10 Punca PC Crash Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Seperti Mana entri aku terdahulu iaitu 10 Sebab Kenapa Komputer ‘Hang’.Kali ni aku nak ceritakan pula tentang 10 Punca PC Crash Yang Perlu Anda Tahu.

Fatal Error

Terjadi apabila system PC korang menjadi tak stabil atau terlalu sibuk (rem cikai r ni). Akan ade satu bar yg bertulis “ Enter to return to Windows” yang perlu korang klik ataupun restart trus komputer korang dengan CTRL-ALT-DELETE. Kesannye, kalau segala kerja yang korang buat tak disave, habis la. Nangis! Sebab tu kalau aku buat assignment, sebelum save aku akan bersedia dgn copy semua document. Kekadang mase nak save microsoft word time korang dah siap buat assignment, time tu la fatal error! Memang tak tahu nak kata apa la …

Stuck dengan benda ni memang boleh bikin amuk dengan PC kita. So, ape la yang kita boleh buat? Yg penting, macam mana la nak elak benda ni terjadi.

1. Hardware Conflict

Punca utama kenapa Windows crash sebab masalah ni la!(ade org kate sebab PC ni teknologi alien, so kajian tak sempurna lagi. Errr no komen) Setiap perkakas (printer, floppy disk etc) berkomunikasi dengan perkakas lain melalui IRQ (Interrupt Request Channel)

Contohnya, printer biasanya disambung internally pada IRQ7. Keyboard plk biasanya IRQ1 dan floppy disk drive (disket punya reader) IRQ6. Setiap perkakas ni cuba untuk dapatkan single IRQ untuk dirinya.

Tapi kalau korang dah install byk sgt device dan install korang tu ade yang tak complete, dua perkakas mungkin akan berkongsi IRQ yg sama. Bila korang pakai kedua-dua perkakas ni dalam masa yang serentak, mase ni la crash atau hadrware conflict akan berlaku. Jadi, nak check ade tak hardware conflict kat PC korang tu, korang boleh ikut langkah-langkah ni:

* Start-Settings-Control Panel-System-Device Manager.

Kalau sesuatu perkakas ade masalah, signal “!” warna kuning akan muncul kat device manager tu. Klik sekali (highlight) Computer (dalam device manager tu) dan klik properties utk tengok nombor IRQ yang digunakan. Mana-mana nombor yang ada 2 kali same tu, tu le device yg sebabkan crash.

Tapi kadang-kadang, perkakas mungkin akan berkongsi satu IRQ yang disebut sebagai “IRQ holder for PCI steering”. Mende ni leh diabaikan. Nak selesaikan masalah yang tadi tu hanya remove perkakas dan install semula.

Korang boleh juga mendapatkan driver yang terbaru kat internet untuk buatkan perkakas berfungsi dengan lebih baik. cuba kat www.driverguide.com. Kalau la perkakas korang tu spt soundcard atau modem, masalah ni boleh setel jgk dgn ubah ke slot yang lain kat motherboard (jaga-jaga la mase korang cabut mende2 tu, kang terkoyak waranti dan jgn lupa untuk discharge elektrik statik!)

Anyway, komputer zaman sekarang ni dibina dengan penambahan bilangan IRQ berbanding komputer pertama yang ade 8 IRQ (IBM 8086 chip) je.

2: Ram cikai

Ramlah Ram (random-access memory) yg cikai ni, bikin komputer slow dan kekadang dia leh terus sangkut. Bile jadi perkara ni,semua dah blank.

Fatal Error yg disebabkan oleh Ram boleh mungkin disebabkan masalah Ram yang tak match. Contoh, korang pakai Ram 70-nanosecond (70ns) dengan Ram 60ns menyebabkan PC terpaksa run semua run pada speed yang lebih rendah. So, ni menyebabkan PC crash dan Ram overworked.

Satu cara nak menyelesaikan masalah ni adalah enter BIOS setting dan naikkan “wait state” Ram tersebut. Cara ni boleh menstabilkan lagi Ram. Satu cara lagi untuk troubleshoot masalah Ram adalah dengan menyusun semula chip Ram pada motherboard, atau kena la keluarkan satu. Susah sangat, g hantar lowyat tak pon kedai komputer berdekatan dgn rumah kau la!

3: BIOS setting

Setiap papan ibu motherboard disediakan dengan chipset setting yang telah ditentukan kilang. Cara biasa nak access setting ni adalah dgn tekan F2 atau delete mase beberapa saat lepas start komputer. Kalau cara luar biasa, try tanya ibu anda

Bile dah masuk BIOS, korang boleh la salin tentang setting yang ade kat skrin tu. Next time, kalau korang ubah setting dan tetiba PC jadi tak stabil, korang tau la nak revert setting.

Sebenarnya sekarang dah ade software percuma yang membolehkan korang check semua setting tu.

4. Hard disk drives

Selepas beberapa minggu, segala maklumat penting anda dalam hard disk drive mula jadi pecah-pecah atau fragmented. So, rajin2 la buat defragment kat hard disk. Yang ni semua orang tau nak buat macam mana kan?

* Start-Programs-Accessories-System Tools-Disk Defragmenter

Korang leh jgk pakai additional software untuk buat defragment.

Kalau tengah defrag ni, tak payah la korang nak save apa-apa file kat hard disk. Tak boleh! So, better buat jadual untuk defrag mase korang tak pakai komp. Pernah sekali aku wat assignment mase defrag (tak perasan sebab auto) pastu tak leh save. Glabah dahh..

Besides, hard disk yang penuh pun bikin PC slow dan crash. So, delete la certain file yang tak berguna. Delete segala isi kat Temporary Internet Files folder ( delete isi, bukan folder!!) boleh freekan banyak space. Emptykan recycle bin korang.

Yang penting, jgn suka hati padamkan komputer dengan terus disconnet kabel elektrik atau switch off plug. Korang memang pandai kalau buat mcm tu.

5. Fatal OE exceptions dan VXD errors

Fatal OE exception errors dan VXD errors adalah disebabkan masalah videa card.

Setelkan masalah ni dengan kurangkan sedikit resolution video display. Slalu jadi bile korang main game yang tinggi grafik tp korang pakai cikai-cikai punye kad grafik

* Start-Settings-Control Panel-Display-Settings

Untuk grafik, semua reti settingnye kan. So, xpayah la aku membebel lagi ye.

6 Virus

Virus antara punca famous dan popular kesialan komputer korang. Install antivirus! Kalau korang cukup terer sangat, boleh la delete file virus-virus tu secara manual kat hidden file.

Antara Senarai Antivirus Yang Berguna :-

Antivirus AVG klik sini

Avast klik sini

McAfee klik sini

ESET Nod32 klik sini

Kaspersky klik sini

7. Printer

Tindakan hantar dokumen utk diprint menghasilkan file yang besar atau selalunya dipanggil postscript file.

Printer ni ada memory yang kecil je yang dipanggil buffer. Jadi , ia senang sekali untuk jadi overloaded. Print dokumen juga memerlukan sedikit amaun elektrik dari CPU power. Sebab tu la komputer jadi slow sedikit.

Kalau printer cuba print character yang tak dikenal pasti, ia boleh menyebabkan crash. So, mase ni printer korang jadi gelong. Document takkan diprint. So, korang kena la reset semula printer.

8 Software

Kebiasaan crash disebabkan software ni adalah disebabkan faulty atau badly-installed software. Selesaikan masalah ni dengan uninstall dan reinstall atau fix software tu.Antara contoh kalau laptop vista korang disumbatkan dengan XP. Ade la yang crash nanti.

9. Overheating

CPU terlebih panas menyebabkan beliau berpeluh kernel error (chip sudah overspeed). Nak setelkan masalah ni??Errr try cara baru. Pasang air cond dalam CPU.

10. Masalah power supply.

Arus elektrik kadangkala menjadi tidak stabil disebabkan construction yang berlaku hari-hari. Power surge (kejutan) atau spike boleh crashkan komputer dengan mudah.

Nak elakkan masalah ni berlaku, sila beli uninterrupted power supply (UPS).

So, tu lah 10 point yang perlu korang tau knape PC crash. Sebab ke-11 boleh masukkan teknologi alien?

Kredit Kepada : APi-aPi

Comments

  1. Muhamad Nooh bin Lasa says:

    Assalamualaikum…Apa pendapat tuan dengan VirusTotal dab URLvoid?

  2. Muhamad Nooh bin Lasa says:

    Assalamualaikum…Seperkara lagi ana nak tanya ,betul ke guna bateri lebih baik dari guna kuasa elektrik, untuk kepentingan jangka panjang?Ada pendapat mengatakan dengan bateri, arus yang mengalir berada pada tahap sesuai dan terkawal sementara arus elektrik dapat memberi kesan tegangan yang membebankan komponen pc…?Minta penjelasan sekadarnya saja….Jazakallahhu hoiran….

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest