Aku Kembali

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Hai semua,apa khabar,lama juga aku tak update blog kesayangan ni,lebih kurang seminggu camtu la.Mintak maaf sangat-sangat kerana aku menghadapi masalah kesihatan dan ketensionan bekerja.Namun semangat blogging tetap tidak luntur.Sebaik je aku tiba di rumah,aku terus on komputer dan bukak blog ni.So kepada rakan-rakan yang mengunjung ke blog ni,akan aku balas kunjungan korang selagi aku mampu ok.

Untuk pengetahuan korang semua,aku diserang demam panas pada pagi ahad yang lepas dan terpaksa dikejarkan ke hospital kluang,hmm kalau dah sakit tak leh la nak buat apa-apakan.Aku hanya perlu berehat di wad selama 3 hari dan hari ni baru dibenarkan pulang ke rumah.

Semasa aku duduk di wad,aku masih teringat apabila terdengar lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu,kalau tak silap lagu ni wujud pada tahun 2001.Lagu tersebut bertajuk Raihan-Demi Masa.

Kat bawah ni aku sertakan sekali lirik dan video lagu tersebut :-

Raihan – Demi Masa

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

(Korus)
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

Hmm mendalam kan lirik-lirik tajuk ni,berkaitan dengan aku gak.Tapi Alhamdulillah aku dah kembali sihat seperti sedia kala.

P/s : aku perlukan insurans la,ade sesiapa yang boleh rekemenkan tak ?

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest