AdwCleaner v5.021

Assalamualaikum….

Lama tak kemaskini blog ini , sekali dah berhabuk la sangat . Ok pada hari ini saya berkesempatan untuk mencuba satu perisian untuk membuang atau menyahkan malware , virus yang agak degil disingkirkan dari laptop atau komputer . Sebenarnya terbaca di blog Sembang Blogger tentang perisian yang diberi nama AdwCleaner . AdwCleaner ini dikemaskini kepada v5.021 . AdwCleaner v5.021 ini juga boleh digunakan pada sistem operasi Windows XP, Vista, 7, 8, 8.1, 10 in 32 & 64 bits . Review ini saya guna di Windows 7 Ultimate .

AdwCleaner

Antara kelebihan AdwCleaner v5.021 ini adalah untuk menghapuskan :-

  • Adware ( Adware adalah iklan produk atau penawaran layanan yang merupakan bahagian dari sebuah laman web atau aplikasi. Script yang ditulis pada suatu halaman web memungkinkan adware untuk berjalan sendiri (autorun applications) yang akan muncul pada saat kita melayari di suatu bahagian tertentu atau sedang menjalankan aplikasi. sumber https://duniafile.wordpress.com/2008/07/19/apa-itu-adware-spyware-spam-malware-phising/
  • PUP/LPI ( Perisian atau program yang tidak diingini di komputer atau laptop anda )
  • Toolbars ( sama ada di pelayar firefox atau chrome )
  • Hijacker ( kegiatan yang berusaha untuk memasuki (menyelinap) ke dalam sistem melalui sistem operasi lainnya yang dijalankan oleh seseorang (pelaku). Sistem ini dapat berupa server, jaringan/networking LAN/MAN laman web, software atau perisian atau bahkan kombinasi dari beberapa sistem tersebut. Namun dari segi perbezaannya adalah Hijacker menggunakan bantuan software atau server robot untuk melakukan aksinya.) sumber http://fiveteam-hijacking.blogspot.my/2013/04/tentang-hijacking.html

Untuk mencuba AdwCleaner v5.021 ini , anda bolehlah ke laman https://toolslib.net/downloads/viewdownload/1-adwcleaner/ .

adwcleaner

Kemudian pilih untuk simpan atau Save di komputer atau laptop anda

adwcleaner

Apabila selesai proses Download atau muat turun , cari perisian tersebut di folder yang anda simpan tadi

adwcleaner

Klik dan tunggu proses muat turun selesai , dan akan keluar seperti gambar di bawah :-

adwcleaner

Jalankan proses Scan pada sistem komputer atau laptop anda

adwcleaner

Proses Scan sedang melakukan kerjanya di dalam setiap Folder komputer atau laptop anda

adwcleaner

Apabila proses Scan selesai , cari di mana-mana bahagian menu, seperti di bawah saya ke menu Registery

adwcleaner

Pada bahagian ini , anda harus berhati-hati kerana ia melibatkan Registery , Kemudioan pilih menu Cleaning

adwcleaner

Proses pengesahan sebelum anda membersihkan mana-mana yang hendak dibuang dari sistem

adwcleaner

Maklumat sebelum proses pembersihan sepenuhnya

adwcleaner

Apabila selesai , anda dikehendaki Reebot atau Restart komputer atau laptop

adwcleaner

Setelah selesai Reeboot atau Restart sistem anda , kelihatan log tentang maklumat pembersihan yang dilakukan tadi

adwcleaner

Secara keseluruhannya , AdwCleaner v5.021 amat senang digunakan , dan boleh dibuang atau uninstall di menu control panel komputer atau laptop . Selamat mencuba 🙂

Comments

  1. Kena test run gak nih
    Sobri Mansor recently posted..Camscanner aplikasi scan dokumen terus dari telefon pintar andaMy Profile

  2. dah lama ye bro tak menulis di blog ni..
    musadun recently posted..Pengalaman Ujian JPJ 5 Kali dan 4 Kali GagalMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest