5 Resepi Menggembirakan Diri Sendiri

Assalamualaikum Semua

Kita memang selalu down, bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, pelajaran kita merosot ,mak berleter ngan kita atau adik-beradik buat hal ngan kita dan lain-lain.

Kita juga makin kurang bersemangat rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno tak tahu saja. Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga.Macam mana nak Menggembirakan diri sendiri? Mulakan dengan…

1.Niat Di Hati Baca ” Bismillah dan tahu makna2 Nya “

Katakan pada diri sendiri “aku mau jadi hepi, aku nak jadi bersemangat!”

2. Ubah Pernafasan.

Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.Lakukan ketika berdiri. Ulang 5 hingga 7 kali untuk kesan maksima.


3.Ubah Postur Badan Dan Gaya Berjalan.

Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh konpiden, bior nampak bertenaga!

4.Menyanyi Kecil

Menyanyi-nyanyi boleh merubah mood kita, terutama lagu yang kita suka yg bersemangat menuju kearah kebaikan diri kita. Elak menyanyi
lagu sedih, sebab ia merubah mood Anda bertukar menjadi sedih.Kita nak gembira, ye tak?

5.Banyakkan Istighfar Dan Zikir

Bila kita down, ada nafsu yang jahat melintasi hati kita yang berlawan dengan kehendak kebenaran akal kita , means kita tak puas hati tentang sesuatu, benda atau perkara, sebab itu emosi kita down lalu jadi kurang bersemangat.Untuk menghilangkan amarah tu, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi bila sebelum itu, Anda mengambil wuduk..Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesan istighfa tu meresap masuk jauh ke sanubari Anda, sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga Anda benar-benar terasa damai, sedamai yang mungkin.Selepas itu, bersyukurlah atas semua apa yang Anda ada hari ini, saat ini, ketika ini.Misalnya, bersyukur sebab Anda ada tempat kerja untuk mencari rezeki, bersyukur sebab hujung bulan Anda ada pendapatan tetap bayar bil-bil Anda, bersyukur sebab Anda bertemu dengan blog iMotivasi yang menaikkan semangat Anda.Rajin bersyukur merubah jiwa anda menjadi lebih tenang, lantas menjadi lebih bersemangat! Pilih untuk menjadi orang yang hepi.

Be happy, choose to be happy !
GOOD LUCK ALL MY FRIEND

P/S : Tengah Cuba Menggembirakan Diri Sendiri Juga ni

Comments

  1. Hey! This is kind of off topic but I need some advice from an established blog.
    Is it very difficult to set up your own blog?
    I’m not very techincal but I can figure things out pretty quick.
    I’m thinking about creating my own but I’m not sure where to start.
    Do you have any points or suggestions? Many thanks
    http://www.salafs.com recently posted..http://www.salafs.comMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest