang masalah.

Di bawah ni terdapat tips-tips untuk menjaga laptop
1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.
4. Haba Panas
* Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC – mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.
6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.





{ 46 comments… read them below or add one }
nice tips especially bab bateri tu.. boleh memanjangkan hayat bateri..
tp laptop aku ni terpaksa la caj cabut caj cabut sbb bateri tak boleh tanggalkan. huhu..
Thanks bro
bab bateri tu memang betul
Hehehe
terima kasih berkongsi info

zuls recently posted..Group I-Rich 696 Bawah Uptrend diserbu
Sama-sama bro
aku pakai desktop jer.. senang nak jaga

ST recently posted..Memasang Compiz Fusion dalam Ubuntu 1010 Maverick Meerkat
Hehehehe
desktop paling senang nak buat pembersihan dia
Salam wazy, thanks for sharing..akak hampir2 terlupa camne cara nk jaga lappy nie…hahhaa
yer yer je hampir lupa
@Azizwan
hehehe
@yanmie
Waalaikumsalam kak ,
hehehe mesti kena selalu amalkan tips-tips ni untuk menjaga laptop
bagus juga tips² begini. informasi berguna
achoy recently posted..Umur dan jantina bukan alasan untuk bergelar pencuri
Thanks bro
aku paling jaga bab laptop ni tang bateri je.habuk segala jenis habuk masuk senang je..mls nk cuci..haha
azizan4444 recently posted..Gusti Adik – Abang Lebih Parah Sebenarnya
Owh
Kalau habuk ade vacum kecik khas untuk laptop
guna usb je,sekejap je dah bersih
tak terfikir dengan papan kekunci dan tetikus berasingan
Mus recently posted..Butang CASHOUT ChurpChurp Dah Menjelma
Hehehe
Kalau berasingan ok juga bro
senang nak jaga kebersihan
woo nice2
hazwan recently posted..Najib Bikin Aku Panas!
Thanks
sama-sama bro
memang betul laptop kene jaga betul-betul
terutama dari segi suhu agar tidak terjejas prestasi laptop
tips yang menarik bro, aku selalu lupa nak letakkan paper pada papan kekunci bila tak guna. hehe
Mohd Isa recently posted..GengWP VS ResmiPadi
Thanks bro
Heheheh lepas ni boleh la letak paper kat keyboard selepas guna laptop
Hebat perkongsian ini. Saya di dalam proses nak beli laptop.
Terima kasih bro
wahh nak beli laptop eh,bagus-bagus
Agak2, model apa ya yang bagus? Pendapat..
Aik, kenapa pula bendera Australia di sebelah namaku??
hehhehe ip bro la tu
Hah, tukar dah pun. Barulah best tengok.
hehehehe
Bro boleh ambil model Acer atau HP
Saya pilih HP lah.. kalau Dell macam na? 8)
Dell ikut bajet bro gak la
bgus ni..dulu byk customer aku baterinya rosak sbb biarkan cas lama2..
pawaka19 recently posted..Mak Aii Berkahwin Dengan Diri Sendiri
yap bro
bateri di laptop kena jaga elok-elok
hurm terbaik…selama ni lebih kureng ja..haha


Surge Protector ni software windows je ke??
syahrilhafiz recently posted..Pic Profil Facebook SyahrilHafizCom Terbaru!
boleh je kalau nak guna dengan linux
tips yang memang perlu di kongsi kepada semua… ramai org dah pakai lap top sekarang ni
yap
saya pun tengah memilih laptop ni
ada rezeki nak sambar satu
3taun pakai laptop xpernah cabut bateri..teka apa kesannya skang?:)
mesti banyak problem tu
Bateri dah tak tahan lama, ya tak?
a ah betul tu
dah dua tahun pkai lptop.
tp slambe je pkai adpter ngn bateri srntak..
hahaha..
jahanam2
erkkk
hehehehe maybe laptop bro tahan lasak
tapi kalau boleh kena check gak bateri tu
memang mesti macam tu la .. laptop mesti dijaga, kalau rusak mana boleh blogging lagi.
jawatan kosong recently posted..Thalgo La Beaute Marine Vacancies PR- Sales- Admin in Shah Alam
dlu slalu jge. skng mcm mlas. uhuk. stiap buln aku bukk hbs laptop aku cuci. hahaha. kotor kowt. grr
acapz recently posted..Dapatkan Premium VPN CyberGhost Secara Percuma
wahh
ok tu bukak semua dan bersihkan habuk-habuk