Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
Sejak akhir-akhir ini saya lihat ramai blogger yang lahir dengan blog masing-masing.Pelbagai niche dan genre pun ada,jika dah ada blog tentu kita kena kemaskini atau update blog ye tak ? Tak kisah la update sehari satu entri atau dua hari satu entri.Dan yang paling penting,blog anda sentiasa mempunyai perkembangan atau update terbaru.
Mungkin semua blogger dah melalui perkara ini termasuklah saya sendiri,iaitu penyakit Malas Nak Update Blog.Antara sebab-sebab terjadinya faktor tersebut mungkin terlalu sibuk dengan kerja atau urusan harian.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit Tips Untuk Tidak Malas Update Blog,mungkin dah ramai rakan-rakan blogger mengamalkannya dan sedang mengamalkan salah satu tips ini.Antaranya ialah :-
Tentukan Hari Menulis Blog
Untuk tips ini,kita mesti tetapkan pendirian untuk menulis di blog contohnya pada setiap hari Isnin,Selasa Dan Rabu dapat menulis satu tajuk untuk dikongsikan oleh pelawat blog.Boleh juga untuk selang seli dua hari dengan satu entri,mana-mana pun tak kisah,janji kita boleh tumpukan penulisan di blog dengan lebih konsisten.
Buka Fikiran Dengan Perasaan “Ingin Berkongsi”.
Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?” Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.
Bawa Buku Nota Ke Mana Sahaja.
Dapatkan buku nota kecil seperti buku 555 kerana ianya amat mudah di bawa ke mana-mana. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam bulu nota saya.Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entri. Tunggu hari-hari yang ditetapkan , kalau sempat letakkan idea-idea tersebut di draft dan tiba hari tersebut.baru tulis seluruh entri di blog.
Bina Blog Yang Membawa Topik Kegemaran Anda.
Update blog ini menjadi hobi yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan.Jadi, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.Mungki ada di kalangan rakan-rakan blogger yang mempunyai minat tertentu seperti fotografi,tutorial mengubahsuai gambar dan melancong ke tempat-tempat yang menarik.Ini juga boleh dapat dikongsikan bersama di dalam blog bersesuaian dengan minat masing-masing.
Update Dengan Gambar Tanpa Perlu Penerangan Yang Panjang Lebar.
Sejak akhir-akhir ini dah menjadi trend untuk update blog dengan gambar sahaja pada setiap hari Rabu atau dikenali sebagai Wordless Wednesday.Apa itu Wordless Wednesday ? Wordless Wednesday ini satu trend utk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa-apa caption/penerangan/cerita dan sebagainya. Gambar mempunyai seribu maksud tak gitu ? Biar gambar yang menceritakan segala-galanya.Terdapat juga segelintir blogger membuat Mumble less Monday pada hari Isnin dan Semput Sunday pada hari Ahad.Pilihan di tangan masing-masing kerana bagi saya ini salah satu cara juga untuk update blog jika kekurangan idea.Entri ini juga boleh digunakan sebagai Live Blog,cuma yang membezakannya ialah Live Blog ,kita update menggunakan telefon bimbit terus ke blog melalui MMS.
Promosi Link Affiliate Yang Anda Sertai
Untuk tips ni saya dah lakukan pada beberapa entri sebelum ni,ternyata amat berkesan.Anda cuma perlu ceritakan serba sedikit perihal Affiliate yang anda sertai itu dan akhir sekali letakkan link refferal anda untuk pelawat klik dan baca.Sedikit sebanyak anda dapat menarik pelanggan baru untuk membeli produk melalui link Affiliate itu.
Lirik Lagu Dan Video Kegemaran Anda
Ok,di sini rasanya ramai dah buat untuk update blog.Jika anda minat lagu atau video kegemaran,apa salahnya letak di blog untuk perkongsian bersama pembaca.Dan paling penting jangan lupa sertakan sumber lirik dan video yahng anda ambil dan publish di blog nanti.
Buat Review Filem / DRama / Sukan / Destinasi Membeli-Belah Kegemaran
Saya rasa ramai yang suka update pasal ni kan ? Apabila kita buat Review Filem / Sukan / Destinasi Membeli-Belah Kegemaran,sedikit sebanyak dapat memberitahu pelawat blog tentang lokasi membeli-belah yang menawarkan jualan murah atau diskaun yang menarik,filem-filem atau drama terkini dan aktivi sukan sama ada dalam dan luar negara.
Sampai di sini sahaja dapat saya coretkan untuk rujukan rakan-rakan blogger sekalian,diharapkan tips-tips yang saya sertakan ini dapat menjadi panduan untuk update blog.
Sumber Asal : Blues Tak Update Blog
P/S : Saya ubah sedikit tips ini supaya menjadi lebih mudah difahami dan mengikut trend terkini blogger.Selamat mencuba.





{ 63 comments… read them below or add one }
Boleh dipraktikkan. Cuma nasihat saya jangan cuti lama-lama menulis blog nanti nak mula agak malas sedikit

akubiomed recently posted..Dataran Sunway adalah Zon Bersih
Insya Allah
buat permulaan tips ni kira mudah juga la kalau nak praktikkan janji ada komitmen
betul2.. kalau 2 minggu tinggal tak update..nak start balik tuh.. berat sungguh..

Izwan recently posted..Mass Rapid Transportation ( MRT ) Alternatif Kesesakan Jalanraya
hehehe
tahu xpe,tu baru je 2 minggu,kalau dah masuk sebulan tah la macam mana nanti
whoa bagus2. kita tengok berjaya ke idak aku update blog via liveblog nanti hehe
orite
tak sabar nak tunggu live update dari bro nanti
thanks bro. kebetulan skang ni tengah sindrom malas update blog huhu
Amirez recently posted..Wordless Wednesday #2
sama-sama bro
harap-harap dapat la update blog selepas amalkan tips di atas tu nanti
Macam tau tau jer bro nih kiter tengah malas ;p
Pojiepooh Abdullah recently posted..I’m gonna miss you my baby Prada & LV
uiks xde la…
kalau malas tu,rajin-rajinkan ler update blog
hehehe
aku da lame tak update blog..mgkin sbb lama tggl…mood hilang .hehe
azizan4444 recently posted..Google Gravity – I’m Feeling Lucky
hehehe
aku pun dah lama tunggu update dari blog ko ni
kalau sempat update la ek
blog personal lah mudah sikit sebab tak perlu rigid sangat pada sesetengah niche..
FD recently posted..#response – Ini, Respon Kepada Saudara Mohd Hanif
yap
setuju jugak dengan pendapat bro tu
biasalah kadang2 jemu pandang blog je kan , tp jgn lama sgt kang hilang minat terus
puanbee recently posted..Dato’ Siti Nurhaliza Nyanyi ” falling in love ” Single TerbaruNya
Huhu
betul tu
tgh berusaha nk cari mood utk update ni… dah lama tinggal blog, mood tu ilang..

Azah recently posted..Malaysian Lady of Liberty #BersihStories – Bersih 2.0
owhh xpe
slow-slow la kalau nak update blog yer
ahah, betul2 tu..
aku malas sebab masa pack je. kalau tak sehari beriban dah keluar..hehe
syahrilhafiz recently posted..Jom Saksikan Perlawanan Liverpool lwn Malaysia
hehehe
dahsyat tu kalau sehari dah beriban entri masuk kat blog
good article..boleh share dengan kawan2 nanti..tq irfankhairi dan wazy84.
alamonline recently posted..Cara Daftar Google Adsense
sama-sama bro
Nice sharing tips bro. Harap x der yg malas. Huhuh
sop recently posted..Siti Nurhaliza mahu sambung belajar muzik di UiTM
terima kasih bro
bagus idea ni.Kena sentiasa update blog ni supaya tak hilang visitors
mhnizam recently posted..Mengapa tidak buat duit lagi di internet?
yap
kebanyakkan macam tu la
mekacih bg tips bro..harap2 tak malas lg nak menulis lg lps ni..huhu
adele recently posted..Keluarga Adalah Segalanya
sama-sama
memang malas bro kalau kena menaip sendiri…kena pelbagai supaya malas tu tak nampak sangat sampai bersawang
tu la
kena ada komitmen ,baru la seronok update blog
yeah sindrom ini sangat menjadi-jadi sekarang ni!
MuJE recently posted..MunzirShafie [dot] Com kini berstatus PR3
tu la yang mungkin merisaukan kita kan bro
Biasalah penyakit malas tu. Kalau rajin buatlah schedule post. Letak kat blog buat time dia publish.
tips2 kat atas ni memang ada yg diguna dan ada yang tidak. yang penting kena displin . kalau tak ilang gitu je..
zool recently posted..Tanda-tanda Ramadhan bakal menjelma
ok jugak kalau buat schedule publish tu,sekurang-kurangnya dapat juga update walaupun kita kene outstation atau balik kampung
bukan malas yang jadi punca. tapi masa..haha..masa takde mcm la aku ni PM >.<
donha recently posted..Kenapa pilih Nuffnang?
kalau kesuntukkan masa pulak tu biasa la bro
tapi kalau ada masa lapang tu boleh la layan blog
nice la!
sukar cari motivasi utk updet blog tanpa jadual. hehe
faaizzdzul recently posted..Little Miss Ninny – a fiction.
terima kasih
boleh la cuba salah satu tips tu nanti yer
tentukan hari menulis tu aku tak reti..tapi yg baca buku catatan tu berkesan..bukan buku la,kalau ada idea masa jalan2 kat luar save draft tajuk dalam handphone.. balik baru pkir…
Izwan recently posted..Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2011 Telah Dibuka
Kebiasaanya ramai yang bawa buku nota,paling sennag kat hp pun tak apa
idea ni kadang-kadang datang tak kenal tempat
cara aku simple. paksa diri satu entri sehari. tak kiralah entri tu pendek ke panjang. Janji update..mengarut pun takpe. haha..
titan recently posted..Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 1
Heheheh
sama la dengan saya,dulu main paksa-paksa jugak satu hari satu entri,alhamdulillah bila dah serasi,ada je tajuk atau topik yang nak letak kat blog
tips yang baik bro … aku pun selalu takde idea ni..
adamfaiz recently posted..Belajar Gitar Bukan Kerana Nama
terima kasih bro
tak apa,idea boleh cari,cuma kena ambil masa sikit la
terima kasih..sangat memerlukan tips2 macam ni..
sama-sama
boleh la cuba praktikkan nanti
aku suka review2. entry macam ni paling senang pada aku sebab minat kot. so,biasanya entry review ni aku buat on d spot jer. tapi,kalau entry yang perlukan aku buat research sikit before tulis tu..aku need a time. yang ini biasanya time ada idea, aku google info n pastu tulis n save dalam draft.heheheheeh
Lizz recently posted..Semakan PLKN 2012 Melalui SMS dan Online
hehehe
buat review ni memang seronok,kita boleh dapat pelbagai respon dari pembaca
dan penyakit ini mula melanda diri aku nih, bahaya bahaya
Juan recently posted..Aku Saintis Kerdil
uishh
susah jugak tu
tak apa,cuba cari masa yang lapang untuk layan blog
huhuhu… tips yang mantap dan sudah tentunya berkesan… lainlah arti tak payah nak buat tu semua dah tentu meletup letup
mancai recently posted..langkah menjadi juara
Heheheh
betul tu bro
Aku bukan malas nak update sebenarnya bro, tapi busy. Sekarang ni dah masuk semester baru lagi tak sempat la aku nak update blog. Dah la rumah sewa baru aku ni takde wifi lak, pastu line broadband teruk sangat. Adui, susah tol.
Hisyam recently posted..Noob Hacker Pwned
tak apa bro
tu salah satu dugaan yang biasa dihadapi bagi seorang blogger,
kalau ko follow blog ni,aku ada entri macam ni dulu
erm… tentukan hari utk update blog… aku pakai bantai je bila masa aku nk update blog… hehe….
Tip Blogging Terbaik recently posted..Spamming Pun Ada Tekniknya
Hehehe
tak apa,janji berupdate jugak kan
Kalau tak boleh update setiap, sekurang-kurangnya setiap minggu pun sudah memadai. Kalau lama sangat semua orang jadi malas. Blogger malas, pelawat lagi la malas datang.
Zaini recently posted..Cara Betul Memadam Data dalam Hard Disk
Betul jugak tu bro
kalau dapat seminngu ada 4 update pun kira ok dah
Kalau minat, ada kesungguhan + seronok hari-hari pun tak jadi masalah
Zaini recently posted..Arah Tuju Mangsa Buli di Internet
Aku tulis ap a yang ada dalam kepala je. haha. bila ada mud tulis
gamep01nt recently posted..Rosmah Mansor….Erghh…..
lepas nih jangan malas lah ek… sekarang nie dah banyak term2 senang untuk update entri baru macam wordless Wednesday.. sunday ape tuh.. entahla.. gunakan yang itu sebaiknya…
zik recently posted..Kelakar (jangan pertaruhkan telor anda!)18sx
Sya update apa topik yang Sya suka je. bila dah suka tu, tetap akan update juga.
Sya Isya recently posted..KAHWIN OH!! KAHWIN| CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH
Memang malas sedikit nak update..Mungkin sebab busy, xsempat nak update..kalau ada kelapangan, sempat jugak update.Contents pun kurang memberansangkan, tak ikut SEO onpage rule of thumbs pon..